Thursday, 9 March 2017

UMNO Sudah Tersepit Dan Gunakan Taktik Kotor Ini Untuk Menang PRU14.

Tags


1. UMNO sudah sangat tersepit. Dalam keadaan ini, UMNO akan pergunakan agama dan agamawan sebagai senjata paling berkesan untuk menang pilihanraya. UMNO akan bakar sentimen agama di kalangan orang Islam. KEMAS dan JASA akan masuk kampung dan beritahu, Islam sedang dalam bahaya dan mesti diselamatkan.

2. UMNO akan kambinghitamkan parti politik seperti DAP dan individu tertentu (contohnya Siti Kasim) dan rakan-rakannya. Mereka akan dilabel liberalis, anti Islam, anti dakwah, anti pendakwah, agen kafir untuk menaikkan sentimen pertahankan agama yang kononnya sedang terancam.

3. Orang Melayu yang malas berfikir, berfikiran singkat, taksub, sensitif melulu, menyokong membabi buta, mengambil agama secara sentimen, bersemangat agama tanpa ilmu akan percaya dakwaan UMNO. Mereka pun bersingsing lengan, demi pertahankan Islam, kita mesti bersama UMNO. Ketika itu, 1MDB dan segala datuk nenek penyelewengan Umno sudah diketepikan.

4. Bagi mereka, sesiapa saja yang lawan UMNO dikira lawan Islam, tak sokong UMNO dikira anti dakwah. Ketika ini, agamawan pun digunakan untuk bersyarah ke hulu dan ke hilir atas nama pertahankan agama dan dakwah. Agamawan kelabu asap ini pun bercakap dengan nada UMNO, walaupun secara lahirnya mereka tidak berkempen secara langsung untuk UMNO.

5. Agamawan kelabu asap ini bercanang ke sana sini, Islam sedang terancam oleh parti kafir dan golongan liberalis yang menjadi musuh Islam. Golongan ini jika dibiarkan akan memusnahkan Islam dan mereka mesti ditentang. Dakwaan agamawan kelabu asap ini biasanya mudah ditelan oleh orang Melayu yang beragama secara sentimen. Akhirnya, Najib dilambung-lambung lagi kerana menang pilihanraya dengan cara jual agama dan bodohkan agamawan.

6. Pada masa yang sama, agamawan dalam Pas yang termakan dedak akan turut berperanan menimbulkan kebencian umum kepada DAP dan individu tadi, juga atas sentimen agama. Bagi agamawan separuh masak Pas ini, orang-orang yang mengajak kepada kebebasan, keadilan, beramal dengan agama secara bijak, akan dilabel liberalis dan anti Islam. Nada mereka sama dengan nada UMNO. Mereka membantu UMNO untuk menjual dan memperalatkan agama. Agamawan Pas ini akan bersuara dengan suara UMNO walau pun berbaju hijau dan berserban.

7. Hakikatnya DAP dan individu tersebut bukan anti Islam, anti dakwah atau agen kafir. Mereka mengajak rakyat untuk lawan penyeleweng, tuntut hak, pertahan kedaulatan negara dan undang-undang. Namun begitu, oleh kerana agamawan tajaan UMNO ini jahil bahasa undang-undang, bahasa hak asasi, akhirnya mereka diperangkap oleh UMNO untuk menjadi burung kakak tua UMNO.

8. Agamawan upahan UMNO ini akan bergaya seperti pejuang agama. Lidah mereka manis tetapi mereka berhati ular sawa yg mencari mangsa dan membelitnya dengan serban agama utk survival UMNO. Walaupun mereka mengaku pejuang agama, melaung dasar lslam ke sana sini, hakikatnya mereka sedang dan akan melelong agama bersama UMNO di pilihanraya sambil mulut mereka bersumbat dedak.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon