Friday, 10 March 2017

‘Sila Beri Dr. Mahathir Jalan Berkaki Ayam Atas Selut Di Padang Rengas’.

Tags

AHLI Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini mencabar Penasihat PPBM Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kawasannya semasa Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.


Tindakan itu disambut kembali oleh Ketua Penaja Bahagian Langkawi bagi PPBM itu dengan kembali mencabar Nazri untuk bertanding di kerusi Parlimen Langkawi. Namun, Nazri memberi jawapan bahawa dalam sistem agihan kerusi Barisan Nasional (BN), beliau mungkin tidak dapat bertanding di Langkawi.

Pemimpin yang cukup terkenal dengan sinisan itu meminta agar penduduk Padang Rengas tidak perlu membentang karpet merah untuk dirinya ketika hadir ke sana nanti.

Inilah sikap Dr Mahathir yang tidak boleh ditinggalkan olehnya walaupun sudah berusia 91 tahun. Dia masih menganggap dirinya seorang Negarawan hebat yang wajar diletakkan karpet merah di bumi yang dipijak oleh kaki tuanya itu.

Sedangkan, dia tidak sedar bahawa sudah ramai rakyat negara ini mula berasa muak dan marah terhadap dirinya, sama ada secara nyata mahupun secara diam. Apatah lagi ketika dia memilih DAP untuk bersekongkol, dan ditambah pula dengan kebocoran maklumat salah guna kuasa dan kehilangan wang berbilion ringgit di zaman pemerintahannya dahulu.

Jadi, pada hakikatnya, Dr Mahathir bukan lagi seorang yang dimuliakan seperti dahulu. Dia sudah dikesampingkan dan dicemuh majoriti rakyat negara ini.

Justeru itu, tidak perlulah Dr Mahathir melarang agar rakyat membentang karpet merah kepada dirinya, kerana secara terang-terangan memang dia tidak lagi layak untuk menerima layanan kemuliaan seperti dahulu kala. - Tv14

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon