Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, 9 March 2017

Ketua Bahagian Dan EXCO Negeri Ditahan SPRM, UMNO Johor Bakal Tumbang?

Seorang lagi pemimpin UMNO Johor iaitu seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian bersama teman wanitanya direman selama tiga hari mulai semalam kerana dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor atau RMMJ.


Dilaporkan empat mangsa telah membuat aduan ditipu dengan nilai kerugian berjumlah RM120,000 sejak tahun lalu. Siapakah Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan?

Walaupun tidak disebut namanya, tetapi sudah menjadi perbualan di dalam UMNO bahawa beliau adalah pemimpin pemuda di sebuah bahagian yang mana Ketua Bahagiannya adalah sekutu paling rapat dengan Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.

Kemudian terbaru, ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor Datuk Abdul Latif Bandi dilaporkan turut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal besar tanah dan rumah di negeri itu.

Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad telah mengesahkan penahanan tersebut di Menara Star ketika mengadakan lawatan hormat bersama pegawai tinggi SPRM dengan pihak media.

Abdul Latif merupakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor sebelum diarahkan bercuti sementara menunggu hasil siasatan terhadap skandal tanah terbabit.

Minggu lalu anak kepada exco terbabit bersama-sama dengan pegawai khasnya telah ditahan oleh SPRM dalam satu serbuan yang dijalankan oleh suruhanjaya itu.

Tangkapan demi tangkapan ini secara tidak langsung bukan saja memperlihatkan betapa “kotornya” imej pemimpin-pemimpin UMNO, malah pasti akan memberi kesan kepada kepimpinan kerajaan negeri untuk mempertahankan kuasanya.

Rasuah, penyelewengan, penipuan dan bertindak curang demi mendapatkan wang seolah-olah sudah menjadi mainan harian bagi mereka.

Jika sebelum ini SPRM ada menyebut bahawa 54 peratus kakitangan kerajaan terpalit dengan rasuah, berapa peratuskah pula melibatkan orang politik dan anggota pentadbiran kerajaan?

Adakah ia lebih parah atau rasuah di kalangan anggota pentadbiran dan kakitangan awam sama saja sedang membarah?

Bagi rakyat Johor, sudah tentu mereka memerhati dengan teliti semua perkembangan ini dan menjadikannya sebagai pedoman dalam membuat pilihan di peti-peti undi.

Selain Johor sendiri berdepan pelbagai masalah tersendiri kesan pemecatan Muhyiddin Yassin di mana ramai ahli UMNO menyertai Bersatu, apa yang berlaku kebelakangan pastinya merupakan bonus tambahan kepada mudahnya lagi UMNO dan BN dapat ditumbangkan di negeri itu.

Berbanding negeri-negeri lain yang masih dikuasai BN, Johor sehingga ini nampaknya paling mudah akan bertukar teraju pemerintahan selepas PRU 14 akan datang kerana isu-isu yang menyakitkan hati rakyat sentiasa saja ada dan silih berganti menjadi perbualan.

UMNO Sudah Tersepit Dan Gunakan Taktik Kotor Ini Untuk Menang PRU14.


1. UMNO sudah sangat tersepit. Dalam keadaan ini, UMNO akan pergunakan agama dan agamawan sebagai senjata paling berkesan untuk menang pilihanraya. UMNO akan bakar sentimen agama di kalangan orang Islam. KEMAS dan JASA akan masuk kampung dan beritahu, Islam sedang dalam bahaya dan mesti diselamatkan.

2. UMNO akan kambinghitamkan parti politik seperti DAP dan individu tertentu (contohnya Siti Kasim) dan rakan-rakannya. Mereka akan dilabel liberalis, anti Islam, anti dakwah, anti pendakwah, agen kafir untuk menaikkan sentimen pertahankan agama yang kononnya sedang terancam.

3. Orang Melayu yang malas berfikir, berfikiran singkat, taksub, sensitif melulu, menyokong membabi buta, mengambil agama secara sentimen, bersemangat agama tanpa ilmu akan percaya dakwaan UMNO. Mereka pun bersingsing lengan, demi pertahankan Islam, kita mesti bersama UMNO. Ketika itu, 1MDB dan segala datuk nenek penyelewengan Umno sudah diketepikan.

4. Bagi mereka, sesiapa saja yang lawan UMNO dikira lawan Islam, tak sokong UMNO dikira anti dakwah. Ketika ini, agamawan pun digunakan untuk bersyarah ke hulu dan ke hilir atas nama pertahankan agama dan dakwah. Agamawan kelabu asap ini pun bercakap dengan nada UMNO, walaupun secara lahirnya mereka tidak berkempen secara langsung untuk UMNO.

5. Agamawan kelabu asap ini bercanang ke sana sini, Islam sedang terancam oleh parti kafir dan golongan liberalis yang menjadi musuh Islam. Golongan ini jika dibiarkan akan memusnahkan Islam dan mereka mesti ditentang. Dakwaan agamawan kelabu asap ini biasanya mudah ditelan oleh orang Melayu yang beragama secara sentimen. Akhirnya, Najib dilambung-lambung lagi kerana menang pilihanraya dengan cara jual agama dan bodohkan agamawan.

6. Pada masa yang sama, agamawan dalam Pas yang termakan dedak akan turut berperanan menimbulkan kebencian umum kepada DAP dan individu tadi, juga atas sentimen agama. Bagi agamawan separuh masak Pas ini, orang-orang yang mengajak kepada kebebasan, keadilan, beramal dengan agama secara bijak, akan dilabel liberalis dan anti Islam. Nada mereka sama dengan nada UMNO. Mereka membantu UMNO untuk menjual dan memperalatkan agama. Agamawan Pas ini akan bersuara dengan suara UMNO walau pun berbaju hijau dan berserban.

7. Hakikatnya DAP dan individu tersebut bukan anti Islam, anti dakwah atau agen kafir. Mereka mengajak rakyat untuk lawan penyeleweng, tuntut hak, pertahan kedaulatan negara dan undang-undang. Namun begitu, oleh kerana agamawan tajaan UMNO ini jahil bahasa undang-undang, bahasa hak asasi, akhirnya mereka diperangkap oleh UMNO untuk menjadi burung kakak tua UMNO.

8. Agamawan upahan UMNO ini akan bergaya seperti pejuang agama. Lidah mereka manis tetapi mereka berhati ular sawa yg mencari mangsa dan membelitnya dengan serban agama utk survival UMNO. Walaupun mereka mengaku pejuang agama, melaung dasar lslam ke sana sini, hakikatnya mereka sedang dan akan melelong agama bersama UMNO di pilihanraya sambil mulut mereka bersumbat dedak.

Tian Chua Berisiko Hilang Kelayakan MP Kerana Keluarkan Kata-kata Kesat.

Ahli Parlimen PKR Kawasan Batu Tian Chua berdepan risiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah didenda RM3,000.00 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

Tian Chua (kiri) ketika keluar dari mahkamah setelah hakim membuat keputsan beliau dikenakan dengan RM3,000 hari ini.

Denda RM3,000 dikenakan kerana bersalah mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pegawai polis.

Ikut peraturan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika dikenakan denda lebih RM2,000.

Hakim Yasmin Abdul Razak memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.

“Jika tertuduh gagal membayar, dia perlu menjalani hukuman penjara 3 bulan,” katanya.

Tian Chua mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengaibkan pegawai polis, Glenn A Sinappah, pada 12 Ogos 2014 di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Peguamnya Latheefa Koya berkata rayuan akan difailkan untuk meringankan hukuman.

“Beliau tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum akan datang kecuali jika dapat mengurangkan denda dalam rayuan itu,” katanya.

Bagaimanapun Tian Chua boleh mengekalkan kerusinyasementara menunggu rayuannya.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Batu selama tiga penggal.

NGO Minta SPRM Siasat Dakwaan Blogger Terhadap Shafie Apdal.

Sebuah badan bukan kerajaan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta badan itu menyiasat dakwaan sebuah laman blog berhubung projek bekalan air di Pulau Gaya, Sabah, melibatkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia Datuk Zulkarnain Mahdar berkata blog 'Captain M The Great Soldier' itu mendakwa berlaku penyalahgunaan dana dalam projek tersebut yang tendernya dikeluarkan semasa Mohd Shafie menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Katanya menurut blog itu, projek bernilai RM100 juta tersebut yang bermula pada Disember 2011 dan sepatutnya siap pada September 2015 masih bermasalah dan bekalan air gagal disambungkan kepada penduduk yang disasarkan.

"Dengan peruntukan sebanyak itu, kita ingin tahu kenapa ia gagal dan lebih teruk kerajaan negeri juga mengakui tidak mengetahui mengenai projek tersebut yang dikatakan dibuat secara sistem tender terancang iaitu pemberian secara terus kepada syarikat tertentu atas kuasa menteri," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Pelik...Bagaimana 136, 272 Pengundi Di Selangor Tiba-Tiba Hilang? Macam Main Magic Pulak Dah...

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, bagi memohon Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengemukakan asas kukuh berhubung tindakan melupuskan 136, 272 maklumat pemilih di Selangor termasuk alamat mereka.


Dalam satu kenyataan kepada pihak media, Azmin menyatakan jawapan SPR berhubung isu kehilangan 136,272 pengundi adalah tidak jelas.
“Di dalam afidavit, jawapan yang diberikan oleh pengerusi SPR, beliau mengesahkan bahawa maklumat ini telah dilupuskan. Disebabkan itu, SPR tidak dapat membekalkan maklumat kepada mahkamah.

Dan ini satu perkara yang serius. Bagaimana sebahagian pemilih boleh dikekalkan nama penuh, alamat dan butiran yang lain tetapi 136,272 pengundi ini dilupuskan alamat mereka dalam daftar pemilih. Perkara ini mustahak untuk diperjelaskan kerana ia merupakan satu angka yang besar.”
Peguam yang mewakili SPR, Alice Loke berkata, permohonan untuk memanggil hadir Pengerusi SPR ke mahkamah adalah tidak perlu kerana pertikaian utama ialah tentang persempadanan semula dan bukannya tentang pengundi.

Bagi pendaftaran pengundi, alamat adalah subjek penting bagi SPR menentukan kedudukan lokalti, sebarang pertikaian berkaitan kawasan atau pertukaran kawasan tidak boleh menjadi sebab untuk memanggil hadir pegawai berkaitan (bagi menjawab soalan) ke mahkamah.

Perkara itu dinyatakan oleh Alice Loke ketika berhujah dalam mahkamah bagi menolak permohonan peguam kerajaan negeri Selangor untuk memanggil Datuk Seri Hashim Abdullah ke mahkamah untuk memperjelaskan isu kehilangan 136,272 pengundi berdaftar di Selangor.

Tindakan mempersoalkan daftar pemilih juga melanggar Seksyen 9A dalam Akta Pilihan Raya kerana daftar pemilih yang telah diperakui di bawah Akta tidak boleh dipersoalkan atau diketepikan.

Sebarang pertikaian tentang daftar pemilih merupakan satu serangan langsung terhadap daftar pemilih dalam hujahnya kepada kepada Ambiga Sreenavasan, peguam kanan kerajaan negeri.

Keputusan permohonan memanggil pengerusi SPR akan ditetapkan pada 9 Mac nanti oleh Hakim Mahkamah Tinggi Sivil, Yang Arif Azizul Azmi.

Kenapa Mahathir Boleh Bangunkan Negara Tanpa GST dan Hutang Tinggi? Anda Pasti TERKEJUT Baca Pendedahan Ini!!!

Najib Razak bina infrastruktur seperti MRT, Lebuh Raya Pan Borneo, keretapi pantai timur dan sambungan LRT melalui pinjaman langsung kerajaan. Tiada lagi perjanjian konsesi yang menindas rakyat dan menguntungkan kapitalis secara berleluasa.


Maka hutang kerajaan pun meningkat. Tapi kita tahu berapa perlu bayar dan tidak terdedah dengan ancaman kapitalis mahu menaikkan harga menjelang pilihan raya atau perjanjian konsesi berat sebelah.

Ya, atas kertas kerajaan Zaman Mahathir tidak banyak berhutang secara langsung. Mahathir bina semua Lebuh Raya, Putrajaya, LRT, ERL melalui "public-private partnerships" atau "private finance initiative" (PFI). Jadi kerajaan tidak ada apa-apa hutang.

Sebaliknya, syarikat konsesi dibenarkan memerah rakyat sesuka hati. Jika mereka gagal perah rakyat melalui kenaikan tambang dan tol, mereka boleh perah duit kerajaan. Kerajaan mesti bayar kepada mereka.

Mahathir reka perjanjian yang akan meningkatkan jumlah pampasan pada masa hadapan. Itulah yang terjadi sekarang. Mahathir benarkan tuntutan kenaikan yang tidak munasabah kepada kemampuan rakyat. Apabila menjadi isu politik maka kerajaan terpaksa bayar pampasan kepada pemilik konsesi.

Kerajaan telah membayar RM 4 bilion pampasan kepada syarikat konsesi tol sahaja sejak 15 tahun lalu. Sistem LRT projek Star dan Putra LRT diambil alih oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), masing-masing dengan kos RM3.3 bilion dan RM4.5 billion.

RM 7.8 bilion ini kerajaan beli tunai? Ini kena hutang yang hanya muncul selepas Mahathir bersara. Jadi hutang makin bertambah kerana Mahathir terlampau cerdik tidak mahu kerajaan berhutang tetapi membenarkan swasta berhutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Bila rugi atau lingkup kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang lebih besar dari kos pembinaan untuk menyelamatkan projek-projek infra ini.

Jadi di mana logiknya Mahathir buat pembangunan tidak menyusahkan rakyat, tidak perlu kutip GST dan tidak berhutang? Sekarang juga Kerajaan Persekutuan perlu membayar sewa Putrajaya hampir RM 2 bilion setahun.

Kerajaan sekarang menanggung kos pampasan RM 2.9 bilion apabila menghalang ERL milik kroni Mahathir, YTL menaikkan kadar tambang.

Tahukah anda selain itu ERL juga mendapat RM5 setiap kali pengguna KLIA membayar cukai lapangan terbang?

Ya memang Mahathir boleh bangunkan negara ini tanpa GST kerana beliau bangunkan negara dengan cara kita sekarang kena bayar pampasan berbilion ringgit.

Dia bukan peduli apa hendak jadi pada masa depan. Janji dia boleh kaut dan nampak hebat dalam sejarah.

Selepas Disahkan Pengecut, Nazri Aziz Dapat Pula Gelaran ‘Pondan Rengas’.

Selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menolak cabaran untuk bertanding menentang Tun Dr Mahathir Mohamad di kerusi parlimen Langkawi pada PRU-14 akan datang, beliau kini menjadi bahan ejekan blogger-blogger politik pro Mahathir.


Blogger politik, Shahbudin Husin menulis dalam blognya, mengatakan bahawa akhirnya terbukti siapa anak jantan dan siapa yang bukan.

Shahbudin turut bertanya, “Mengapa awal-awal lagi sudah menolak cabaran Tun Mahathir dengan berselindung di sebalik sistem yang menjadi amalan dalam UMNO?”


Zam Maidin, bekas Menteri Penerangan, menulis di tweet: “Pondan Padang Rengas” sebagai merujuk laporan berita yang memetik Nazri sebagai berkata bahawa beliau hanya bersedia untuk bertarung dengan Mahathir di kubunya sendiri, iaitu di kawasan parlimen Padang Rengas.

Mengulas perkembangan terbaru ini, Zainuddin berkata, jika benar bahawa Mahathir akan bertanding, “ini sahaja sudah memuncakkan semangat rakyat untuk jatuhkan (Perdana Menteri) Najib (Razak) tanpa sabar.”