Ahli Parlimen PKR Kawasan Batu Tian Chua berdepan risiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah didenda RM3,000.00 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.
Tian Chua (kiri) ketika keluar dari mahkamah setelah hakim membuat keputsan beliau dikenakan dengan RM3,000 hari ini.
Denda RM3,000 dikenakan kerana bersalah mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pegawai polis.
Ikut peraturan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika dikenakan denda lebih RM2,000.
Hakim Yasmin Abdul Razak memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.
“Jika tertuduh gagal membayar, dia perlu menjalani hukuman penjara 3 bulan,” katanya.
Tian Chua mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengaibkan pegawai polis, Glenn A Sinappah, pada 12 Ogos 2014 di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Peguamnya Latheefa Koya berkata rayuan akan difailkan untuk meringankan hukuman.
“Beliau tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum akan datang kecuali jika dapat mengurangkan denda dalam rayuan itu,” katanya.
Bagaimanapun Tian Chua boleh mengekalkan kerusinyasementara menunggu rayuannya.
Beliau merupakan Ahli Parlimen Batu selama tiga penggal.
EmoticonEmoticon