Tuesday, 18 April 2017

'Tolong Report Iklan Bodoh Ni, Sumpah Tak Funny!' - Netizen Berang Iklan Produk Persenda Maruah Wanita.

Tags

Gara-gara memuat naik video iklan review produk besarkan payudara, Nizam Rahman dikecam netizen kerana video itu dianggap agak keterlaluan dan mempersendakan maruah kaum wanita. 


Nizam, yang terkenal dengan video parodinya, berlakon sebagai wanita yang mempunyai saiz payudara kecil dalam video tersebut. Dia kemudiannya didatangi oleh seorang lelaki yang cuba mengodanya, namun terbantut apabila melihat saiz payudaranya kecil sebelum memberikan satu produk B Confident dengan tagline "1 kali sapuan, 1,000 kali sayang", kepadanya. 


Selepas menggunakan produk itu, dia akhirnya berjaya membesarkan 'asetnya' itu, membuatkan lelaki berkenaan ternganga seketika, sebelum melakonkan aksi-aksi ghairah mencuci kereta. 

Di ruangan komen video tersebut, netizen kesal dengan penerbitan iklan produk yang dianggap tidak sensitif dan jelas sekali mempersendakan maruah kaum wanita. Malah, beberapa individu menuntut orang ramai melaporkan video itu kepada Facebook kerana telah mengguris perasaan golongan wanita. 






Dalam masa yang sama, ada yang memberikan teguran atau nasihat kepada Nizam agar berhenti menerbitkan video review iklan yang keterlaluan seperti ini.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan dari Facebook rasmi Nizam Rahman.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon