Thursday 9 March 2017

Pelik...Bagaimana 136, 272 Pengundi Di Selangor Tiba-Tiba Hilang? Macam Main Magic Pulak Dah...

Tags

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, bagi memohon Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengemukakan asas kukuh berhubung tindakan melupuskan 136, 272 maklumat pemilih di Selangor termasuk alamat mereka.


Dalam satu kenyataan kepada pihak media, Azmin menyatakan jawapan SPR berhubung isu kehilangan 136,272 pengundi adalah tidak jelas.
“Di dalam afidavit, jawapan yang diberikan oleh pengerusi SPR, beliau mengesahkan bahawa maklumat ini telah dilupuskan. Disebabkan itu, SPR tidak dapat membekalkan maklumat kepada mahkamah.

Dan ini satu perkara yang serius. Bagaimana sebahagian pemilih boleh dikekalkan nama penuh, alamat dan butiran yang lain tetapi 136,272 pengundi ini dilupuskan alamat mereka dalam daftar pemilih. Perkara ini mustahak untuk diperjelaskan kerana ia merupakan satu angka yang besar.”
Peguam yang mewakili SPR, Alice Loke berkata, permohonan untuk memanggil hadir Pengerusi SPR ke mahkamah adalah tidak perlu kerana pertikaian utama ialah tentang persempadanan semula dan bukannya tentang pengundi.

Bagi pendaftaran pengundi, alamat adalah subjek penting bagi SPR menentukan kedudukan lokalti, sebarang pertikaian berkaitan kawasan atau pertukaran kawasan tidak boleh menjadi sebab untuk memanggil hadir pegawai berkaitan (bagi menjawab soalan) ke mahkamah.

Perkara itu dinyatakan oleh Alice Loke ketika berhujah dalam mahkamah bagi menolak permohonan peguam kerajaan negeri Selangor untuk memanggil Datuk Seri Hashim Abdullah ke mahkamah untuk memperjelaskan isu kehilangan 136,272 pengundi berdaftar di Selangor.

Tindakan mempersoalkan daftar pemilih juga melanggar Seksyen 9A dalam Akta Pilihan Raya kerana daftar pemilih yang telah diperakui di bawah Akta tidak boleh dipersoalkan atau diketepikan.

Sebarang pertikaian tentang daftar pemilih merupakan satu serangan langsung terhadap daftar pemilih dalam hujahnya kepada kepada Ambiga Sreenavasan, peguam kanan kerajaan negeri.

Keputusan permohonan memanggil pengerusi SPR akan ditetapkan pada 9 Mac nanti oleh Hakim Mahkamah Tinggi Sivil, Yang Arif Azizul Azmi.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon