Friday, 10 March 2017

Kalau Selepas PRU14, Umno/BN Bukan Lagi Parti Pemerintah, Aku Akan Cadangkan Semua Saman-saman Lama Tahun 2010 Ke Bawah Dimansuhkan. Sila Baca Saranan Peguam Muda Ni...

Tags

Sebenarnya sudah beberapa bulan lepas lagi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) khususnya Cawangan Trafik memulakan proses menjana pendapatan. Ramai yang mesej dan ada yang telefon secara terus bertanyakan apakah tindakan yang boleh kita sebagai pengguna jalanraya lakukan.


Pada 5 Januari 2017 aku tulis suatu artikel bertajuk "POLIS BUAT ROADBLOCK ATAU TAHAN TEPI JALAN DAN MINTA SIGN SAMAN-SAMAN LAMA - APA NAK BUAT?". Tulisan aku tu menerangkan apa yang perlu dilakukan jika kita ditahan oleh pegawai polis dan kemudiannya menyerahkan saman-saman lama. Ketika tulisan itu dikeluarkan, aku tidak menerima sebarang bukti bahawa Polis melakukan perkara tersebut.

Baru-baru ini seorang sahabat rapat aku menerima nasib yang sama. Dia telah ditahan di suatu sekatan jalanraya oleh Polis dan kemudiannya Polis mengeluarkan saman-saman lama yang ada antaranya bagi kesalahan pada tahun 2003.

Gila apa polis sekarang kesalahan tahun 2003 pun dikeluarkan semula. Nampaknya Polis bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan saman-saman tertunggak yang mereka ada.

Ok hari ini aku nak umumkan.

Jika ada kawan-kawan yang baca tulisan ini menerima nasib yang sama, jangan takut dan jangan risau. Jika ditahan di sekatan jalanraya dan dimaklumkan oleh pegawai polis bahawa anda mempunyai saman-saman tertunggak, mintak polis keluarkan saman tersebut. Jika ada saman dan diminta terima saman dan tandatangan, ambil saman tersebut dan tandatangan saman-saman yang diserahkan.

Baca dengan teliti saman yang diserahkan. Setiap saman mesti ada jenis kesalahan, waktu kesalahan dilakukan, bila kesalahan dilakukan dan yang paling penting bila dan mahkamah mana yang anda perlu hadiri. Saman tersebut juga akan ada tawaran kompaun.

Ikut aku, jangan bayar tawaran kompaun. Tawaran kompaun tu dibuat semata-mata hendak mudahkan kerja polis. Polis tak perlu pergi mahkamah bila anda bayar kompaun. Jangan bayar kompaun sebaliknya pergi ke mahkamah. Kalau nak bayar kompaun jugak, itu terpulang lah tapi aku bagi cadangan untuk selamatkan duit yang tak berapa ada tu. Daripada bayar kompaun RM150 baik guna duit tu beli beras dan barang keperluan lain.

Macamana nanti pergi mahkamah kena bayar denda tinggi? Pergi mahkamah jangan mengaku salah jadi tak perlu bayar denda. Denda hanya wajib bayar kalau mengaku salah. Kalau tak mengaku salah nanti kena naik mahkamah 2-3 kali pulak, lagi banyak belanja. Jawapannya.... Kalau hak sendiri pun rasa susah nak pertahan dan biar orang pijak kepala dengan mudah lepas tu nak merungut, baik jangan jadi orang.

Kalau nak bantuan guaman, nak tahu macamana nak buat kalau bicara tanpa peguam? Boleh hubungi aku. InsyaAllah aku cuba bantu bersama kawan-kawan peguam lain yang lapang.

Kenapa perlu lawan dan tak bayar saman? Dah buat salah bayar saja la... Siapa kata kita buat salah? Dah terbukti ke kita buat salah? Saman bukan bukti kita buat salah. Polis dakwa kita buat salah, polis perlu buktikan. Bukan saman ja terus ambik duit kita.

Owhhh awak nak ajar orang langgar undang-undang la ni?? Ini bukan nak ajar orang langgar undang-undang, tapi nak ajar pihak berkuasa juga untuk ikut undang-undang. Jangan atas nama nak laksana undang-undang, pihak berkuasa boleh buat suka hati tak ikut undang-undang.

Aku buka khidmat guaman percuma kepada sesiapa yang menerima saman-saman lama untuk tahun 2010 ke bawah dan kes disebut di Mahkamah Kuala Lumpur, aku akan bantu lawan di Mahkamah. Yang penting kena berani dan luangkan masa untuk hadir di Mahkamah sepanjang proses mahkamah.

Kalau itu pun tak mau lagi. Malas nak cakap dah la.....

Kalau selepas PRU14, Umno/BN bukan lagi parti pemerintah, aku akan cadangkan semua saman-saman lama tahun 2010 ke bawah dimansuhkan. Kalau nak boleh undi aku.

Sekian. Ini serius bukan cobaan.

Zulhazmi Shariff
10 MAC 2017

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon