Tiada banyak info tentang kehidupan arwah Ary Malik tiada gambar-gambar nya didedahkan selama diri nya menderita akibat kanser ovari.
Berita hanya terdedah setelah arwah koma dan dimasukkan ke Hospital, namun keluarganya suami serta anak-anak lah insan yang paling rapat dengan arwah dan sedia berkongsi penderitaan arwah semasa hayatnya.
Suami kepada Allahyarham Ary Malik, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, memberitahu kepada media, dia telah kehilangan sesuatu yang besar dalam hidupnya.
Shahrul Nizam berkata, Ary seorang isteri yang sangat penyayang dan disayangi ramai.
"Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup saya.
"Saya banyak belajar tentang kehidupan bersamanya.
"Anak-anak masih bersedih dan terkejut. Mereka sudah mula rindu dan berasa ketiadaan waktu mandikan jenazah.
"Saya berterima kasih atas doa dan ucapan takziah buat kami sekeluarga," katanya ringkas.
Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, menghembus kan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 7.17 malam di Hospital Ampang, selepas kira-kira setahun menderita penyakit kanser ovari.
Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga termasuk suami dan anak-anaknya selepas kira-kira 10 hari dirawat di hospital itu.
Terdahulu pada petang Selasa, berita kematian Ary menjadi tular namun ia dilaporkan tidak benar kerana Allahyarham masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Allahyarham pernah menyertai MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012.
Hasil perkahwinannya dengan Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Shahrul Bromo, mereka memiliki tiga orang anak iaitu, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik yang berusia 11 tahun.
| BM
| BM
EmoticonEmoticon