Kata Puan Azlinda Husna yang telah memuat naik status luahan kekecewaannya terhadap pihak taska yang didakwa menganiaya anaknya baru-baru ini.
"Ingat seronok ke ibu-ibu nak tinggalkan anak-anak kecil di taska sambil dijaga oleh orang lain? Kalau ada pilihan lain, memang tak hantar si kecil kami ke tempat orang," tulisnya.
Dalam ruang komen di status tersebut, Azlinda mengatakan anaknya, Hanan, 2, kerap dipukul sehingga trauma dan takut untuk pergi ke taska berkenaan.
"Ada seorang guru taska berterus terang bahawa anak saya kerap dimarah dan dipukul. Rupa-rupanya sudah berbulan-bulan anak saya merana.
"Punya lama anak nak beritahu yang dia terseksa jiwa dan mental tetapi saya masih tak faham. Tetapi bila diingatkan semula, banyak kesan rupanya. Sampai anak saya kerap demam dan takut nak bangun pergi taska," katanya.
Susulan kejadian yang menimpa anak lelakinya itu, Puan Azlinda membuat aduan kepada pihak-pihak berkaitan.
Berdasarkan aduan yang diterima, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia telah datang ke taska tersebut.
Setelah siasatan dijalankan, pihak taska diberi notis selama 21 hari untuk ditutup kerana aduan tidak melibatkan sebarang 'kemalangan'.
Malah, kakitangan taska yang merupakan warga Indonesia dan tidak memiliki permit bekerja juga diberi tempoh 24 jam untuk keluar dari taska tersebut.
Sehinggalah semalam, Puan Azlinda memuat naik pendedahan mengenai taska tersebut dan viral di media sosial serta dikongsi sebanyak 6,442 kali oleh pengguna Facebook telah mendorong pihak terbabit menampal notis taska berkenaan ditutup mulai Isnin depan.
Loading...
Loading...
EmoticonEmoticon