Showing posts with label hati ini. Show all posts
Showing posts with label hati ini. Show all posts

Monday, 1 May 2017

'Silibus Semua Subjek Tahun 1 Semakin Sukar, Padahal Anak-anak Masih Terkial-kial Nak Tulis Nama Sendiri.'

Mak, berat hati saya nak tulis. Tetapi percayalah silibus semua subjek anak-anak Tahun 1 semakin sukar. Arasnya tinggi. Mak sendiri pun ramai yang tak tahu nak jawab macam mana. 


Tak percaya? Saya mohon mak belek buku teks Tahun 1 yang baru. Bukan satu subjek, semua subjek. Ini contoh Matematik Tahun 1 (credit to cikgu Mohd Fadhli). Tahun 1 sudah kena bina ayat, padahal anak-anak masih terkial-kial nak menulis nama sendiri. 

Mak rasa? Berbaloi ke 2 murid maju di depan? Tetapi 30 lagi ketinggalan di belakang? 

Mak, nak mengajar itu senang, nak beri faham itu sukar, nak pupuk minat itu sulit. 

Cikgu sebagai pelaksana dasar paling bawah, mentimun, bukan musang king. Andai keputusan ujian anak kurang menyenangkan hati, usah dituduh cikgu makan gaji buta, usah dikata cikgu tak pandai mengajar, masa cikgu sudah habis 'dicuri'. 

Kemenjadian murid bermula di rumah. Aktifkan suara ibu bapa pada musang king kerana ibu bapa ibarat opet. Hanya opet yang suka makan musang king. Mentimun kalau bersuara, sila-silap kena lenyek. 

Anak saya di Pra Sekolah pun dah ada latihan begini. Saya cikgu, tapi saya juga ibu. Risau, sedih dan keliru.





Mak, bagi soalan matematik seperti contoh pada post saya ini, nama tajuknya number bond. Ini kaedah bagi memudahkan anak mengira berbanding kaedah biasa yang kena bawa ke depan itu. Dengan kaedah number bond ini, nombor itu dikecilkan.

Saya setuju kaedah ini sebenarnya lebih mudah. Bila anak dah menguasai pelengkap nombor 5 dan 10. Maksudnya, semasa usia 5-6 tahun, anak sudah tahu apa kombinasi nombor yang boleh menghasilkan jumlah 5 dan 10.
  • 1+4=5 
  • 2+3=5 
  • 5+0=5 
  • 1+9=10 
  • 2+8=10 
  • 3+7=10 
  • 4+6=10 
  • 5+5=10 
  • 10+0=10 
Ajar anak untuk mahir cerakinkan nombor puluh dan sa. 24 = 20 + 4. Jika anak tak mahir dengan kombinasi nombor ini, sukarlah jua bagi mereka menjawab soalan number bond. Naik darjah 1 terus dapat soalan begini, risau minat mereka terus terpadam. Jadi, saya seru mak-mak yang hebat semua mulakan di rumah. Ingat, kemenjadian murid bermula di rumah.

Ya, yang hantar di tadika hebat, saya yakin topik ini sudah ada dalam silibus mereka. Tetapi untuk yang kurang mampu, ini tipsnya. Biarlah sama-sama mendaki puncak, bukan berpisah dua di depan, 10 di belakang. Mak jangan stress, jangan jadi naga. Anak-anak perlukan sokongan kita.


Saturday, 22 April 2017

Nak Surprise Birthday Suami...Tunggu Dalam Gelap, Suami Balik Aku Nangis Rupanya Dia...

Saya sekadar ingin meluahkan rasa hati sebagai seorang isteri. sakit sangat rasa bila diri tak dihargai suami kan? Saya dah berkahwin 2 tahun lebih dan masih belum diberikan rezeki zuriat.


Perasaan sedih dan kecewa saya ini disebabkan sikap suami yang langsung tak pernah hargai saya sebagai isteri. Kadang-kadang sebagai seorang perempuan dan isteri kita pasti nak rasa bahagia terutamanya bila suami mengingati hari-hari penting seperti anniversary or birthday kita kan tapi saya tak pernah dapat smua tu sampaikan birthday saya pun suami tak ingat.

Bila anniversary kami, saya je beria-ria buat macam-macam perancangan tapi suami buat bodoh je. saya tak pernah merasa dapat hadiah dari suami. Kadang-kadang berharap sangat walaupun hadiah tu murah saya tak kisah.

Semalam birthday suami,saya cuba buat surprise untuk dia. Malam tu suami keluar lepak dengan kawan jadi saya duduk rumah seorang. saya tutup semua lampu dan saya sanggup duduk dalam gelap untuk buat surprise pada suami tapi bila suami balik saya terus on lagu birthday dan menjerit wish happy birthday,tau apa reaksi suami?? 

Dia buat bodoh saja then saya ke dapur ambil kek yang saya buatkan khas untuk dia berserta dengan kad ucapan, tau apa reaksi dia?? dia cakap nanti je la dia mkan then dia simpan kek bersama kad ucapan tu dalam peti tanpa membaca apa yang saya tulis, tanpa ada sepatah pun ucapan terima kasih dia terus masuk bilik. ya Allah sedih,hancur kecewanya rasa diri ni tak dihargai suami langsung.

Maaf semua mungkin masalah saya ni bukan la masalah yang besar sangat tapi saya sekadar ingin meluahkan perasaan yang lama terpendam. -KRT

BACA INI JUGA:
| BM

Tuesday, 28 March 2017

'Nak Sangat Jadi Bridesmaid? Nah, Semua Kerja Ini Kau Kena Buat...'

Assalamualaikum. Pertama sekali, terima kasih sebab up cerita aku. Aku di sini mewakili salah seorang bridesmaid nak mencelikkan minda netizen tentang behind the scene as a bridesmaid. So lets the story begini.


Sebagai seorang member, bila member baik kau kahwin, mesti kau takkan terlepas daripada menjadi senarai sebagai bridesmaid dia. Begitulah yang aku alami. Bila aku mendapat berita yang kawan baik sendiri nak kahwin, mestilah aku teruja.

Mostly orang cakap, bila pengantin adakan bridesmaid ini mesti ada bajet untuk buat baju bridesmaid. Hell no to us because kawan aku cakap, "Boleh tak kita buat collection as you become my bridesmaid?".

Dan aku sebagai kawan takkan nak menolak pula? Jadi dengan rela hatinya aku bersetuju sajalah sebab dah hari bahagia kawan aku, kan? Bermulakan investment on the fabric and tailoring so on dengan duit sendirian berhad.

Part kedua bermula bila aku ambil cuti daripada kerja memandangkan kenduri kawan aku pada hujung minggu sebab perjalanan ke tempat kenduri jauh. Tapi boss tak bagi cuti, jadi aku guna cuti hujung minggu sajalah.

Dia kenduri di utara, aku bekerja di selatan. Makan masa dalam separuh hari nak ke sana. Nak naik kapal terbang agak mahal sebab tak cukup bajet.

Jadi setibanya di sana dengan bridesmaid yang lain (ada dari timur dan etc memandangkan ktiorang dah habis belajar dan bawa haluan masing-masing), si pengantin in pun jemput kitorang di stesen bas.

Sampai saja di rumahnya, kami disambut dengan,

"Korang nak sangat jadi bridesmaid kan? Nah, gantung langsir ini kejap,"

Aku punya respon okay saja tetapi dalam hati agak terasa sakit juga. Sekurang-kurangnya tanyalah "how was your day" ke apa. Jadinya, sampai-sampai saja, kitorang letak barang tana rehat, terus buatlah kerja rumah.

Pasang langsir, buat pelamin pun kitorang juga memandangkan keluarga si pengantin ini agak Islamic. Ayah dia tak bagi sangat ada pelamin bagai.


Tetapi dah kawan aku yang nak juga untuk bergambar. Kitorang pun dengan rela hati merealisasikan impian kawan kitorang. Set up satu mini pelamin memandangkan salah seorang daripada geng kitorang adalah event planner.

Habis yang itu, ada lagi tugas yang lain. Kitorang kena siapkan door gift 2,000 pax memandangkan adik beradik dan sepupu sepapat datang tunjuk muka waktu malam kenduri saja. Memang directly banyak gila kerja yang diberi dan penat gila-gila. Dengan tak mandinya, korang boleh bayangkanlah macam mana.

Sesi malam punya cerita, ada majlis berinai kecil-kecilan. Part ini kitorang jadi dayang-dayang pula menghidang makanan pada sepupu-sepapat kaum kerabat keluarga si pengantin.

Salah seorang kawan aku dah mula hangin sebab rasa dilayan seperti kuli tapi suruh dia relaks sajalah sebab kena hadap dalam sehari saja.

Malam itu dalam jam 2 pagi juga kitorang dapat kendiri.

Keesokkan harinya terpaksa bangun jam 5 pagi sebab nak bersiap-siap bawa pengantin make up jam 7 pagi. Sudahlah tempat make up dalam 30 kilometer.

Aku pun tak faham kenapa kawan aku si pengantin ini pergi cari punyalah jauh. Akad nikah jam 10 pagi, akulah jadi driver memandangkan skill driving aku tahap Fast & Furious. Haha!

Pastu sebab jauh gila tempat make up masa lari sikit, aku terpaksa hantar pengantin dulu. Selepas itu balik rumah pick up hantaran di rumah. Alhamdulillah, sekali lafaz kawan aku dah jadi isteri orang.

Jam 12 tengah hari kenduri pun bermula. Masa itu aku jadi runner untuk bawa si pengantin make up sekali lagi di butik yang sama.</p><p>Aku sebenarnya hairan juga kenapa dia tak panggil MUA datang make up di rumah saja? Tetapi aku malaslah nak argue apa-apa, dah orang punya hari bahagia kan?

Bermula saja kenduri, kitorang jaga pintu masuk bagi doorgift bersama ibu bapa si pengantin.

Dengan berpeluh yang melekit dan tak selesa, di hujung-hujung ambang baru ada scene ambil gambar sambil bajet-bajet selfie. Itu pun berlangsung tak lama sebab saudara mara si pengantin asyik panggil kitorang untuk buat kerja.

Kadang-kadang aku rasa out of scope pun ada bila kitorang kena tolong refill air basuh tangan. Hahaha! Aku anggap itu sebagai ehsan tolong pihak katering sajalah.

Sesi petang ada outdoor photoshoot. Guess what? Kitorang tak terlibat pun dengan photoshoot session. Nak tahu kenapa?

Sebab sebenarnya kitorang baru tahu yang si pengantin sebenarnya ada bridesmaid lain dalam tujuh orang, iaitu housemates baru dia. Masa itu kitorang rasa macam telah dipergunakan. Agak sakit hati tetapi biarkan saja.

Jadi si pengantin pergi photoshoot, kitorang di rumah dia kemas rumah dan not to mention kitorang yang cuci periuk.

After that, malam aku punya tiket bas, si pengantin dan suami hantar aku ke terminal bas dan aku pun rasa nightmare aku dah lepas. Masa balik, no word from any of her family or herself "Thank you for helping me out"

Keesokannya, aku pergi kerja seperti biasa tanpa rehat. Disebabkan peristiwa ini juga, aku malas buat bridesmaid masa wedding aku sebab aku nak meraikan kawan-kawan, bukannya jadikan mereka sebagai kuli batak. - Qistina

Sunday, 19 March 2017

Apa Masalah Kamu Jerit Dini...Dia Lakukan Perbuatan Jahat Dan Keluarkan Kata Kurang Sopan!!!

Selepas melalui pengalaman ngeri ketika menaiki tren LRT pagi Isnin lalu, Nur Dini Van Haeren menasihatkan mangsa pelaku sumbang supaya tidak berdiam diri, sebaliknya bertindak balas untuk menghentikan perbuatan pihak tidak bermoral itu.


"Jerit atau lakukan sesuatu supaya orang ramai tahu apa yang berlaku.

"Malukan lelaki itu jika terpaksa dengan mengambil gambar atau video. Pastikan pelaku sumbang itu tidak terlepas dengan apa yang telah dilakukannya," katanya.

Itulah yang dilakukan Nur Dini sebaik didekati lelaki bermata galak sebaik dia menaiki tren di stesen Kelana Jaya baru-baru ini.

Pelajar kolej berusia 21 tahun itu yang sedang menjalani latihan amali di sebuah hotel telah didekati seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata dan perbuatan tidak sopan terhadapnya.

"Apa masalah kamu?" demikian dia menjerit terhadap lelaki itu yang kemudiannya hanya tersenyum lebar.

"Saya kemudiannya mengambil gambarnya menggunakan telefon untuk memalukannya. Dia menutup mukanya sebelum turun di dua stesen selepas itu di Taman Paramout," katanya.

Nur Dini berkongsi pengalamannya itu menerui laman sosial Facebook.

"Sepatutnya saya lakukan lebih lagi untuk melindungi diri tetapi ketika itu saya agak gementar, tiada kata-kata yang boleh gambarkan perasaan saya ketika itu.

"Situasi itu menyebabkan saya menggeletar dan menangis. Saya harap orang lain tidak akan melalui situasi seperti itu," katanya.

Susulan posting Nur Dini itu, pihak Rapid Rail yang juga anak syarikat Prasarana telah menjalankan pemeriksaan dan mengesan suspek di stesen LRT Taman Jaya.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada Khamis dan diserahkan kepada polis, kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Zohari Sulaiman.

Ketika dihubungi, Nur Dini yang lega susulan penahanan lelaki itu berkata, dia bimbang jika ditakdirkan bertemu lagi pelaku sumbang itu di dalam tren atau di tempat awam.

Bagaimanapun, ia tidak akan menghalangnya daripada terus menggunakan pengangkutan awam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan penahanan lelaki itu.

Katanya, pihaknya akan memutuskan sama ada suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kata-kata dan perbuatan untuk menghina seseorang.

BACA INI JUGA:
| BM

Monday, 13 March 2017

(6 Gambar) Jangan Ambil Hati Sefhia...Daddymu Tak Kisah Pun Birthday Sefhia. - Elly Mazlein

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mendedahkan bekas suaminya, Azmi Hatta langsung tidak mengucapkan selamat hari lahir kepada anak mereka, Putri Sara Sefhia yang menyambut ulang tahun pertama semalam.


“Saya anggap dia sedang sibuk ‘berperang’. Dia seakan langsung tidak mengambil tahu perihal perkembangan anak. Sudah setahun usia anak kami, apatah lagi ucapan, hadiah seperti permainan atau baju pun tidak pernah dia berikan. Jadi, saya mahu mengambil langkah mudah dan menganggap dia sedang sibuk,” kata Elly kepada Astro Gempak.

Tidak bersedih dengan hal tersebut, Elly yang popular menerusi lagu Bungaku Bakawali ini menyatakan dirinya sudah lali dengan perkara sebegitu.






“Saya dah lali dan perkara sama sahaja asyik berlaku. Ada atau tidak, perkara tersebut tidak mendatangkan apa-apa perbezaan. Dia kelihatan seperti tiada masa mahu mengetahui perihal perkembangan anak dan sebagainya. Mungkin dia hilang ingatan atau benar-benar terlupa,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Elly yang baru sahaja menandatangi kontrak bersama KRU Music ini bakal muncul dengan sebuah single terbaru yang masih belum diberi tajuk.

