Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Monday, 24 April 2017

TERKINI!!! Hutang Negara Mencecah 1 Trillion Di Bawah Pentadbiran Najib.

Kelemahan ringgit menyumbang kepada kos yang lebih tinggi daripada jumlah hutang luar negara Malaysia iaitu meningkat 9% kepada RM908.7bil pada 2016. 


Bank Negara berkata, ianya bersamaan dengan 73.9% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK). Kurang daripada dua pertiga daripada hutang luar negara adalah dalam mata wang asing. Kira-kira satu pertiga daripada hutang ini terdiri daripada pinjaman antara bank dan deposit mata wang asing dalam bank tempatan. 

Sudahlah pencapaian ekonomi tidak kemana, terbeban pula dengan beban hutang dan kegagalan 1MDB yang terpaksa ditanggung oleh negara sehingga terpaksa menyingkirkan semua orang yang mempersoalkan apa saja tentang 1MDB termasuk Tun Mahathir yang telah bersusah payah membangunkan negara selama lebih 20 tahun dengan pelbagai pencapaian hebat yang sangat dikagumi serta dihormati serata dunia.

| BM

Saturday, 22 April 2017

(5 Gambar) Bayi Ini Dilahirkan Tanpa Hidung. Lihat Bagaimana Bayi Ini Teruskan Hidup...

Dilahirkan tanpa hidung, bayi istimewa yang diberi nama Eli Thompson ini antara 1 dalam berjuta bayi yang ada di muka bumi ini. Kes seperti ini jarang sekali berlaku dan Ia dikenali sebagai Congenital Arhinia dimana bayi akan dilahirkan tanpa hidung dan setakat ini hanya ada 30 kes seperti ini di seluruh dunia.


Jelas ibu bapa Eli, mereka tidak mengesan sebarang perbezaan ketika melakukan pemeriksaan ultrasound, namun ketka Eli dilahirkan, mereka terkejut melihat bayi mereka dilahirkan tanpa mempunyai hidung.

Untuk pengetahuan semua, bayi yang dilahirkan seperti ini akan dibuat satu lubang di leher iaitu di bawah halkum mereka dimana lubang tersebut disalurkan terus ke trakea.

Trakea merupakan saluran pernafasan yang terletak di bahagian leher. Tiub yang bernama tracheostomy akan dimasukkan ke dalam lubang berkenaan dan fungsi tiub itu adalah untuk memudahkan pesakit terbabit bernafas.

Tiub tracheostomy ini berperanan sebagai saluran pernafasan sahaja.

Bagaimana pula sekiranya bayi sudah meningkat dewasa?

Menurut laporan yang dipetik dari Utusan Malaysia, mangsa masih boleh menghidu bau wangi-wangian dengan menggunakan hidung mereka.

Bagi wanita pula, mereka masih boleh beranak secara normal dan hanya perlu menutup lubang tiub tracheostomy untuk membolehkan mereka meneran.

Berikut merupakan gambar bayi comel ini, Eli Thompson:





Sumber: THR Gegar

Monday, 17 April 2017

Gigi Tumbuh Dua Baris, Ini Berpunca Dari Kesilapan Ibu Bapa.

Biasanya anak kecil sudah mula berganti gigi ketika menginjak usia 6 tahun, namun gigi anak lelaki seorang ibu ini pula tidak berubah sehingga dia berusia 8 tahun. Ketika sudah mula menunjukkan pergantian gigi, giginya tumbuh menjadi dua baris!


Ini disebabkan kerana gigi susunya tidak gugur, gigi tetapnya pula sudah tumbuh. Keadaan gigi kanak-kanak ini semakin teruk, sehingga akhirnya si ibu pun membawa anaknya ke doktor gigi.

Melihat keadaan gigi seperti ini, si doktor pun berkata, “Keadaan seperti ini biasa terjadi disebabkan kerana kelalaian ibu bapa!”


Doktor menyarankan, ibu bapa perlu tahu masa-masa pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Ketika si anak sudah memasuki usia penggantian gigi, seharusnya ibu bapa memberi anak makan makanan yang lebih berserat, keras dan kasar, seperti kekacang. Ini diperlukan untuk membuat gigi susu ‘goyang’ dan gugur tepat waktu.

Anak yang cenderung mengambil makanan manis dan terlalu lembut, akan lebih jarang mengunyah sehingga gigi susu tumbuh kuat. Gigi susu yang tidak gugur boleh mengakibatkan geseran dan pertumbuhan gigi kekal pada tempat yang tidak sepatutnya, dan jadilah gigi ‘dua baris’. Gigi yang tumbuh tidak normal seperti ini tentunya boleh menyebabkan bentuk rahang menjadi tidak simetri dan menurunkan fungsi gigi.

Para ibu bapa sekalian, kongsikan artikel penting ini kepada kawan-kawan dan ahli keluarga. Semoga bermanfaat.

Saturday, 11 March 2017

TERKEJUT?? Inilah Benda Yang Selalu Dibawa Oleh Raja Salman Dalam Sakunya.

Setiap orang sentiasa memiliki kebiasaan yang dibawa dalam kehidupan sehariannya. Begitu pun juga dengan diri pemimpin Arab Saudi iaitu Raja Salman, seorang raja yang sentiasa menjalankan perintah Allah mahupun Rasul-Nya.


Seringkali jika kita kerap menyaksikan dirinya, kelihatan ada sesuatu yang tersembunyi di balik poket saku bajunya dan benda itu sentiasa ada dalam pelbagai majlis yang disertainya.

Tentunya benda tersebut memiliki kegunaan sehingga Raja Salman sentiasa membawanya. Tahukah benda apa itu?

Ternyata benda yang terselit tersebut adalah siwak. Ya memang bersiwak merupakan salah satu anjuran Rasulullah bagi umatnya. Tak hanya menjaga kesihatan mulut, namun dengan mengamalkannya menjadi jalan untuk melestarikan Sunnah Nabi dan tentunya berpahala.

Siwak secara bahasa merupakan aktiviti menggosok gigi dan tidak dikhususkan menggunakan jenis alat tertentu untuk menggosoknya. Bahkan dalam suatu hadis siwak menjadi sebuah makna perbuatan.

Namun sudah menjadi keumuman masyarakat selain menggosok gigi menggunakan berus gigi, mereka pun boleh menggunakan ranting kayu berjenis khusus untuk digunakan di setiap waktu.

Hadis yang menyatakan bahwa bersiwak dapat meraih keredhaan Allah terdalam dalam riwayat Baihaqi dan Nasai.

السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ ، مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ

“Siwak itu membersihkan mulut dan menyebabkan (didapatkannya) keredhaan Rabb (Allah).” (HR. Baihaqi dan Nasai)

Sementara waktu yang dianjurkan untuk bersiwak adalah pada setiap hendak berwudhu.


“Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,” Sekiranya tidak akan memberi kesukaran dan kesulitan kepada umatku, tentu akan kuperintahkan mereka bersiwak pada setiap wudhu.” (HR Malik, Ahmad dan Nasai)

[Viral] Hati-hati Dengan Sos Tiruan Keluaran ADABI!!! Tersebar Mengenai Sos Tiram Adabi Dengan Label Berwarna Hijau Menjadi Kekeliruan Pengguna Tegar.

ADABI Consumer Industries Sdn Bhd Malaysia (Adabi) sekali lagi menafikan Sos Tiram Adabi adalah keluaran syarikat itu.

Adabi mengesahkan keluaran produk mereka adalah yang di sebelah kanan.

Presidennya, Adrian Roslan berkata, sebelum ini lagi perkara ini timbul apabila ramai pengguna keliru dengan produk sos tiram Adabi.

Ini kerana, ‘Sos Tiram Adabi’ dengan label berwarna hijau, lengkap dengan logo dan tulisan yang sama dengan Adabi.

“Perkara ini sudah lama berlaku, sejak tahun 2000 lagi. Sejak itu, kami sering membuat penjelasan kepada pengguna, ia bukan keluaran Adabi.

“Pada masa sama, kami juga ada bertemu syarikat berkenaan supaya mereka menghentikan daripada terus menggunakan nama dan logo Adabi untuk produk sos tiram tersebut.

“Tetapi ia tidak diendahkan. Kes ini sudah pun jadi kes mahkamah. Tahun lalu, kami sudah kemukakan kepada pihak mahkamah supaya syarikat berkenaan menarik semula nama dan logo, namun kes ini masih lagi berjalan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Baru-baru ini tersebar tular mengenai Sos Tiram Adabi dengan label berwarna hijau menjadi kekeliruan pengguna apabila di belakang labelnya tertera nama syarikat lain. Tidak hanya nama malah, label ini turut disertakan dengan logo Adabi.

Ia terus menjadi tanda tanya apabila Adabi pada masa sama turut mengeluarkan jenama lain iaitu Sos Makanan Laut yang fungsinya juga sama dengan sos tiram.

Adrian ketika diminta mengulas perkara ini berkata, kerana prosiding mahkamah yang terus berjalan, Adabi mengambil keputusan untuk mengeluarkan satu lagi jenama makanan iaitu Sos Makanan Laut (Seafood Sauce) pada tahun lalu.

“Ya, memang kami keluarkan sos makanan laut itu. Kita tidak mahu pengguna semakin keliru dengan produk-produk kami, kerana itu pendekatan ini kami ambil.

“Penjualan juga semakin memberangsangkan. Pengguna sudah tahu membezakan yang mana produk asli keluaran Adabi. Mereka juga boleh melihat di belakang label botol di mana tertera nama syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk,” katanya.

Jelasnya, biarpun masih menunggu proses mahkamah berlangsung, Adabi turut menjalankan kempen-kempen untuk terus memberitahu pengguna mengenai produk-produk keluaran Adabi.

“Produk Adabi yang tulen akan disertakan dengan tagline kami iaitu ‘Bersih dan Asli’. Jadi kepada pengguna yang biasa dengan produk-produk kami, mereka sudah tahu.

“Inilah kelainan kami. Kami sedar, jenama Adabi sememangnya dipercayai ramai sejak dahulu lagi. Jadi kami akan terus memastikan kesemua produk kami bermutu tinggi dan asli,” katanya.

Tambahnya, Adabi akan terus memberi penjelasan kepada pengguna mengenai perkara ini.

“Kami tidak mahu pengguna keliru. Kami mahukan yang terbaik buat pengguna kami dan berharap perkara ini akan dapat diselesaikan dengan cepat.

“Selain media, kami juga sentiasa berkomunikasi bersama pengguna di laman-laman sosial supaya setiap pertanyaan akan dapat maklum balas segera,” katanya.

| BM

Friday, 10 March 2017

Lubang Arnab Bawa Kepada Rangkaian Gua Rahsia 'Knight Templar' Yang Berusia 700 Tahun.

Sekali pandang, ia cuma kelihatan seperti lubang arnab biasa. Disebabkan itu, ramai yang tidak tahu terdapat rangkaian ke gua rahsia Knight Tempar yang berusia 700 tahun di dalamnya.

Lubang yang membawa kepada gua rahsia tersebut

Difahamkan, lokasi tempat ini adalah di Shropshire, England tetapi tidak didedahkan kawasan yang jelas.

Lubang arnah terbabit membawa kepada gua terbabit - yang digunakan oleh pengikut Knight Templar satu ketika dahulu.

Gua itu tersembunyi kurang satu meter dibawah sebuah ladang pertanian.

Jurugambar, Michael Scott dari Birmigham, memulakan misi pencarian kawasan itu selepas melihat satu video di internet.

Lelaki berusia 33 tahun itu berkata: "Saya melalui satu perjalanan meletihkan untuk menjumpainya, tetapi jika anda tidak tahu ia ada dikawasan itu, mungkin anda tidak akan perasan.

"Mengambil kira berapa lama ia sudah wujud, ia masih dalam keadaan yang amat menakjubkan. Rasanya seperti kuil bawah tanah.

Michael juga menambah, keadaan gua itu agak sempit - jadi mereka yang berketinggian hampir enam kaki harus membongkok untuk masuk.

Katanya: "Saya terpaksa merangkak untuk kebawah dan apabila sudah masuk, keadaan menjadi sangat sunyi. Terdapat beberapa ekor labah-labah dalam tu. Jika hujan, terowong untuk masuk agak licin tetapi di dalam gua itu kering."


Gua tersebut dibentuk dengan begitu baik.








Cara untuk masuk ke dalam adalah dengan merangkak masuk ke dalam lubang arnab tersebut.



Loading...

Inilah Sebabnya Mengapa Anda Perlu Membersihkan Darah Ahli Keluarga Yang Tercicir Di Jalan Selepas Kemalangan...Sungguh Menakutkan..

Ada jenis Jin yang sukakan darah manusia? Tapi darah manusia yang bagaimanakah Jin mahu? Jin tidak mahu darah manusia yang dibubuh dalam bekas molek-molek atau tabung darah.


Kalau Jinn mahukan begitu sudah lama Pusat Darah Negara (nama lama: Pusat Tabung Darah Negara) dikerjakan dan sudah pasti Pusat Darah Negara tutup sebab Jinn asik mengerjakan darah yang ada dalam Pusat Darah Negara.

Jadi darah bagaimana yang Jinn mahu? Jinn mahukan darah yang disimbahkan ke atas muka bumi atau di atas tanah. Sebab Jinn gemarkan darah-darah yang mengalir di atas muka bumi.

Darah-darah manusia yang tercecah di atas tanah atau muka bumi bagi makhluk Jinn yang gemar darah ini sama seperti manusia memakan makanan yang telah dimasak.

Jika manusia ingin memasak makanan maka manusia menggunakan bahan asal-usul kejadian Jinn iaitu api untuk membakar dan memasak makanan. Sebaliknya bagi Jinn pula menggunakan bahan asal-usul manusia iaitu tanah. 

Bila tertumpah sahaja darah di atas bumi Jinn sangat-sangat menggemarinya. Bau darah yang tercecah di atas tanah bagi Jinn mempunyai bau yang sangat harum dan sangat menyelerakan.

Pernah terjadi satu kemalangan jalanraya dengan mangsa kemalangan hingga ada yang terputus badan. Maka darah pun bagai menyimbah-nyimbah di lebuhraya.

Ketika kerja-kerja pembersihan di kawasan kemalangan tersebut dijalankan hari hampir waktu senja. Pada masa itulah pekerja-pekerja yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut, seorang pekerja tersebut yang mempunyai pengetahuan cukup dapat mendengar bunyi makhluk-makhluk dari hutan berhampiran ketawa mengilai-ngilai yang mengerikan jika didengar.

Takut dan rimas dengan bunyi tersebut, pekerja itu menyuruh kawan kawannya yang bertugas itu agar segera menyiapkan kerja kemudian mereka meninggalkan tempat kejadian.

Sebaik kenderaan para pekerja meluncur perlahan untuk beredar salah seorang pekerja yang mempunya pengetahuan itu menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya dia melihat sekumpulan makhluk-makhluk Jinn sedang menari-nari sambil menjilat-jilat jalanraya yang dipenuhi dengan darah itu.

Lidah Jinn tersebut dikatakan begitu panjang. Jinn tidak perlu membongkok atau merangkak ke tanah untuk menjilat darah-darah yang berada di tanah. Dengan hanya berdiri selamba sahaja jinn menjilat tanah yang berlumuran darah.

PS: Pada sesiapa yang ada ahli keluarga yang mengalami kemalangan jalan raya sila bersihkan darah mangsa dengan segera sebelum senja.

| BM