Dilahirkan tanpa hidung, bayi istimewa yang diberi nama Eli Thompson ini antara 1 dalam berjuta bayi yang ada di muka bumi ini. Kes seperti ini jarang sekali berlaku dan Ia dikenali sebagai Congenital Arhinia dimana bayi akan dilahirkan tanpa hidung dan setakat ini hanya ada 30 kes seperti ini di seluruh dunia.
Jelas ibu bapa Eli, mereka tidak mengesan sebarang perbezaan ketika melakukan pemeriksaan ultrasound, namun ketka Eli dilahirkan, mereka terkejut melihat bayi mereka dilahirkan tanpa mempunyai hidung.
Untuk pengetahuan semua, bayi yang dilahirkan seperti ini akan dibuat satu lubang di leher iaitu di bawah halkum mereka dimana lubang tersebut disalurkan terus ke trakea.
Trakea merupakan saluran pernafasan yang terletak di bahagian leher. Tiub yang bernama tracheostomy akan dimasukkan ke dalam lubang berkenaan dan fungsi tiub itu adalah untuk memudahkan pesakit terbabit bernafas.
Tiub tracheostomy ini berperanan sebagai saluran pernafasan sahaja.
Bagaimana pula sekiranya bayi sudah meningkat dewasa?
Menurut laporan yang dipetik dari Utusan Malaysia, mangsa masih boleh menghidu bau wangi-wangian dengan menggunakan hidung mereka.
Bagi wanita pula, mereka masih boleh beranak secara normal dan hanya perlu menutup lubang tiub tracheostomy untuk membolehkan mereka meneran.
Berikut merupakan gambar bayi comel ini, Eli Thompson:
Sumber: THR Gegar
1 komen so far
Harrah's Resort Atlantic City | SEGA Genesis
Play and win big with our Harrah's Resort deccasino online casino app. Play septcasino slots, table games, and more, all at the newly created online casino at the 1xbet
EmoticonEmoticon