Monday, 17 April 2017

Kesaksian Asmirandah Zantman, Artis Indonesia Yang Berpindah Agama.

Tags

Berita mengenai Asmirandah berpindah agama sudah tersebar di masyarakat Indonesia. Pada mulanya khabar mengenai Asmirandah pindah agama masih tidak jelas, namun setelah ada pengesahan dan video kesaksian Asmirandah, berita ini sudah ternyata benar, bukan lagi sekadar spekulasi.

Asmirandah Zantman, Artis Indonesia

Mengapakah Asmirandah menjadi Kristian? Ini menjadi pertanyaan ramai orang. Menurut kesaksian Asmirandah di Tiberias Gading Nias Kelapa Gading, dia bermimpi sebanyak 3 kali. Dalam mimpinya, dia bertemu dengan seorang yang memakai jubah putih. Orang tersebut berkata: "Kalau kamu ikut Aku, kamu selamat dan masuk Syurga." Orang dalam mimpinya tersebut juga mengatakan: "Akulah Jalan, Kebenaran dan Hidup, tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa kalau tidak melalui Aku." 

Asmirandah mencari perkataan yang didengarnya dalam mimpi di kitab suci agama yang dianutnya pada masa itu, namun Asmirandah tidak mencari ayat tersebut. Dia bertanya kepada Jonas Rivanno, suaminya; Jonas mengatakan bahawa ayat itu ada di Alkitab. Ayatnya tertulis di Yohanes 14:6.

Menurut berita yang tersebar, Asmirandah telah dibaptiskan di Gereja Tiberias, Jakarta. Mereka sering beribadah di Gereja Tiberias Mall of Indonesia Kelapa Gading. Asmirandah juga sudah memberi keterangan di Gereja Tiberias Grand Indonesia Menara BCA.

Menurut si ayah, Asmirandah anak perempuan yang sangat dikasihinya itu kini sudah dewasa sehingga dia tidak mahu lagi ikut campur urusan Asmirandah kerana semua yang dilakukannya akan menjadi tanggungjawab sendiri. Walaupun mengaku kecewa, namun Farmidji tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tak mahu ikut campur lagi soal prinsip yang dipegang Asmirandah. 

"Saya memang kecewa, sangat kecewa. Tapi saya tidak akan mencampuri urusannya, Asmirandah kan sudah dewasa. Apa yang dilakukannya akan menjadi tanggungjawabnya," ucap Farmidji seperti dilaporkan Was Was, Selasa 17 Disember 2013. 

Asmarindah dan suaminya, Jonas.

Soal Asmirandah yang khabarnya telah berpindah keyakinan agar dapat berkahwin dengan Jonas Rivanno, Farmidji menyerahkan semuanya kepada Asmirandah. Menurutnya, walaupun berbeza prinsip, Asmirandah tetaplah anaknya dan itu tidak pernah akan berubah. Terbukti Farmidji dan si isteri tetap menerima kedatangan Asmirandah sewaktu ibunya menyambut ulang tahun. 

"Asmirandah tetap anak kami. Dia juga sempat datang ke ulang tahun ibunya kerana ia memang masih mengakui kami sebagai keluarganya. Walaupun berbeza prinsip, Asmirandah tetap anak kami," ungkapnya. Mengenai di mana kewujudan Asmirandah sekarang, Farmidji mengaku baru mengetahui bahawa anaknya kini tinggal di Cibubur. Ia tahu hal ini dari Asmirandah langsung. "Saya juga baru tahu, Asmirandah yang beritahu bahawa dia tinggal di Cibubur sekarang," jelas lelaki yang asal Belanda yang sudah lama menjadi mualaf ini. 

Asmirandah menyedari betul bahawa setiap orang berhak memberikan komen dan penilaian terhadap dirinya yang berpindah keyakinan. Namun dia enggan dikacau-bilaukan oleh sindiran tersebut. 

"Orang-orang di luar menyindir, saya tidak permasalahkan itu. Bagi saya semua orang bebas dan punya hak menilai saya seperti apa," katanya pada hari Rabu (29/1/2014), ketika ditemui di Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI), kawasan jalan Gajahmada, Jakarta Pusat. 

Namun dia berharap orang lain menghormati keputusan yang telah diambilnya. Lagipun, orang ramai dan bapanya telah mengetahui tentang perkembangan hubungannya bersama Jonas Rivanno, pemuda yang menikahinya tersebut. "Tolong hargai keputusan saya," katanya. 

Selain itu, dia juga mengatakan kepada para media supaya tidak lagi mengorek tentang kehidupan peribadinya terlalu dalam. "Saya hanya manusia biasa. Saya punya hak untuk privasi saya," ujarnya.

Video: Kenapa Saya Mahu Lebih Lagi Mengenal Tuhan Yesus - Asmirandah

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon