Monday, 24 April 2017

TERKINI!!! Hutang Negara Mencecah 1 Trillion Di Bawah Pentadbiran Najib.

Kelemahan ringgit menyumbang kepada kos yang lebih tinggi daripada jumlah hutang luar negara Malaysia iaitu meningkat 9% kepada RM908.7bil pada 2016. 


Bank Negara berkata, ianya bersamaan dengan 73.9% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK). Kurang daripada dua pertiga daripada hutang luar negara adalah dalam mata wang asing. Kira-kira satu pertiga daripada hutang ini terdiri daripada pinjaman antara bank dan deposit mata wang asing dalam bank tempatan. 

Sudahlah pencapaian ekonomi tidak kemana, terbeban pula dengan beban hutang dan kegagalan 1MDB yang terpaksa ditanggung oleh negara sehingga terpaksa menyingkirkan semua orang yang mempersoalkan apa saja tentang 1MDB termasuk Tun Mahathir yang telah bersusah payah membangunkan negara selama lebih 20 tahun dengan pelbagai pencapaian hebat yang sangat dikagumi serta dihormati serata dunia.

| BM

Filem Sultan Muhammad Al-Fatih Full Movie (Malay Subtitle).

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.


Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel.

Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus.

Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya.

Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Semasa mula menaiki takhta, baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman.

Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun. 

Klik video dibawah:

Untuk Malay Subtitle-Sila klik pada button subtitle/CC atau klik pada setting dan terus pilih Malay.

| BM

Sunday, 23 April 2017

Live Streaming Anugerah Meletop Era 2017 [AME2017].

Live Streaming Anugerah Meletop Era 2017 [AME2017] 

AME 2017 menyaksikan saingan hebat daripada barisan-barisan finalist 2017. Menggandingkan Neelofa, Ahmad Nabil, dan Johan sebagai host malam kemuncak AME 2017. Sila tonton secara Live Streaming Anugerah Meletop Era 2017 [AME2017] pada pautan di bawah:

loading... 

Tonton VIDEO LIVE 


Jadual Siaran Anugerah Meletop ERA AME 2017

Tarikh: 23 April 2017 (Ahad)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Stadium Malawati Shah Alam
Pengacara: Nabil Ahmad, Neelofa dan Johan (Raja Lawak)
Siaran Rasmi: Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan Astro on the Go
________________________________________________________ 

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami.

| BM

Akibat Gagal Mengawal Kemarahan, Ibu Belasah Dua Orang Guru Tadika.

Video seorang ibu yang berang memukul dua guru tadika yang didapati mengasari anaknya menjadi viral di media sosial, lapor Shanghaiist.


Difahamkan, salah seorang kanak-kanak yang dihantar ke tadika swasta dengan bayaran mahal setiap bulan mengadu kepada ibunya bahawa dia dipukul oleh guru tadika.

Tanpa banyak bicara, ibu kanak-kanak berkenaan terus datang ke tadika itu dan meminta untuk ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


Berdasarkan rakaman CCTV, mendapati dua guru wanita dirakam mencampak seorang kanak-kanak ke atas katil dan menyepak kerusi beberapa murid yang masih duduk ketika seorang guru sedang melakukan aktiviti 'senaman' bersama beberapa murid yang lain.

Gagal mengawal kemarahan, wanita itu kemudian menarik rambut salah seorang guru tadika terbabit dan menendang mukanya bagi tujuan membalas dendam.


Sementara itu di media sosial, kebanyakan netizen bersetuju si ibu tidak menendang guru terbabit dengan cukup kuat.

Klik video dibawah:


| BM

Saturday, 22 April 2017

(7 Gambar) Darah Keluar Dari Telinga...Remaja Perempuan Parah Jatuh Dari Motosikal Rakan. Lebih Malang Dia Ditinggalkan Begitu Saja...

Seorang remaja perempuan berusia 17' tahun parah terjatuh dari motosikal yang diboncengnya dan yang lebih malang remaja berkenaan ditinggalkan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan darah di kepala dan keluar dari telinga di atas jalan raya. 


Kejadian jam 12 tengahari di Bukit Puchong itu menimbulkankan kemarahan orang ramai, mengapa sahabat mangsa sanggup meninggalkannya di situ setelah mangsa jatuh dan parah.

Gambar tempat kejadian telah dimuatnaik di laman sosial dan menimbulkan kemarahan netizen dengan apa yang berlaku.







Seorang sahabat mangsa telah berjaya menghubungi keluarga mangsa setelah gambar mangsa dimuatnaik ke media sosial, kini teman lelaki mangsa dicari bagi menyiasat punca sebenar kejadian, dipercayai mangsa membonceng motosikal bersama teman lelaki mangsa.

Mangsa dihantar ke Hospital Serdang dengan menggunakan ambulans dan kini dirawat namun masih belum sedarkan diri.

Semoga mangsa cepat sembuh, dan teman lelaki mangsa diminta tampil kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan. Cubaan kawan mangsa cuba menghubungi teman lelaki mangsa namun tidak dijawab.

Loading...

(5 Gambar) Bayi Ini Dilahirkan Tanpa Hidung. Lihat Bagaimana Bayi Ini Teruskan Hidup...

Dilahirkan tanpa hidung, bayi istimewa yang diberi nama Eli Thompson ini antara 1 dalam berjuta bayi yang ada di muka bumi ini. Kes seperti ini jarang sekali berlaku dan Ia dikenali sebagai Congenital Arhinia dimana bayi akan dilahirkan tanpa hidung dan setakat ini hanya ada 30 kes seperti ini di seluruh dunia.


Jelas ibu bapa Eli, mereka tidak mengesan sebarang perbezaan ketika melakukan pemeriksaan ultrasound, namun ketka Eli dilahirkan, mereka terkejut melihat bayi mereka dilahirkan tanpa mempunyai hidung.

Untuk pengetahuan semua, bayi yang dilahirkan seperti ini akan dibuat satu lubang di leher iaitu di bawah halkum mereka dimana lubang tersebut disalurkan terus ke trakea.

Trakea merupakan saluran pernafasan yang terletak di bahagian leher. Tiub yang bernama tracheostomy akan dimasukkan ke dalam lubang berkenaan dan fungsi tiub itu adalah untuk memudahkan pesakit terbabit bernafas.

Tiub tracheostomy ini berperanan sebagai saluran pernafasan sahaja.

Bagaimana pula sekiranya bayi sudah meningkat dewasa?

Menurut laporan yang dipetik dari Utusan Malaysia, mangsa masih boleh menghidu bau wangi-wangian dengan menggunakan hidung mereka.

Bagi wanita pula, mereka masih boleh beranak secara normal dan hanya perlu menutup lubang tiub tracheostomy untuk membolehkan mereka meneran.

Berikut merupakan gambar bayi comel ini, Eli Thompson:





Sumber: THR Gegar