Showing posts with label tular. Show all posts
Showing posts with label tular. Show all posts

Monday, 22 May 2017

'Aku Saja Test Nak Pinjam RM1,000, Tak Sangka Sahabat Lama Itu Satu-satunya Manusia Yang Sudi Tolong'.

Allahu, terkesan betul baca perbualan dua sahabat ini. Status dan gambar yang dimuat naik oleh Reza Shahrill Mahadi ini benar-benar menunjukkan siapa sahabat yang sudi tampil membantu ketika dia dilanda kesusahan. 


Bukan senang mahu mencari sahabat seperti ini. Walaupun tahu dirinya serba tidak cukup, namun digagahkan juga niat mahu membantu rakannya itu. Ending perbualan mereka lebih menyentuh hati. 

"Kawan masa senang, senang nak cari. Yang masa susah, memang susah nak jumpa. Ramai yang suka menerima tetapi tidak ramai yang suka memberi. Aku saja test tadi, nak tengok siapa yang sudi tolong. Nak bagi dia hadiah. 

"Tak sangka pula sahabat lama itu satu-satunya manusia yang menghubungi aku melalui chat. Terharu pulak," tulis Reza di Facebooknya.

Urgent, nak pinjam RM1,000...




"Aku sebenarnya chat ko ni nak cubalah tolong apa yang aku mampu"


"Aku dapat tolong ko dalam RM300. Tak dapat nak bagi banyak sebab hujung bulan nak berniaga di bazaar ramadhan"





Dari RM300, bertukar menjadi RM800




Berapa ramai yang benar-benar menjadi sahabat kita pada hari ini?

'Kita Jumpa Di Balai Ok' - Anggota Polis Kantoi Goda Isteri Orang Jadi Viral Di Laman Sosial.

Seorang Lelaki yang dipercayai bekerja sebagai anggota polis kini menjadi viral di laman media sosial berkait dengan scrensshot perbualannya dengan seorang wanita yang sudah bersuami sejak 27 April lalu.


Menurut pengakuan suami wanita tersebut pada awalnya anggota polis itu cuma ingin berkenalan, tapi lama kelamaan ia seperti mengajak untuk bebuat curang.


Namun apa yang menarik dalam hal ini adalah, anggota polis tersebut tidak mengetahui bahwa dia sebenarnya chat dengan suami wanita yang dipangil sebagai vee.












Loading...

Friday, 28 April 2017

Inilah Identiti Sebenar Dan Rekod Jenayah Suspek Kes Dera Adik Thaqif.

Pembantu warden yang ditahan susulan memukul pelajar tahfiz, arwah Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi sehingga kedua-dua kaki kanak-kanak malang itu terpaksa dipotong sebelum meninggal dunia semalam dilaporkan merupakan seorang bekas banduan.


Lelaki itu pernah dipenjarakan selama 30 bulan kerana kesalahan mencuri.

Menurut seorang pelajar dari sekolah tahfiz berkenaan yang namanya tidak mahu disebut, menyatakan bahawa pembantu warden itu sangat garang.

Mohd Thaqif, 11 tahun menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 1.45 petang semalam dan punca kematian masih lagi dalam siasatan.

Pihak hospital mengambil masa 5 jam untuk melakukan bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian pelajar itu sebelum jenazahnya di bawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan berdekatan rumah datuknya di Felda Bukit Apung Timur.

Seramai 30 orang pelajar dari sekolah yang sama berpakaian serba putih kelihatan menunaikan solat magrib dan Isyak di masjid berdekatan sebelum menghadiri majlis pengkebumian pelajar malang itu untuk memberikan penghormatan terakhir diiringi guru dan pengetua sekolah.

Seorang lagi pelajar yang ditemu bual sumber dipetik sebagai berkata, dia tinggal sebilik dengan Mohd Thaqif dimana terdapat 4 bilik yang diasingkan mengikut pelajar baru dan pelajar lama.

Apabila pelajar itu ditanya mengenai pembantu warden yang ditahan, wajahnya kelihatan berubah sambil berkata, "Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku di bilik kami", sebelum berlalu pergi dan menyertai kawan-kawannya.

Pengetua sekolah tahfiz tersebut ketika ditemu bual sumber enggan mengulas tentang suspek atas nasihat polis agar tidak mengganggu siasatan.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Agama Negeri, Abd Mutalip Abd Rahim ketika dihubungi oleh The Star dipetik sebagai berkata, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) telah menyelesaikan siasatannya di sekolah dan mendapati bahawa sekolah itu tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Ditanya bagaimana sekolah boleh mengupah seorang bekas banduan sebagai pembantu warden, beliau berkata ia terserah kepada sekolah untuk mengupah sesiapa sahaja yang mereka percaya untuk menggalas sesuatu tugas.

"Walau bagaimanapun, berikutan kejadian baru-baru ini, JAIJ akan tampil dengan garis panduan baru bagi sekolah-sekolah ini untuk mengupah kakitangan, terutamanya mereka yang bertanggungjawab dalam kebajikan pelajar.

"Terdapat sekurang-kurangnya 86 sekolah agama persendirian berdaftar di Johor dan sebelum ini, kami mendapati sukar bagi mereka untuk mendaftar dengan JAIJ,"
katanya.


| BM

Sunday, 23 April 2017

Akibat Gagal Mengawal Kemarahan, Ibu Belasah Dua Orang Guru Tadika.

Video seorang ibu yang berang memukul dua guru tadika yang didapati mengasari anaknya menjadi viral di media sosial, lapor Shanghaiist.


Difahamkan, salah seorang kanak-kanak yang dihantar ke tadika swasta dengan bayaran mahal setiap bulan mengadu kepada ibunya bahawa dia dipukul oleh guru tadika.

Tanpa banyak bicara, ibu kanak-kanak berkenaan terus datang ke tadika itu dan meminta untuk ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


Berdasarkan rakaman CCTV, mendapati dua guru wanita dirakam mencampak seorang kanak-kanak ke atas katil dan menyepak kerusi beberapa murid yang masih duduk ketika seorang guru sedang melakukan aktiviti 'senaman' bersama beberapa murid yang lain.

Gagal mengawal kemarahan, wanita itu kemudian menarik rambut salah seorang guru tadika terbabit dan menendang mukanya bagi tujuan membalas dendam.


Sementara itu di media sosial, kebanyakan netizen bersetuju si ibu tidak menendang guru terbabit dengan cukup kuat.

Klik video dibawah:


| BM

Saturday, 22 April 2017

Hukuman Mati Saya Pada Tahun 2015 Telah Diganti Dengan Orang Lain - Benjy.

Benjy atau nama sebenar Khaeril Benjamin Bin Ibarahim 38 telah di tahan di Barada Kualanamu Serdang, Medan atas kesalahan menyimpan syabu di dub ur selasa lalu. 


Dua tahun lalu Benjy dijatuhi hukuman gantung kerana terlibat pengedaran dadah, namun ramai yang tertanya bagaimanakah beliau boleh terlepas daripada hukuman gantung di Malaysia? 

"Pihak kami yang telah memeriksa Benjy, dimana lelaki itu seharusnya dihukum mati pada tahun 2015 lalu, namun digantikan dengan orang lain. Hal itu disahkan oleh Benji sendiri," kata Ketua pengawasan dan cukai lapangan terbang Kualanamun Zaky Irman Syah kepada penulis surat khabar Medan Kompas yang diterbitkan hari ini.


Zaky berkata pihaknya menangkap Benjy dalam penerbangan dari Kuala Lumpur pada selasa kira-kira jam 20:30 di lapangan terbang Kualanamu. Petugas yang curiga dengan Benjy terus periksa dan disoal siasat tujuan kedatangannya ke Medan, Indonesia.

Pada mulanya Benjy berkata tujuan datang ke Medan adalah mencari DJ untuk bekerja di Malaysia, namun Benjy gagal menjawab soalan siapa individu yang ditemuinya di mmedan untuk membantu mencari DJ. Selepas jawapannya mengelirukan kami melakukan pemeriksaan lebih mendalam, kata Zaky.

BACA INI JUGA:
| BM

Wednesday, 19 April 2017

'Ni Aku Tayang Buah Ranum Aku, Tak Nak Kecam Ke?' - 2 Gadis Melayu Bangga Tunjuk Aib Sendiri Di Facebook.

Sebuah video yang memaparkan aksi dua orang gadis Melayu jadi tular di Facebook sejak semalam.


Video yang dimuatnaik oleh Ive Zengz II ke laman facebook beliau ini memaparkan aksi dua orang gadis yang nampaknya tidak berpuas hati dengan beberapa individu yang sering mengecam mereka di laman media sosial.

"Hey, rambut perang ni korang taknak kecam ke?" kata gadis pertama berambut perang yang memakai baju berwarna ungu.

"Pakai singlet ini, nampak tet3k ni, korang taknak kecam gak ke? Korang ini korang ini semua ahli syurga ke," tambah gadis kedua berbaju hitam dari belakang.

"Fakk," kata kedua-dua orang kata ini serentak pada akhir video tersebut.

Video ini kemudiannya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya berasa malu dengan perbuatan gadis-gadis ini.


Antara komen-komen lain yang ditinggalkan oleh netizen:


"Ni, ni, ni, dia tidak tahu ke Facebook akan kongsikan memori yang 4 tahun lepas punya cerita? Tak esok, lusa kau kahwin lepas itu Facebook pun keluar balik cerita kau yang ini ini taknak kecam pakai singlet nampak tet3k," komen Fatehah Mokhtar.

Klik video dibawah untuk melihat aksi mereka:

Tuesday, 18 April 2017

'Tolong Report Iklan Bodoh Ni, Sumpah Tak Funny!' - Netizen Berang Iklan Produk Persenda Maruah Wanita.

Gara-gara memuat naik video iklan review produk besarkan payudara, Nizam Rahman dikecam netizen kerana video itu dianggap agak keterlaluan dan mempersendakan maruah kaum wanita. 


Nizam, yang terkenal dengan video parodinya, berlakon sebagai wanita yang mempunyai saiz payudara kecil dalam video tersebut. Dia kemudiannya didatangi oleh seorang lelaki yang cuba mengodanya, namun terbantut apabila melihat saiz payudaranya kecil sebelum memberikan satu produk B Confident dengan tagline "1 kali sapuan, 1,000 kali sayang", kepadanya. 


Selepas menggunakan produk itu, dia akhirnya berjaya membesarkan 'asetnya' itu, membuatkan lelaki berkenaan ternganga seketika, sebelum melakonkan aksi-aksi ghairah mencuci kereta. 

Di ruangan komen video tersebut, netizen kesal dengan penerbitan iklan produk yang dianggap tidak sensitif dan jelas sekali mempersendakan maruah kaum wanita. Malah, beberapa individu menuntut orang ramai melaporkan video itu kepada Facebook kerana telah mengguris perasaan golongan wanita. 






Dalam masa yang sama, ada yang memberikan teguran atau nasihat kepada Nizam agar berhenti menerbitkan video review iklan yang keterlaluan seperti ini.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan dari Facebook rasmi Nizam Rahman.

Monday, 17 April 2017

Pasangan Kekasih Leka 'Bermain Bola' Di Dalam Stadium Jadi Tular Di Media Sosial.

Sebuah rakaman video mengenai satu pasangan kekasih yang sedang asyik bermain 'bola' di dalam stadium kini menjadi viral di media sosial.


Mana tidaknya, rakaman itu menunjukkan satu pasangan sedang melakukan aksi 'ringan-ringan' didalam sebuah stadium ketika menyaksikan satu perlawanan bola sepak.

Insiden itu sempat dirakamkan oleh seorang lelaki yang berada tidak jauh daripada pasangan ini.

Lelaki itu agak terkejut pada mulanya semasa melihat aksi pasangan itu bermain didalam stadium tersebut.

Dia kemudiannya bertindak merakamkan kejadian itu dan memuat naik video tersebut ke laman sosial miliknya.


Ramai pengguna-pengguna laman sosial yang mentertawakan pasangan selepas melihat video tersebut. Tidak hairanlah jika perkara ini berlaku, memandangkan tiada 'undang-undang' pada diri mereka ini.

TRENDING:
Kalau perkara ini berlaku di Malaysia, pasti pasangan ini akan ditangkap dan dibelasah oleh orang ramai kan?? Apa-apa pun, anda saksikan sendiri bagaimana pasangan ini bermain 'bola' didalam stadium tersebut.

Klik video dibawah:

Saturday, 18 March 2017

(VIDEO) Lori Memandu Lawan Arus Terkantoi Dengan Peronda Polis Di Kewajipan Jalan, USJ.

Dihantar oleh pembaca Tan Wei Shen. Ia adalah satu lagi video satu pemandu kenderaan yang memandu secara berlawanan arus di Malaysia - nampaknya ini sudah menjadi trend terkini - tetapi kali ini, sebuah kereta polis juga kebetulan berada di tempat kejadian!


Kejadian ini di Kewajipan Jalan, USJ Subang pada asalnya diposkan pada 4 Mac, tetapi masih belum tersebar. Syukur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku..

Sebagai satu peringatan, kita hendaklah berhati-hati sekarang ini, walaupun memandu di jalan yang lurus dan di bahagian yang betul.


| BM

Friday, 17 March 2017

Si Gadis OKU Tidak Mengaku Salah!!! Tiada Dakwaan Kes Kematian. Kamurang Pasti Terkejut Besar, Dia Hanya Didakwa Atas Kesalahan Lain...

Model sambilan yang memandu melawan arus hingga menyebabkan kematian seorang juruteknik kilang Selasa lalu, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini.


Dia kelihatan menagis teresak-esak bila dibawa di Mahkamah dengan berbaju yang semasa kemalangan maut yang lalu.

Tertuduh, Ng Pei Ven, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Ng didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam, kira-kira jam 5 petang, Selasa lalu.




Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Mahkamah Asisten Superintendan Md Azman Kadir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Md Azman menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan memohon perintah lapor diri di Jabatan Narkotik seminggu sekali, selain meminta lesen memandu tertuduh digantung.

Dalam kejadian Selasa lalu, Pei Ven memandu kereta melawan arus dari Plaza Tol Sungai Dua ke Permatang Pauh Lebuhraya Utara Selatan sebelum menyebabkan berlaku kemalangan menyebabkan seorang lelaki maut.

Thursday, 16 March 2017

'Kebodohan Raja Bomoh Tiada Pengakhirannya, Khurafat Dan Memalukan Akal'

Mufti Perlis kali ini mengkritik keras aksi terbaru 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin yang 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing, khususnya Korea Utara.

Malaysia jadi bahan lawak sekali lagi.

Sambil menyifatkan langkah itu sebagai khurafat dan memalukan akal, Datuk Dr Asri Zainul Abidin juga menegur langkah itu “dijadikan berita rakyat”.

“Padahal perbuatannya itu merupakan kebodohan yang tiada bertebing,” katanya.

Di tengah-tengah ketegangan hubungan Malaysia-Korea Utara, Ibrahim pada Ahad lalu mengadakan upacara untuk “melindungi” Malaysia di tepi pantai.

Beliau dan pengikutnya kali ini menggunakan buluh kecil yang dijadikan teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh untuk upacara itu.

Menulis di Facebook, Asri juga berkata Ibrahim membaca ayat dan doa dengan cara yang salah.

“Jika itulah dianggap 'raja bomoh', apakah kadar kebodohan pada bomoh yang bukan raja?” katanya.

Asri juga menegaskan Islam menentang kebodohan tanpa mengira siapa yang melakukannya, sekalipun pihak yang bergelar ustaz atau kiyai. -mk

Upacara 'raja bomoh' diharamkan

Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim menegaskan upacara pembomohan Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai "Raja Bomoh" telah diwartakan haram bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.

Katanya, jawatankuasa fatwa negeri yang bersidang pada 17 hingga 19 September 2014 telah memutuskan bahawa amalan pembomohan yang dilakukan oleh Ibrahim berlawanan dengan hukum syarak.

Ibrahim terkenal menggunakan pelbagai peralatan dalam upacaranya seperti buluh, bubu, buah tembikai dan buah kelapa.

Zamri menegaskan mana-mana orang Islam di Perak yang mengingkari fatwa boleh diambil tindakan.

Kata Zamri, dalam konteks perubatan ritual yang dilakukan Ibrahim baru-baru ini sudah pasti beliau akan dikenakan tindakan sekiranya dilakukan dalam negeri Perak.

"Malah, mana-mana orang Islam atau kumpulan yang menjadi ahli atau pengikutnya juga boleh dikenakan tindakan di bawah enakmen tersebut.

"Jika perbuatan itu dilakukan di negeri lain maka pihak berkuasa negeri berkenaan perlu mengambil tindakan kerana urusan agama adalah di bawah urusan negeri masing-masing," Zamri dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian. -mk

| BM