Dalam senario 'new ummah' masa kini ini, memang kita didedahkan dengan pelbagai situasi. Misalnya hukum bagi seorang perempuan yang tidak menutup aurat tetapi solat lima waktu tidak tinggal. Apakah solatnya juga jadi tidak sah dan hanya sia-sia. Ataupun bagaimanakah hukumnya yang sebenar.
Menurut jawapan dari Ustaz Azhar Idrus, tidak tinggal solat bermakna dia masih Islam. Jika tidak solat, maka tiada satu rukun Islam. Tidak cukup satu rukun maka tidak sempurnalah Islamnya. Sama seperti solat ada 13 rukun. Jika tidak rukuk maka tidak sah solatnya. Jadi, bila tinggal satu daripada rukun Islam, seseorang tidak dikatakan Islam.
Jika tidak tutup aurat tetapi tetap solat, dia dikira berdosa kepada Allah. Islamnya masih ada, kecuali jika dia tinggal solat, maka Islamnya akan tercabut. Perempuan yang tidak pakai tudung tetapi solat itu lebih baik daripada perempuan yang pakai tudung tetapi tidak solat.
Manakala bagi perempuan yang masih tidak bertudung, maka hendaklah dia memasang azam untuk memakai tudung. Insya-Allah.
Wallahu'alam.
Kredit sepenuhnya.
Oleh: Editorial Hijabista
EmoticonEmoticon