Saturday 11 March 2017

Berita Kematian Ahli Keluarga Mengejutkan Abam Bocey Dan Ali Puteh, 15 Minit Sebelum MLM 2017 Berlangsung.

Tags

Berita kematian yang amat mengejutkan diterima Abam Bocey dan Ali Puteh peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) sedikit sebanyak menganggu persembahan ketika mereka ingin memulakannya dalam 15 minit seperti dijadualkan.


Melalui laman Astro Gempak, Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 28, memberitahu, berita kematian yang telah disampaikan oleh ahli keluarganya amat mengejutkan memandangkan siaran langsung MLM 2017 akan bermula dalam 15 minit sahaja lagi.

Persembahan saya pada malam ini dalam kesedihan walaupun saya sedang menghiburkan orang ramai, sedikit sebanyak emosi kami terganggu kerana menerima berita yang amat menyedihkan ini.

Kami menguatkan semangat untuk meneruskan persembahan ini walaupun sedang dalam kesedihan dengan kematian datuk saudara.

Difahamkan, datuk saudara mereka yang meninggal dunia itu berusia 75 tahun dan menghembuskan nafas terakhir kerana jangkitan kuman pada paru-paru.<

Jenazahnya akan dikebumikan di kawasan Tanah Perkuburan Islam UIA Gombak pada jam 9.00 pagi ini, jelas Ali kepada Astro Gempak.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon