Sunday 12 March 2017

(Video) Majlis Perkahwinan Tergendala Gara-gara YB Teresa Kok Bawa Samseng Buat Kacau.

Tags

Satu majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di Dewan Komuniti Seputeh tergendala seketika gara-gara Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengadakan protes membantah pembinaan projek rumah mampu milik di kawasan berkenaan.


Sikap biadab Teresa dan kumpulannya yang mengganggu kelancaran majlis perkahwinan itu dilaporkan menerusi laman blog Kl Chronicle dan turut dikongsi pengguna-pengguna Facebook.

Melalui rakaman video yang tersebar di Facebook, berlaku pertelingkahan antara peserta perhimpunan anjuran Teresa dengan individu yang meminta majlis perkahwinan itu tidak diganggu.

“Kamu nampak majlis perkahwinan di sana tetapi kamu masih lagi buat protes di sini untuk cari publisiti.

“Tolong hormati majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di sini. Buat hari lain protes ini, kamu semua boleh bersurai,” kata individu tersebut.


Menurut laman blog Kl Chronicle, satu laporan polis juga telah dibuat mengenai tindakan Teresa dan kumpulan tersebut yang mengganggu kelancaran majlis perkahwinan itu.- UTUSAN ONLINE

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon