Saturday, 22 April 2017

Hukuman Mati Saya Pada Tahun 2015 Telah Diganti Dengan Orang Lain - Benjy.

Tags

Benjy atau nama sebenar Khaeril Benjamin Bin Ibarahim 38 telah di tahan di Barada Kualanamu Serdang, Medan atas kesalahan menyimpan syabu di dub ur selasa lalu. 


Dua tahun lalu Benjy dijatuhi hukuman gantung kerana terlibat pengedaran dadah, namun ramai yang tertanya bagaimanakah beliau boleh terlepas daripada hukuman gantung di Malaysia? 

"Pihak kami yang telah memeriksa Benjy, dimana lelaki itu seharusnya dihukum mati pada tahun 2015 lalu, namun digantikan dengan orang lain. Hal itu disahkan oleh Benji sendiri," kata Ketua pengawasan dan cukai lapangan terbang Kualanamun Zaky Irman Syah kepada penulis surat khabar Medan Kompas yang diterbitkan hari ini.


Zaky berkata pihaknya menangkap Benjy dalam penerbangan dari Kuala Lumpur pada selasa kira-kira jam 20:30 di lapangan terbang Kualanamu. Petugas yang curiga dengan Benjy terus periksa dan disoal siasat tujuan kedatangannya ke Medan, Indonesia.

Pada mulanya Benjy berkata tujuan datang ke Medan adalah mencari DJ untuk bekerja di Malaysia, namun Benjy gagal menjawab soalan siapa individu yang ditemuinya di mmedan untuk membantu mencari DJ. Selepas jawapannya mengelirukan kami melakukan pemeriksaan lebih mendalam, kata Zaky.

BACA INI JUGA:
| BM

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon