Monday 24 April 2017

TERKINI!!! Hutang Negara Mencecah 1 Trillion Di Bawah Pentadbiran Najib.

Kelemahan ringgit menyumbang kepada kos yang lebih tinggi daripada jumlah hutang luar negara Malaysia iaitu meningkat 9% kepada RM908.7bil pada 2016. 


Bank Negara berkata, ianya bersamaan dengan 73.9% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK). Kurang daripada dua pertiga daripada hutang luar negara adalah dalam mata wang asing. Kira-kira satu pertiga daripada hutang ini terdiri daripada pinjaman antara bank dan deposit mata wang asing dalam bank tempatan. 

Sudahlah pencapaian ekonomi tidak kemana, terbeban pula dengan beban hutang dan kegagalan 1MDB yang terpaksa ditanggung oleh negara sehingga terpaksa menyingkirkan semua orang yang mempersoalkan apa saja tentang 1MDB termasuk Tun Mahathir yang telah bersusah payah membangunkan negara selama lebih 20 tahun dengan pelbagai pencapaian hebat yang sangat dikagumi serta dihormati serata dunia.

| BM

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon