Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Wednesday, 26 April 2017

Ammar Titan Bukan 'Calang-Calang' Orang, Lihat Biodatanya Pasti Ramai Terkejut Besar.

Pengacara sebuah rancangan komedi televisyen tempatan, Azizul Ammar Abu Hassan hari ini tampil memohon maaf ekoran tindakannya mempersenda nama mendiang bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.


Azizul dikatakan menyamakan mendiang bapa Watson dengan binatang menerusi sebuah rancangan televisyen.

"Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf atas keterlajuran saya terhadap Watson dan keluarganya.

"Tanpa sedar kami telah mencalar nama baik mendiang bapanya," katanya menerusi kenyataan di Intagramnya, hari ini.

Menurut Azizul lagi, dia sangat menghormati atlet terkemuka tanah air itu yang telah mencipta dan mengharumkan nama Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa.

"Saya juga mengucapkan rasa terima kasih terhadap komen dan teguran yang diberikan oleh semua pihak.

"Segala panduan dan teguran akan dijadikan panduan buat saya menjalankan tugas di depan hari dan saya akan lebih peka dalam menjaga sensitiviti masyarakat pada masa akan datang.

"Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua dan akan pastikan kesilapan ini tidak akan berlaku lagi," katanya lagi.

Terdahulu, Primeworks Studios Sdn Bhd (Primeworks Studios) mengeluarkan permohonan maaf kepada Watson.


Sebelum ini, Watson dilaporkan menyatakan rasa kecewa dengan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang menghina bapanya dalam satu rancangan komedi yang disiarkan.

Bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter itu dikatakan berang selepas rancangan televisyen terbabit menyamakan bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan binatang.

Walaubagaimanapun, Inilah serba sedikit mengenai Biodata Ammar yang ramai tidak tahu.


Nama Komersial: Azizul Ammar

Nama Sebenar: Azizul Ammar Abu Hassan

Umur: 28 Tahun (2015)

Tarikh Lahir: 4 Jun 1987

Kelahiran: Kota Tinggi Johor

Kerjaya: Pelakon dan Pengacara, Pagi AM Krew, Pelawak, Hot FM

Program realiti: Juara Bintang Mencari Bintang 2013, Qu Puteh Bintang Bersama Bintang 2015

Telefilem: Sesumpah Ramadhan, Kodok Atau Drumstick

BACA INI JUGA:

Monday, 24 April 2017

Filem Sultan Muhammad Al-Fatih Full Movie (Malay Subtitle).

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.


Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel.

Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus.

Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya.

Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Semasa mula menaiki takhta, baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman.

Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun. 

Klik video dibawah:

Untuk Malay Subtitle-Sila klik pada button subtitle/CC atau klik pada setting dan terus pilih Malay.

| BM

Sunday, 23 April 2017

Live Streaming Anugerah Meletop Era 2017 [AME2017].

Live Streaming Anugerah Meletop Era 2017 [AME2017] 

AME 2017 menyaksikan saingan hebat daripada barisan-barisan finalist 2017. Menggandingkan Neelofa, Ahmad Nabil, dan Johan sebagai host malam kemuncak AME 2017. Sila tonton secara Live Streaming Anugerah Meletop Era 2017 [AME2017] pada pautan di bawah:

loading... 

Tonton VIDEO LIVE 


Jadual Siaran Anugerah Meletop ERA AME 2017

Tarikh: 23 April 2017 (Ahad)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Stadium Malawati Shah Alam
Pengacara: Nabil Ahmad, Neelofa dan Johan (Raja Lawak)
Siaran Rasmi: Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan Astro on the Go
________________________________________________________ 

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami.

| BM

Monday, 17 April 2017

Kesaksian Asmirandah Zantman, Artis Indonesia Yang Berpindah Agama.

Berita mengenai Asmirandah berpindah agama sudah tersebar di masyarakat Indonesia. Pada mulanya khabar mengenai Asmirandah pindah agama masih tidak jelas, namun setelah ada pengesahan dan video kesaksian Asmirandah, berita ini sudah ternyata benar, bukan lagi sekadar spekulasi.

Asmirandah Zantman, Artis Indonesia

Mengapakah Asmirandah menjadi Kristian? Ini menjadi pertanyaan ramai orang. Menurut kesaksian Asmirandah di Tiberias Gading Nias Kelapa Gading, dia bermimpi sebanyak 3 kali. Dalam mimpinya, dia bertemu dengan seorang yang memakai jubah putih. Orang tersebut berkata: "Kalau kamu ikut Aku, kamu selamat dan masuk Syurga." Orang dalam mimpinya tersebut juga mengatakan: "Akulah Jalan, Kebenaran dan Hidup, tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa kalau tidak melalui Aku." 

Asmirandah mencari perkataan yang didengarnya dalam mimpi di kitab suci agama yang dianutnya pada masa itu, namun Asmirandah tidak mencari ayat tersebut. Dia bertanya kepada Jonas Rivanno, suaminya; Jonas mengatakan bahawa ayat itu ada di Alkitab. Ayatnya tertulis di Yohanes 14:6.

Menurut berita yang tersebar, Asmirandah telah dibaptiskan di Gereja Tiberias, Jakarta. Mereka sering beribadah di Gereja Tiberias Mall of Indonesia Kelapa Gading. Asmirandah juga sudah memberi keterangan di Gereja Tiberias Grand Indonesia Menara BCA.

Menurut si ayah, Asmirandah anak perempuan yang sangat dikasihinya itu kini sudah dewasa sehingga dia tidak mahu lagi ikut campur urusan Asmirandah kerana semua yang dilakukannya akan menjadi tanggungjawab sendiri. Walaupun mengaku kecewa, namun Farmidji tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tak mahu ikut campur lagi soal prinsip yang dipegang Asmirandah. 

"Saya memang kecewa, sangat kecewa. Tapi saya tidak akan mencampuri urusannya, Asmirandah kan sudah dewasa. Apa yang dilakukannya akan menjadi tanggungjawabnya," ucap Farmidji seperti dilaporkan Was Was, Selasa 17 Disember 2013. 

Asmarindah dan suaminya, Jonas.

Soal Asmirandah yang khabarnya telah berpindah keyakinan agar dapat berkahwin dengan Jonas Rivanno, Farmidji menyerahkan semuanya kepada Asmirandah. Menurutnya, walaupun berbeza prinsip, Asmirandah tetaplah anaknya dan itu tidak pernah akan berubah. Terbukti Farmidji dan si isteri tetap menerima kedatangan Asmirandah sewaktu ibunya menyambut ulang tahun. 

"Asmirandah tetap anak kami. Dia juga sempat datang ke ulang tahun ibunya kerana ia memang masih mengakui kami sebagai keluarganya. Walaupun berbeza prinsip, Asmirandah tetap anak kami," ungkapnya. Mengenai di mana kewujudan Asmirandah sekarang, Farmidji mengaku baru mengetahui bahawa anaknya kini tinggal di Cibubur. Ia tahu hal ini dari Asmirandah langsung. "Saya juga baru tahu, Asmirandah yang beritahu bahawa dia tinggal di Cibubur sekarang," jelas lelaki yang asal Belanda yang sudah lama menjadi mualaf ini. 

Asmirandah menyedari betul bahawa setiap orang berhak memberikan komen dan penilaian terhadap dirinya yang berpindah keyakinan. Namun dia enggan dikacau-bilaukan oleh sindiran tersebut. 

"Orang-orang di luar menyindir, saya tidak permasalahkan itu. Bagi saya semua orang bebas dan punya hak menilai saya seperti apa," katanya pada hari Rabu (29/1/2014), ketika ditemui di Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI), kawasan jalan Gajahmada, Jakarta Pusat. 

Namun dia berharap orang lain menghormati keputusan yang telah diambilnya. Lagipun, orang ramai dan bapanya telah mengetahui tentang perkembangan hubungannya bersama Jonas Rivanno, pemuda yang menikahinya tersebut. "Tolong hargai keputusan saya," katanya. 

Selain itu, dia juga mengatakan kepada para media supaya tidak lagi mengorek tentang kehidupan peribadinya terlalu dalam. "Saya hanya manusia biasa. Saya punya hak untuk privasi saya," ujarnya.

Video: Kenapa Saya Mahu Lebih Lagi Mengenal Tuhan Yesus - Asmirandah

Monday, 10 April 2017

Kerajaan Kaji Untuk Tetapkan Umur Persaraan Pada Usia 65 Tahun!

Kerajaan masih mengkaji kemungkinan untuk melanjutkan umur persaraan selepas 60, kata Datuk Seri Rohani Abdul Karim (gambar).


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan berkata, walaupun dia telah menerima cadangan untuk meningkatkan umur persaraan kepada 65, ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini. 

"Walaupun kita menerima idea, kita perlu mengkaji dengan teliti.

"Ia tidak boleh berlaku serta-merta. Perlu ada banyak penglibatan dan kita masih perlu menilai sistem semasa," ;jelas beliau.

Bercakap pada seminar di Berjaya Times Square Hotel di sini hari ini, Rohani menjelaskan bahawa penyelidikan meluas terpaksa dijalankan sebelum apa-apa pindaan kepada umur persaraan semasa 60 boleh dibuat.

"Kami hanya baru-baru ini menaikkan umur persaraan daripada 55 kepada 60," katanya.

Rohani menjelaskan bahawa "struktur sokongan" semasa, termasuk jabatan-jabatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hanya hanya menyesuaikan diri dengan umur persaraan 60 tahun.

Beliau berkata apa-apa cadangan untuk meningkatkan umur persaraan tidak akan bergantung kepada keputusan kementerian dia sahaja, tetapi juga agensi-agensi lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Kita tidak akan (meningkatkan umur persaraan) pada masa ini. Kita perlu terlebih dahulu menilai umur persaraan semasa.

"Kita perlu ingat, jika kita terus meningkatkan umur persaraan, orang-orang yang sepatutnya digalakkan juga akan terjejas," jelas Rohani.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha untuk memenuhi keperluan warga emas yang masih mahu bekerja melepasi umur persaraan semasa 60.

Menurut Rohani, warga emas yang berumur 60 tahun mempunyai pendekatan yang berbeza untuk bekerja dan mahu kerja dengan waktu yang fleksibel.

Sunday, 12 March 2017

(Video) Majlis Perkahwinan Tergendala Gara-gara YB Teresa Kok Bawa Samseng Buat Kacau.

Satu majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di Dewan Komuniti Seputeh tergendala seketika gara-gara Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengadakan protes membantah pembinaan projek rumah mampu milik di kawasan berkenaan.


Sikap biadab Teresa dan kumpulannya yang mengganggu kelancaran majlis perkahwinan itu dilaporkan menerusi laman blog Kl Chronicle dan turut dikongsi pengguna-pengguna Facebook.

Melalui rakaman video yang tersebar di Facebook, berlaku pertelingkahan antara peserta perhimpunan anjuran Teresa dengan individu yang meminta majlis perkahwinan itu tidak diganggu.

“Kamu nampak majlis perkahwinan di sana tetapi kamu masih lagi buat protes di sini untuk cari publisiti.

“Tolong hormati majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di sini. Buat hari lain protes ini, kamu semua boleh bersurai,” kata individu tersebut.


Menurut laman blog Kl Chronicle, satu laporan polis juga telah dibuat mengenai tindakan Teresa dan kumpulan tersebut yang mengganggu kelancaran majlis perkahwinan itu.- UTUSAN ONLINE

Saturday, 11 March 2017

Berita Kematian Ahli Keluarga Mengejutkan Abam Bocey Dan Ali Puteh, 15 Minit Sebelum MLM 2017 Berlangsung.

Berita kematian yang amat mengejutkan diterima Abam Bocey dan Ali Puteh peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) sedikit sebanyak menganggu persembahan ketika mereka ingin memulakannya dalam 15 minit seperti dijadualkan.


Melalui laman Astro Gempak, Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 28, memberitahu, berita kematian yang telah disampaikan oleh ahli keluarganya amat mengejutkan memandangkan siaran langsung MLM 2017 akan bermula dalam 15 minit sahaja lagi.

Persembahan saya pada malam ini dalam kesedihan walaupun saya sedang menghiburkan orang ramai, sedikit sebanyak emosi kami terganggu kerana menerima berita yang amat menyedihkan ini.

Kami menguatkan semangat untuk meneruskan persembahan ini walaupun sedang dalam kesedihan dengan kematian datuk saudara.

Difahamkan, datuk saudara mereka yang meninggal dunia itu berusia 75 tahun dan menghembuskan nafas terakhir kerana jangkitan kuman pada paru-paru.<

Jenazahnya akan dikebumikan di kawasan Tanah Perkuburan Islam UIA Gombak pada jam 9.00 pagi ini, jelas Ali kepada Astro Gempak.

Korea Utara Mampu Tawan Malaysia Kurang Dari Seminggu, Jika Perang Meletus ~ Penganalisa Pertahanan.

Seorang penganalisa pertahanan pro Pakatan Harapan hari ini mendedahkan bahawa, sekiranya perang meletus antara Malaysia dan Korea Utara, negara itu mampu menawan negara ini dalam tempoh kurang 2 minggu dengan hanya suku dari keseluruhan kekuatan tentera mereka!!


Nampak tak masuk akal tapi berdasarkan perbezaan kekuatan ketenteraan dan perbandingan aset, negara kita jelas terkebelakang dengan nisbah anggota tentera Korea Utara dan negara kita adalah 4:1. Dari segi aset sudah tentu lebih banyak lagi kerana North Korea memperuntukkan separuh dari keseluruhan bajet tahunan negara itu untuk pertahanan, berbanding kita, hanya RM 15 billion dari keseluruhan RM 238 billion bajet tahunan.

Ambil contoh kapal selam cukup. Negara kita hanya ada 2 buah kapal selam (PKR mendakwa kedua-duanya tidak boleh menyelam), berbanding Korea Utara, 70 buah (kesemuanya boleh menyelam). Askar mereka melebihi 1.4 juta orang berbanding kita, tidak sampai pun 200 ribu orang, dan pelbagai lagi. Tak sebut keupayaan senjata nuklear yang mana tidak wujud pun di negara kita.

Cuma masalahnya sekarang ialah logistik.

Korea Utara tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk membawa kesemua askar dan aset kententeraan mereka datang ke negara ini akibat pelbagai sekatan yang dikenakan ke atas negara tersebut atas sebab pencabulan hak asasi manusia. Aset ketenteraan mereka, sekalipun usang tapi dalam jumlah yang banyak, tak terbanding dengan aset kententeraan kita yang mungkin nampak sedikit canggih tapi dalam kuantiti yang sangat kecil dan terhad.

Tapi tak tahulah, dengan program peluru berpandu antara benua seperti Taepodong 2 (8,000km), Musudan (4,000km) dan sebagainya, mungkin tak perlu datang dekat pun rasanya, kata penganalisis berkenaan lagi.

(Video) Ooh...Mereka Nak Malukan Saya? Ok..Takpe...Saya Akan Bawa Pasukan Saya Jumpa Zakir Naik.

PEGAWAI Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr. Fathul Bari kesal niat murninya untuk menjernihkan keadaan telah disalah erti oleh aktivis liberal, Siti Kassim.


Dalam tulisan bertajuk 'Auntie Kassim Jangan Emosi' di Facebook, beliau sekali lagi memberi teguran kepada Siti Kassim yang berterusan mempertahankan keputusannya untuk tidak bertemu dengan pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik.

Menurutnya, setakat ini beliau belum mengaturkan sebarang rancangan berkaitan pertemuan itu, selain bertanyakan persetujuan Dr. Zakir Naik dan tiga daripada 19 individu yang terlibat memfailkan tindakan undang-undang terhadap penceramah tersebut.

"Dr. Zakir Naik telah berikan respon bersetuju dengan syarat pertemuan yang bermanfaat dan berniat baik serta bertujuan merungkaikan salah faham. Adapun Auntie Siti Kassim asyik mengelat, konar-konar dan pusing-pusing.

"Last-last saya yang nak harmonikan keadaan pulak kena marah dan dituduh buli Auntie Siti Kassim.

"Saya nak tengok Auntie Siti pun saya dah takut. Takkan lah berani saya nak buli. Subhanallah. Tak baik la Auntie Siti Kassim. Akak Asiah Jalil tak marah pun saya," katanya.

Beliau membidas kembali respon Siti Kassim menerusi video temubual yang disiarkan Malaysiakini, mempersoalkan kenapa hanya dua wanita sahaja dijemput dalam pertemuan itu dan mendakwa terdapat agenda 'cauvinis lelaki' dalam isu tersebut.

"Maaf Auntie Siti Kassim, saya tidak tahu bahawa ada tiga orang Muslim di antara 19 aktivis yang memfailkan saman. Itu kelemahan saya," katanya.

Sehubungan itu, Fathul menambah seorang lagi aktivis, Muhammad Mujahidin Zulkiffli dalam senarai bertemu Dr Zakir Naik, selain seorang lagi peguam, Asiah Jalil.

"Maka, dengan ini saya tambahkan lagi seorang untuk cadangan bertemu Dr. Zakir Naik, so jadi 3 orang lah. Auntie Siti Kassim, akak Asiah Jalil dan Mujahidin. Is it ok?" katanya.

Siti Kassim dalam temu bual itu mendakwa kesediaannya bertemu Dr. Zakir Naik dengan syarat kesemua 19 aktivis yang mahu mengusir penceramah itu turut terlibat sama.

Menjelaskan perkara itu, Fathul Bari sekali lagi mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) sebagai tidak relevan dalam pertemuan tersebut.

"Saya khususkan jemputan untuk auntie Siti Kassim, akak Asiah dan Mujahidin adalah kerana saya kasihkan kalian kerana Allah. Kalian adalah saudara seislam saya," katanya.

Malah, beliau turut memberi jaminan kepada tiga individu berkenaan bahawa pertemuan itu akan dilakukan secara harmoni dan sejahtera tanpa sebarang provokasi mahupun diskriminasi.

"Saya berikan jaminan. Ini janji saya sebagai seorang Muslim. Kalau Auntie Siti masih bimbang, boleh bawa body guard atau bonzer.


"Auntie Siti Kassim, Dr. Zakir Naik sangat terkenal dengan open debate (debat terbuka). Beliau pernah berdialog dalam majlis yang dihadiri hampir sejuta manusia di India. Jadi takkanlah dia takut nak berdepan dengan 19 orang. Be rasional lah auntie Siti Kassim," katanya.

Loading...

Friday, 10 March 2017

Kalau Selepas PRU14, Umno/BN Bukan Lagi Parti Pemerintah, Aku Akan Cadangkan Semua Saman-saman Lama Tahun 2010 Ke Bawah Dimansuhkan. Sila Baca Saranan Peguam Muda Ni...

Sebenarnya sudah beberapa bulan lepas lagi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) khususnya Cawangan Trafik memulakan proses menjana pendapatan. Ramai yang mesej dan ada yang telefon secara terus bertanyakan apakah tindakan yang boleh kita sebagai pengguna jalanraya lakukan.


Pada 5 Januari 2017 aku tulis suatu artikel bertajuk "POLIS BUAT ROADBLOCK ATAU TAHAN TEPI JALAN DAN MINTA SIGN SAMAN-SAMAN LAMA - APA NAK BUAT?". Tulisan aku tu menerangkan apa yang perlu dilakukan jika kita ditahan oleh pegawai polis dan kemudiannya menyerahkan saman-saman lama. Ketika tulisan itu dikeluarkan, aku tidak menerima sebarang bukti bahawa Polis melakukan perkara tersebut.

Baru-baru ini seorang sahabat rapat aku menerima nasib yang sama. Dia telah ditahan di suatu sekatan jalanraya oleh Polis dan kemudiannya Polis mengeluarkan saman-saman lama yang ada antaranya bagi kesalahan pada tahun 2003.

Gila apa polis sekarang kesalahan tahun 2003 pun dikeluarkan semula. Nampaknya Polis bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan saman-saman tertunggak yang mereka ada.

Ok hari ini aku nak umumkan.

Jika ada kawan-kawan yang baca tulisan ini menerima nasib yang sama, jangan takut dan jangan risau. Jika ditahan di sekatan jalanraya dan dimaklumkan oleh pegawai polis bahawa anda mempunyai saman-saman tertunggak, mintak polis keluarkan saman tersebut. Jika ada saman dan diminta terima saman dan tandatangan, ambil saman tersebut dan tandatangan saman-saman yang diserahkan.

Baca dengan teliti saman yang diserahkan. Setiap saman mesti ada jenis kesalahan, waktu kesalahan dilakukan, bila kesalahan dilakukan dan yang paling penting bila dan mahkamah mana yang anda perlu hadiri. Saman tersebut juga akan ada tawaran kompaun.

Ikut aku, jangan bayar tawaran kompaun. Tawaran kompaun tu dibuat semata-mata hendak mudahkan kerja polis. Polis tak perlu pergi mahkamah bila anda bayar kompaun. Jangan bayar kompaun sebaliknya pergi ke mahkamah. Kalau nak bayar kompaun jugak, itu terpulang lah tapi aku bagi cadangan untuk selamatkan duit yang tak berapa ada tu. Daripada bayar kompaun RM150 baik guna duit tu beli beras dan barang keperluan lain.

Macamana nanti pergi mahkamah kena bayar denda tinggi? Pergi mahkamah jangan mengaku salah jadi tak perlu bayar denda. Denda hanya wajib bayar kalau mengaku salah. Kalau tak mengaku salah nanti kena naik mahkamah 2-3 kali pulak, lagi banyak belanja. Jawapannya.... Kalau hak sendiri pun rasa susah nak pertahan dan biar orang pijak kepala dengan mudah lepas tu nak merungut, baik jangan jadi orang.

Kalau nak bantuan guaman, nak tahu macamana nak buat kalau bicara tanpa peguam? Boleh hubungi aku. InsyaAllah aku cuba bantu bersama kawan-kawan peguam lain yang lapang.

Kenapa perlu lawan dan tak bayar saman? Dah buat salah bayar saja la... Siapa kata kita buat salah? Dah terbukti ke kita buat salah? Saman bukan bukti kita buat salah. Polis dakwa kita buat salah, polis perlu buktikan. Bukan saman ja terus ambik duit kita.

Owhhh awak nak ajar orang langgar undang-undang la ni?? Ini bukan nak ajar orang langgar undang-undang, tapi nak ajar pihak berkuasa juga untuk ikut undang-undang. Jangan atas nama nak laksana undang-undang, pihak berkuasa boleh buat suka hati tak ikut undang-undang.

Aku buka khidmat guaman percuma kepada sesiapa yang menerima saman-saman lama untuk tahun 2010 ke bawah dan kes disebut di Mahkamah Kuala Lumpur, aku akan bantu lawan di Mahkamah. Yang penting kena berani dan luangkan masa untuk hadir di Mahkamah sepanjang proses mahkamah.

Kalau itu pun tak mau lagi. Malas nak cakap dah la.....

Kalau selepas PRU14, Umno/BN bukan lagi parti pemerintah, aku akan cadangkan semua saman-saman lama tahun 2010 ke bawah dimansuhkan. Kalau nak boleh undi aku.

Sekian. Ini serius bukan cobaan.

Zulhazmi Shariff
10 MAC 2017

‘Sila Beri Dr. Mahathir Jalan Berkaki Ayam Atas Selut Di Padang Rengas’.

AHLI Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini mencabar Penasihat PPBM Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kawasannya semasa Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.


Tindakan itu disambut kembali oleh Ketua Penaja Bahagian Langkawi bagi PPBM itu dengan kembali mencabar Nazri untuk bertanding di kerusi Parlimen Langkawi. Namun, Nazri memberi jawapan bahawa dalam sistem agihan kerusi Barisan Nasional (BN), beliau mungkin tidak dapat bertanding di Langkawi.

Pemimpin yang cukup terkenal dengan sinisan itu meminta agar penduduk Padang Rengas tidak perlu membentang karpet merah untuk dirinya ketika hadir ke sana nanti.

Inilah sikap Dr Mahathir yang tidak boleh ditinggalkan olehnya walaupun sudah berusia 91 tahun. Dia masih menganggap dirinya seorang Negarawan hebat yang wajar diletakkan karpet merah di bumi yang dipijak oleh kaki tuanya itu.

Sedangkan, dia tidak sedar bahawa sudah ramai rakyat negara ini mula berasa muak dan marah terhadap dirinya, sama ada secara nyata mahupun secara diam. Apatah lagi ketika dia memilih DAP untuk bersekongkol, dan ditambah pula dengan kebocoran maklumat salah guna kuasa dan kehilangan wang berbilion ringgit di zaman pemerintahannya dahulu.

Jadi, pada hakikatnya, Dr Mahathir bukan lagi seorang yang dimuliakan seperti dahulu. Dia sudah dikesampingkan dan dicemuh majoriti rakyat negara ini.

Justeru itu, tidak perlulah Dr Mahathir melarang agar rakyat membentang karpet merah kepada dirinya, kerana secara terang-terangan memang dia tidak lagi layak untuk menerima layanan kemuliaan seperti dahulu kala. - Tv14

Bakal Terima Audi R8 RM1 Juta, Lihat Reaksi MENGEJUTKAN Aiman Tino... Ada Yang Jeles Tak???

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah tahu. Begitulah yang boleh digambarkan kepada Aiman Tino apabila beliau bakal menerima kereta Audi R8 berharga kira-kira RM1 juta daripada syarikat Wonder Glow. Hadiah itu diberikan bagi pembakar semangat sempena kerjasama strategik menghasilkan produk kecantikan untuk remaja, Sweet Aiman.


"Sudah tentu saya teruja. Pada masa sama terharu dengan kepercayaan pengurusan Wonder Glow yang menaruh keyakinan tinggi terhadap nama Aiman hingga sedia menyerahkan Audi R8 sebagai tanda usaha sama ini," katanya kepada Berita Harian Online.

Menurut syarikat berkenaan, kenderaan mewah tersebut diberikan kepada penyanyi yang semakin meningkat naik itu sebagai pemangkin untuk bergerak ke seluruh negara bagi mempromosikan jenama barangan keluarannya itu. Bagaimanapun pihak syarikat akan menyediakan khidmat pemandu sementara sehingga Aiman mengambil lesen penuh.

Memang bertuah Aiman, di usia yang masih muda iaitu 19 tahun sudah boleh memiliki kereta mewah seperti ini. Namun inilah yang dikatakan rezeki. Semoga pemberian hadiah istimewa ini memberi semangat untuk Aiman bekerja keras dalam perniagaan.

Loading...