“Single tersebut merupakan lagu hasil ciptaan Manusia Putih. Saya tak sabar mahu masuk ke studio dan merakamkan buah tangan terbaru ini untuk peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan rezeki saya,” katanya lagi.

| BM

(3 Gambar) Sayang...Rehatlah... Sayang Dah Puas Menderita...Hanya Kami Sekeluarga Tahu Macam Mana Ary Menderita.

Tiada banyak info tentang kehidupan arwah Ary Malik tiada gambar-gambar nya didedahkan selama diri nya menderita akibat kanser ovari.


Berita hanya terdedah setelah arwah koma dan dimasukkan ke Hospital, namun keluarganya suami serta anak-anak lah insan yang paling rapat dengan arwah dan sedia berkongsi penderitaan arwah semasa hayatnya.

Suami kepada Allahyarham Ary Malik, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, memberitahu kepada media, dia telah kehilangan sesuatu yang besar dalam hidupnya.

Shahrul Nizam berkata, Ary seorang isteri yang sangat penyayang dan disayangi ramai.

"Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup saya. 

"Saya banyak belajar tentang kehidupan bersamanya.


"Anak-anak masih bersedih dan terkejut. Mereka sudah mula rindu dan berasa ketiadaan waktu mandikan jenazah. 

"Saya berterima kasih atas doa dan ucapan takziah buat kami sekeluarga," katanya ringkas.

Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, menghembus kan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 7.17 malam di Hospital Ampang, selepas kira-kira setahun menderita penyakit kanser ovari.

Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga termasuk suami dan anak-anaknya selepas kira-kira 10 hari dirawat di hospital itu.

Terdahulu pada petang Selasa, berita kematian Ary menjadi tular namun ia dilaporkan tidak benar kerana Allahyarham masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Allahyarham pernah menyertai MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012.

Hasil perkahwinannya dengan Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Shahrul Bromo, mereka memiliki tiga orang anak iaitu, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik yang berusia 11 tahun.

| BM

Saturday, 11 March 2017

Patutlah Anak Saya Takut Nak Pergi Taska Itu - Azlinda Husna.

Kata Puan Azlinda Husna yang telah memuat naik status luahan kekecewaannya terhadap pihak taska yang didakwa menganiaya anaknya baru-baru ini.


"Ingat seronok ke ibu-ibu nak tinggalkan anak-anak kecil di taska sambil dijaga oleh orang lain? Kalau ada pilihan lain, memang tak hantar si kecil kami ke tempat orang," tulisnya.

Dalam ruang komen di status tersebut, Azlinda mengatakan anaknya, Hanan, 2, kerap dipukul sehingga trauma dan takut untuk pergi ke taska berkenaan.

"Ada seorang guru taska berterus terang bahawa anak saya kerap dimarah dan dipukul. Rupa-rupanya sudah berbulan-bulan anak saya merana.

"Punya lama anak nak beritahu yang dia terseksa jiwa dan mental tetapi saya masih tak faham. Tetapi bila diingatkan semula, banyak kesan rupanya. Sampai anak saya kerap demam dan takut nak bangun pergi taska," katanya.

Susulan kejadian yang menimpa anak lelakinya itu, Puan Azlinda membuat aduan kepada pihak-pihak berkaitan.

Berdasarkan aduan yang diterima, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia telah datang ke taska tersebut.

Setelah siasatan dijalankan, pihak taska diberi notis selama 21 hari untuk ditutup kerana aduan tidak melibatkan sebarang 'kemalangan'. 


Malah, kakitangan taska yang merupakan warga Indonesia dan tidak memiliki permit bekerja juga diberi tempoh 24 jam untuk keluar dari taska tersebut.

Sehinggalah semalam, Puan Azlinda memuat naik pendedahan mengenai taska tersebut dan viral di media sosial serta dikongsi sebanyak 6,442 kali oleh pengguna Facebook telah mendorong pihak terbabit menampal notis taska berkenaan ditutup mulai Isnin depan.

Loading...