Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Thursday, 9 March 2017

Tak Tutup Aurat Tapi Solat Tak Tinggal. Nah, Baca Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus.

Dalam senario 'new ummah' masa kini ini, memang kita didedahkan dengan pelbagai situasi. Misalnya hukum bagi seorang perempuan yang tidak menutup aurat tetapi solat lima waktu tidak tinggal. Apakah solatnya juga jadi tidak sah dan hanya sia-sia. Ataupun bagaimanakah hukumnya yang sebenar.


Menurut jawapan dari Ustaz Azhar Idrus, tidak tinggal solat bermakna dia masih Islam. Jika tidak solat, maka tiada satu rukun Islam. Tidak cukup satu rukun maka tidak sempurnalah Islamnya. Sama seperti solat ada 13 rukun. Jika tidak rukuk maka tidak sah solatnya. Jadi, bila tinggal satu daripada rukun Islam, seseorang tidak dikatakan Islam.

Jika tidak tutup aurat tetapi tetap solat, dia dikira berdosa kepada Allah. Islamnya masih ada, kecuali jika dia tinggal solat, maka Islamnya akan tercabut. Perempuan yang tidak pakai tudung tetapi solat itu lebih baik daripada perempuan yang pakai tudung tetapi tidak solat.

Manakala bagi perempuan yang masih tidak bertudung, maka hendaklah dia memasang azam untuk memakai tudung. Insya-Allah.

Wallahu'alam.

Kredit sepenuhnya.

Wednesday, 8 March 2017

Pandangan Islam Tentang Amalan Homoseksual.

Soalan:

1. Apakah pandangan Islam terhadap amalan homoseksual di kalangan lelaki dan perempuan.
2. Ramai dari kalangan mereka berpendapat bahawa perasaan yang ada terhadap kaum sejenis adalah sesuatu yang semula jadi dalam diri mereka dan mereka terperangkap dengan keadaan. Bagaimanakah seseorang yang cenderung kepada kaum sejenis dapat melawan perasaan sedemikian?
3. Bagaimana pula mereka dapat berpatah balik?


Jawapan:

Pada pendapat saya Islam melarang amalan homoseksual di kalangan lelaki dan perempuan. Apa yang saya maksudkan dengan homoseksual di sini ialah hubungan seks sesama jenis, baik dalam bentuk penetrasi atau foreplay, bukan perasaan kasih atau cinta yang ada pada seorang terhadap rakan sejenis. Perasaan sebegini bukan sesuatu yang dilarang oleh Islam sama sekali. Islam memerintahkan kita saling mengasihi sesama manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Kasihilah apa yang ada di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh yang berada di langit [Tuhan].” (Riwayat Al-Turmuzi)

Islam juga menganjurkan semua Muslim (lelaki dan perempuan) agar memberi kemuncak tertinggi kasihnya kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dia kasihi dari ibubapa dan anak-anaknya sendiri dan manusia sekalian.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah s.a.w dan sahabatnya amat kasih mengasihi sesama mereka sebagaimana disebutkan dalam ayat 48:29.

Hujah Agama

Mengenai larangan hubungan seks sesama lelaki, Al-Quran ada menceritakan kisah nabi Lut yang diutus oleh Allah untuk membaiki kaumnya yang mengamalkan perbuatan ini. Kaum ini kemudiannya dimusnahkan oleh Allah taala kerana kedegilan mereka. Walaupun tiada pernyataan secara jelas dalam Al-Quran bahawa seks sesama lelaki adalah haram sebagaimana Allah taala haramkan bangkai dalam ayat 5:3, namun terdapat logik yang jelas akan pengharamannya sebagaimana berikut:

Al-Quran mengharamkan apa yang ia namakan sebagai “fahisyah” (sesuatu yang keji) di dalam ayat-ayat 7:33, 16:90. Segala yang disifatkan sebagai “fahisyah” sentiasa dikaitkan dengan sesuatu yang terlarang atas dasar haram bukan makruh seperti dalam ayat-ayat 2:169, 2:268, 6:151, 7:28, 24:19, 42:37

Al-Quran pula mensifatkan hubungan seks sesama jenis lelaki sebagai “fahisyah” di dalam ayat 7:80, 27:54 dan 29:28.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa hubungan sesame jenis lelaki dalah terlarang.

Sememangnya Al-Quran juga tidak menggunakan perkataan jima’ dalam mensifat perbuatan kaum Lut yang tercela tapi ini tidak menafikan kesimpulan di atas kerana:

Perkataan “tatuuna” dalam ayat-ayat yang mensifatkan perbuatan kaum Lut itu seperti dalam ayat 7:81 walau pun pada asalnya bermakna “mendatangi” ia bukan bermaksud mendatangi sebagai satu interaksi sosial kerana dalam ayat itu Al-Quran kaitkannya dengan perbuatan bersyahwat dan “fahisyah” - sesuatu yang terlarang - sedangkan “mendatangi” dalam erti interaksi sosial sesama jenis bukan sesuatu yang dilarang sama sekali sebagaimana yang dicontohkan dalam kehidupan sosial Rasulullah s.a.w bersama para sahabat lelaki.

Memaknakan “mendatangi” dengan erti jima’ sebagai satu kiasan sesuai dengan cara Al-Quran dalam membicarakan persoalan ini. Ia amat konsisten dengan perkataan yang digunakan juga bagi hubungan seks antara suami isteri dalam ayat 2:223.

Sifat “fahisyah” dalam Al-Quran juga sering kali digunapakai sebagai kiasan bagi zina, iaitu seks yang terlarang.

Malahan perkataan jima’ yang memberi makna langsung pada perbuatan seks memang tidak digunakan sama sekali dalam Al-Quran, hatta dalam mensifatkan zina sekali pun.

Dahsyatnya azab yang ditimpakan ke atas kaum nabi Lut juga menjadi petanda bahawa perlakuan mereka itu adalah haram danbukan hanya sesuatu yang tidak disukai sahaja (makruh).

Berdasarkan pada hujah-hujah dan logik di atas, pengharaman seks sejenis lelaki mempunyai asas yang kuat.

Al-Quran memang tidak menyentuh soal hubungan seks sejenis antara perempuan tetapi larangan ke atasnya dapat diqiyaskan pada larangan ke atas hubungan seks sesama lelaki kerana maksudnya yang sama.

Ini diperkuatkan pula oleh hadis yang melarang hubungan jenis sesama perempuan.

Dalam Islam hubungan seks hanya boleh dilakukan oleh, a) pasangan lelaki dan wanita, dan b) melalui ikatan tali perkahwinan yang sah.

Sejumlah besar ulama berpendapat bahawa Islam juga melarang hubungan seks melalui dubur, hatta oleh pasangan suami isteri.

Ini kerana Allah yang mencipta manusia tidak mencipta saluran dubur bagi tujuan seks. Bahkan, Islam juga melarang lelaki dan wanita untuk memuaskan nafsu seks mereka sendiri.

Islam menganjurkan lelaki dan wanita untuk berkahwin bagi memenuhi naluri seksnya. Ini adalah cara yang lebih sesuai dengan fitrah kejadian manusia dan kehidupan yang suci. Persepsi bahawa perasaan sedemikian adalah naluri semula jadi sejak lahir adalah tidak tepat. Islam berpendapat bahawa semua bayi lahir atas fitrah yang murni. Iaitu bersih dari segala kecenderungan yang buruk.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Semua bayi dilahirkan atas fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kenapa Rasulullah s.a.w tidak memasukkan menjadikannya seorang Islam juga? Kerana Islam adalah fitrah semula jadi setiap manusia. Fitrah Islam bersih dari kecenderungan sedemikian.

Hujah Sains

Hujah bahawa kecenderungan homoseksual adalah sesuatu yang tabii atau bersebabkan baka (gene) bukanlah satu dapatan saintifik yang konklusif. Ustaz Dr. Firdaus Yahya ada menulis satu makalah bertajuk LGBT: A Critical Study yang diterbitkan oleh Pergas dalam terbitannya Jurnal Dakwah edisi Disember 2012. Makalah ini boleh didapati melalui internet dengan membuat carian menggunakan tajuknya. Dalam makalah ini, beliau menolak melalui kajian sains sendiri akan kelemahan hujah sedemikian.

Wallahu A`alam

Terbitan asal: haniff.sg

Thursday, 2 March 2017

Perlu Ke Cuci Tuala Wanita Sebelum Dibuang? Kaum HAWA Mesti Baca Ni..

Assalamualaikum wbt


Saya terbaca semalam satu artikel menceritakan tentang kebersihan. Timbul pula isu membuang pad dan dari kebanyakan komen yang saya perhatikan, rata-rata wanita masih lagi mempunyai pemahaman bahawa pad disposable WAJIB di basuh sebelum dibuang.

Isu ini dah lama berlaku terutama di kalangan pelajar-pelajar perempuan di asrama. Kalau dulu, sampai ada sesi khas 'torture' terutama adik-adik junior disebabkan isu ini (nasib la saya termasuk akak senior yang cool dan tak terjebak..hehehehe)

Sebab apa?

Kononnya darah yang tak dibasuh nanti akan dijilat syaitan lah, jin la. Akan buat badan sakit la.

Migrain juga kepala dengar hujah-hujah ni tapi takpelah, mari la saya terangkan satu persatu.

1. DALIL BASUH UNTUK KAIN

Kita lihat semula dari sudut agama. Kita di ajar supaya apabila pakaian terkena darah haid, haruslah di basuh/dikeruk sehingga hilang darah tersebut dan boleh pula di pakai utk solat. Ini kerana darah haid termasuk benda najis, berdasarkan hadith dari Asma puteri Abu Bakar, bahawa Nabi bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian.

Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudian ia (boleh) solat dengan kainnya itu. Bukhari dan Muslim.

Dalil yang menunjukkan hal ini, dari Asma' binti Abi Bakr, beliau berkata, "Seorang wanita pernah mendatangi Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian berkata, "Di antara kami ada yang bajunya terkena darah haid. Apa yang harus kami perbuat?" Beliau shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab, "Gosok dan keriklah pakaian tersebut dengan air, lalu percikilah. Kemudian solatlah dengannya." [1]

Shidiq Hasan Khon rahimahullah mengatakan, "Perintah untuk menggosok dan mengerik darah haid tersebut menunjukkan akan kenajisannya." [2] Hal ini pun telah disepakati oleh para ulama.

Orang dulu-dulu memang pakai kain. Mana ada pad la, pad bergel la, tampon la. Jadi, utk digunakan semula, perlu lah basuh terlebih dahulu kain tersebut. Dan kebanyakan mereka juga mungkin ada kekangan dalam bilangan baju. Bukan macam kita yang se almari bajunya. Jadi bila baju terkena darah, kena la cuci bagi bersih sebab darah haid adalah najis.

2. TAK PERLU BASUH JIKA PAD

Dan ulama' juga berpendapat, adapun kalau pad disposable yang tak digunakan semula, TIDAK PERLU basuh. Cukup lah di buang dengan baik (bungkus elok-elok, jangan sepahkah) dan lebih baik ditanam. Jika tak dapat tanam, buang dengan teratur. Kalau di asrama, adik-adik pakai la bekas RENTOKIL yang ade tu. Bukan letak kat tepi pintu tandas, flush dalam toilet or buang kat sinki, paham?

Macam UStaz Azhar kata kt video ni, ada tak orang letak kapas kat luka, then basuh dulu kapas tu sebelum buang? Takda kan? Sama juga la macam baby berak atas diapers yang disposable, kita cuci dulu ka taik tu bagi bersih-bersih baru buang? Tak kan? Tapi kalau pakai kain lampin atau cloth diaper, kita akan cuci sebab nk pakai semula.

3. JANGAN MENGADA-ADAKAN KHURAFAT!

Pasal hantu la jin la dok jilat, kome dapat mana nih? Cerita-cerita dari Mestika? Haiyaaaaa... tu la banyak beno masa tengok cerita hantu. Kalau dah elok di buang dengan baik, takde apa hal pun. Tawakal dan baca bismillah. Allah yang cipta darah kotor tu, dan kita bertanggungjawab jaga dengan membuangnya dengan baik dan tak main campak aje. Tapi usahlah memberat-beratkan. Tiada dalil, tiada nas. Guna pakai lah jumhur ulama' punya pandangan ye...

Termasuk dalam kepercayaan khurafat wanita yang beranggapan kain tuala wanita yang dipenuhi darah haid, hendaklah terlebih dahulu dibersihkan sebelum dibuang. Kononnya untuk mengelak dari dimakan syaitan dan seumpamanya. Kepercayaan ini adalah karut dan bertentangan dengan apa yang dilakukan di kalangan para wanita di zaman Nabi s.a.w. Abu Sa'id al-Khudriy r.a. bekata:

قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ وَالنَّتْنُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

Maksudnya: Pernah ditanya kepada Rasulullah s.a.w., apakah kami boleh berwudhu dengan air dari telagan Budha'ah, Iaitu telaga yang tempat dibuang kain tuala wanita (bekas haid), sisa anjing dan kotoran? Nabi s.a.w. menjawab: "Sesungguhnya air itu suci, tidak menajiskannya sesuatupun."

Versi bahasa Inggeris (hadis dalam Sunan Abudawud)

(1) Narrated AbuSa'id al-Khudri: The people asked the Messenger of Allah (peace_be_upon_him): 

Can we perform ablution out of the well of Buda'ah, which is a well into which menstrual clothes, dead dogs and stinking things were thrown? He replied: Water is pure and is not defiled by anything. 
(Book #1, Hadith #0066)

Kalimah al-Hiyadhu (الحِيَضُ) ialah kalimah plural untuk حِيْضَةٌ ia bermaksud kain yang digunakan untuk menahan darah haid, seperti dijelaskan oleh al-MUbarakfuri ketika mensyarahkan hadith ini. Hadith ini menunjukkan para wanita di zaman Nabi s.a.w.membuang kain tuala wanita dalam keadaan dipenuhi darah, tanpa membasuhnya terlebih dahulu. (sumber dari blog: http://saramsa-rawahil.blogspot.my/)

Kalau rasa nak basuh, boleh je basuh. Tapi jangan pula jatuhkan hukum macam-macam sebab ianya tkde nas dan dalil.

Lebih bagus lagi, pakai la cloth pad. Dah tentu jimat. Sebab pakai disposable pun korang basuh, baik le pakai yang boleh guna semula, tak gitu? :)

Sumber: Salwasaleh

Monday, 27 February 2017

Jika Isteri Turut Bekerja Menanggung Perbelanjaan Rumah, Maka Dari Itu Suami Patut Berhati-hati Dalam Perkara Seperti Ini.

Soalan;

Assalamualaikum. Sy ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan, sy pernah memberitahu suami bahawa sy akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti untuk mengurangkan beban suami. Kadang2 sy turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian.


Setelah beberapa tahun berkahwin, sy dapati pendapatan suami telah meningkat dan sy yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil2 tersebut. Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap sy wajib membayar bil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yang mengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya.

Apabila sy memberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit bahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak sy sebagai isteri dlm permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW;

"Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezeki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya" (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA).

Menurut ulamak; maksud rezeki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.[1] Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak".[2]

2. Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atas dasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga.

Isteri yang engkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kepada isteri.

Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah.

Ini sebagaimana sabda Nabi SAW - tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya-; "Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah" (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).

3. Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut. Nabi SAW bersabda;

"Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram" (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari 'Amru bin' Auf al-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.[3]

Wallahu a'lam.

Sunday, 26 February 2017

Wahai Para Ibubapa...Jangan Sembarangan Kamu Beri Nama Ini Kepada Bayi Yang Baru Lahir Sebab Jin Akan Sentiasa Mendampinginya...

Ustaz Sharhan Shafie sememagnya cukup terkenal di Malaysia sebagai seorang pengamal perubatan dengan cara Islam. Malah dia pernah membuat rawatan santau kepada seorang pesakit secara langsung di dalam rancangan al-Kuliyyah TV3. Sememangnya kebolehannya mengubati pesakit secara kaedah islamik ini sememangnya amat disegani oleh orang ramai.


Terbaru, dalam satu rancangan TV9 yang bertajuk 'Perubatan Islam' menampilkan Ustaz Sharhan sebagai pengacara dan memberi beberapa kaedah dalam menyembuhkan penyakit yang lazim terjadi kepada masyarakat di negara ini. Beliau turut sempat mengongsi beberapa nama yang dikatakan sering diganggu jin. Tidak bermakna nama ini tidak boleh dipakai tetapi antara pesakit-pesakit ustaz Sharhan, kebanyakkannya mereka mempunyai nama sebegini.

Nama-nama yang sering diganggu Jin:

1. Balqis

2. Najwa

3. Qistina atau Kistina

4. Zakuan

5. Erisha

6. Batrisha

Menurut beliau lagi, sesiapa yang mempunyai nama ini tidak perlu lah menukar nama mereka sebaliknya cuma mengubah nama panggilan contoh seperti Siti Erisha, anda ubahnya dengan hanya memanggil Siti. Senarai ini bukan bermakna sesiapa bernama ini akan diganggu jin tapi mengikut statistik pesakit mereka, ramai terdapat di kalangan yang mempunyai nama seperti yang tertera.

| BM

Saturday, 25 February 2017

Inilah Sebab Dan Implikasi Perundangan Mengapa Non-Muslim Takut Menukar Agama Mereka Kepada Islam!!!

Jika anda memilih untuk menukar agama kepada Islam, ada beberapa implikasi dan akibat dari segi undang-undang tentang apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan:


Pertama, 

Jika anda memeluk agama Islam, status undang-undang anda akan berubah. Anda akan didaftarkan dengan Jabatan Agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di mana kedua-duanya sudah dikomputerkan dan informasi boleh diakses di seluruh negara.

Anda akan diberi "Sijil Masuk Islam" oleh badan berkuasa agama Islam yang mengesahkan bahawa anda sekarang seorang Muslim. Dan status agama anda yang baru ini juga akan dicatat di MyKad.

Kedua,

Dengan memeluk agama Islam, anda diwajibkan mengikuti semua syarat-syarat Islam menurut enakmen-enakmen Islam yang terdapat di ketiga belas negeri di Malaysia. Enakmen-enakmen tersebut menyatakan:

1. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda memerlukan kebenaran daripada ibu bapa anda untuk memeluk agama Islam. Tetapi dalam kebanyakan kes pengislaman yang berlaku (terutama untuk bawah umur) tarikh masuk Islam dikosongkan dan hanya akan diisi apabila mereka mencapai umur 18 tahun!

2. Jika anda mempunyai anak di bawah 18 tahun, anak-anak anda akan turut menjadi Islam, dan mereka akan dianggap sebagai Muslim dan tertakluk kepada undang-undang enakmen Islam yang sama.

3. Kad pengenalan anda akan merekodkan anda sebagai seorang Muslim, walaupun anda tidak mengikuti secara aktif semua amalan dan kepercayaan Islam. Jadi anda akan didenda, disebat, ditahan dan boleh dipenjarakan kerana melanggar undang-undang Syariah seperti bersembahyang di gereja, makan di khalayak ramai semasa bulan Ramadan, berkhalwat dan sebagainya.

4. Meninggalkan Islam dan kembali kepada agama asal anda adalah samada tidak dibenarkan atau akan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah, di mana anda akan didenda, disebat, ditahan atau dipenjarakan.

5. Anda tidak boleh mengahwini seorang yang bukan Islam.

6. Jika anda mengambil keputusan untuk bercerai dan cuba keluar dari Islam, anda akan kehilangan hak penjagaan anak-anak anda kerana mereka telah didaftar sebagai Muslim.

7. Apabila anda meninggal dunia, keluarga bukan Islam anda tidak berhak menuntut sebarang wang, harta benda, warisan dan sebagainya yang anda tinggalkan untuk mereka. Mayat seorang yang telah masuk Islam akan diambil dari keluarga bukan Islamnya untuk dikebumikan secara Islam, walaupun dia hanyalah Islam atas nama saja.

Ketiga,

Jika anda telah berkahwin dan sekiranya pasangan anda memilih untuk memeluk Islam, ini tidak membawa kesan secara langsung kepada anda secara peribadi tetapi akan menyebabkan ketidak-tentuan dalam kehidupan kekeluargaan anda:

1. Pasangan anda yang telah masuk Islam mungkin akan mengambil anak-anak bersamanya, dan dari segi undang-undang mereka akan dianggap sebagai Muslim. Sekiranya anda ingin mencabar hal ini, tidak ada jaminan pihak berkuasa akan berpihak kepada anda kerana salah seorang ibu bapa/penjaga adalah Islam.

2. Dalam kes ini, keluarga akan berpecah dan menyebabkan banyak stres dan sengsara kepada kehidupan keluarga, seperti dalam Kes M. Indira Gandhi, S. Shamala dan R Subashini.

3. Apabila pasangan anda masuk Islam, anda tidak mempunyai hak ke atas anak anda dan harta pasangan anda.

Implikasi Untuk Murtad/Keluar Dari Islam

Tidak ada jalan keluar dari agama dalam Islam. Anda tidak boleh masuk Islam dan kemudian mengambil keputusan untuk keluar dari Islam sekiranya anda:

1. Berasa Islam bukan atau tidak sesuai untuk anda.

2. Bercerai dan ingin kembali kepada agama atau keluarga asal anda.

Hukuman atau Tindakan yang dikenakan di bawah Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah, Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Islam atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (mengikut seksyen masing-masing dalam Negeri-negeri di Malaysia) adalah: 

Pertama,

Didenda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau disebat sehingga enam sebatan atau campuran mana-mana dari ketiga-tiga bentuk hukuman ini.

Kedua,

Tahanan mandatori di Pusat Pemulihan Aqidah sehingga 36 bulan.

Ketiga,

Tiada dikenakan sebarang bentuk hukuman tetapi diwajibkan mengikuti sesi-sesi kaunseling sebelum kebenaran keluar Islam diluluskan.

Walau bagaimanapun, memeluk agama Islam dan kemudian keluar dari Islam akan mempengaruhi SELURUH aspek kehidupan seseorang, termasuk kehidupan kekeluargaan yang membawa kepada akibat dan implikasi yang serius.

Kita tahu ada ramai orang Kristian yang telah memeluk agama Islam tanpa mengetahui atau tidak serius memikirkan semua implikasi daripada penukaran agama mereka. Mudah-mudahan, perkara yang dibangkitkan di atas akan menjelaskan isu-isu ini, yang telah membawa banyak kesedihan kepada mereka yang terjejas.

Kami ingin menekankan bahawa kami tidak menentang sebarang keputusan untuk mengikuti Islam atau mana-mana agama lain kerana kita menjunjung hak kebebasan beragama untuk semua rakyat Malaysia seperti yang dijamin dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan tetapi untuk memilih dengan betul, anda perlu tahu apa yang anda pilih dan apakah akibat daripada pilihan anda tersebut.

Bagi pelajar-pelajar yang kadang-kala dihadapkan dengan usaha pengislaman di sekolah, jangan ragu-ragu untuk memberitahu masalah yang anda hadapi kepada ibu bapa, pastor/pemimpin gereja atau guru-guru Kristian anda. Semoga Tuhan sentiasa melindungi semua.

(Artikel ini berdasarkkan dokumen Catholic Bishops' Conference of Malaysia bertajuk, "The Legal Implications of Conversion To Islam")

Tuesday, 21 February 2017

Wahai Manusia...Solat Anda Tidak Akan Diterima ALLAH, Jika Anda Tergolong Dalam 10 Kelompok Manusia Ini...Sebarkanlah...

Didalam beberapa kitab, ada disebutkan bahawa solat adalah amalan yang paling disukai Nabi Muhammad S.A.W. Namun, beringatlah ada 10 golongan yang tiada diterima solatnya. Di bawah merupakan 10 golongan yang tidak diterima solatnya.


Semoga kita ambil pedoman dan berdoa agar amalan-amalan baik kita diterima dan dirahmati oleh Allah SWT.
  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya.
  4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya.
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
  6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak.
  7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
  8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim.
  9. Orang-orang yang suka makan riba.
  10. Orang yang solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Adakah anda telah selesai membacanya? Mari kita sama-sama muhasabah diri dan boleh sebarkan kepada semua untuk pelaburan pahala diakhirat kelak.

| BM