Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Wednesday, 26 April 2017

Innalillahiwainnailaihirojiun....Adik Mohammad Thaqif Telah Pergi...

Pelajar tahfiz yang dilaporkan dipotong kaki dipercayai akibat disebat dengan getah paip Mac lalu, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, lapor Astro Awani. 


Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meninggal dunia sekitar jam 2.05 petang tadi, memetik sumber dari ahli keluarganya. 

Mohamad Thaqif dijangka bakal melakukan pembedahan memotong tangan kanannya yang dilaporkan semakin kritikal, pagi tadi. Bagaimanapun ditangguhkan kerana keadaan jantungnya yang tidak stabil. 

28 Mac lalu, Thaqif dan 15 pelajar yang lain disebat di bahagian kaki menggunakan getah paip kerana bising di surau.

31 Mac, Thaqif dikeluarkan dari sekolah berkenaan selepas mengadu kakinya sakit disebat menggunakan getah paip.

19 April, Thaqif dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultan Ismail dan beebrapa hari kemudian, kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.

26 April, doktor membuat keputusan untuk memotong tangan kanan Thaqif dengan persetujuan keluarganya, namun ditangguhkan kerana keadaannya tidak stabil.

Saturday, 22 April 2017

(7 Gambar) Darah Keluar Dari Telinga...Remaja Perempuan Parah Jatuh Dari Motosikal Rakan. Lebih Malang Dia Ditinggalkan Begitu Saja...

Seorang remaja perempuan berusia 17' tahun parah terjatuh dari motosikal yang diboncengnya dan yang lebih malang remaja berkenaan ditinggalkan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan darah di kepala dan keluar dari telinga di atas jalan raya. 


Kejadian jam 12 tengahari di Bukit Puchong itu menimbulkankan kemarahan orang ramai, mengapa sahabat mangsa sanggup meninggalkannya di situ setelah mangsa jatuh dan parah.

Gambar tempat kejadian telah dimuatnaik di laman sosial dan menimbulkan kemarahan netizen dengan apa yang berlaku.







Seorang sahabat mangsa telah berjaya menghubungi keluarga mangsa setelah gambar mangsa dimuatnaik ke media sosial, kini teman lelaki mangsa dicari bagi menyiasat punca sebenar kejadian, dipercayai mangsa membonceng motosikal bersama teman lelaki mangsa.

Mangsa dihantar ke Hospital Serdang dengan menggunakan ambulans dan kini dirawat namun masih belum sedarkan diri.

Semoga mangsa cepat sembuh, dan teman lelaki mangsa diminta tampil kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan. Cubaan kawan mangsa cuba menghubungi teman lelaki mangsa namun tidak dijawab.

Loading...

'Saya Tak Langgar Lampu Merah, Lampu Isyarat Masih Berwarna Hijau Di lorong Saya' - Pemandu Proton Juara.

Gara-gara melanggar lampu isyarat merah, sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang wanita merempuh sebuah kereta dari arah kanan.


Dalam kejadian jam 8 pagi, Khamis, di persimpangan lampu isyarat berhampiran Giant Nilai itu, pemandu wanita, 31, yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Salak Tinggi mendakwa keretanya dilanggar kereta Proton Juara dari arah kanan.

Bagaimanapun pmandu Proton Juara, Zulizeb Shah Sharin atau Zeb, menafikan laporan polis pemandu Axia itu dan menegaskan bahawa ketika kejadian itu dia bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan ke tempat berniaga nasi lemak, lampu isyarat di lorongnya masih berwarna hijau.


"Saya tak melanggar lampu merah. Masa itu lampu isyarat sedang hijau semasa saya teruskan perjalanan.

"Mustahil lampu isyarat di lorong wanita itu berwarna kuning ketika itu. Sedangkan sebelum saya sampai di persimpangan lampu isyarat, ada dua buah lagi kereta yang sedang meneruskan perjalanan. 

Kemudian kereta saya dan seterusnya lori di belakang saya pun nampak lampu hijau ketika itu," katanya ketika dihubungi.

Zeb hanya mengalami kecederaan ringan, manakala anak lelakinya mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan, isterinya hampir terputus lidah, selain cedera di tangan.

"Lidah isteri sudah dijahit dan jam 7 petang nanti, tangannya juga akan dijahit. Anak cedera teruk di tangannya dan juga belakang badan.

(Kanan) isteri Zulizeb Zack cedera di lidah dan tangan. (kanan) anak mereka yang cedera di kedua-dua tangannya

"Kalau boleh, saya tak nak kes ini habis begitu saja. Sekarang saya sudah kehilangan kenderaan untuk mencari rezeki. Isteri saya dah tak boleh kerja kuat lagi selepas kemalangan. Rambut dia pun mula gugur, mungkin sebab terperanjat selepas kejadian itu," katanya.

Difahamkan, pemandu Axia berkenaan telah menghubungi Zeb dan mengakui kesalahannya dan mahu bertanggungjawab di atas kejadian itu.

Rakaman kamera di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian | Video - Netizen:

Thursday, 16 March 2017

Penjelasan Pihak Polis Kenapa Remaja Ini Tidak Boleh Didakwa Kerana Membunuh.

Remaja buat pusingan U selepas terbayang lori?

Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati pemandu secara tiba-tiba melakukan pusingan U ke lorong memotong.


BUTTERWORTH: Pemandu remaja yang merempuh keretanya dengan beberapa kenderaan lain ketika meluru lawan arah trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan semalam berbuat demikian selepas dia terbayangkan sebuah lori, menurut polis Seberang Perai.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati pemandu Proton Gen-2 berusia 19 tahun itu melakukan pusingan U di jalan sama sebelum memandu laju melawan arah trafik sejauh 5km.

Ia kemudian merempuh sebuah kereta Perodua Kelisa menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26.

Nik Ros berkata remaja tersebut tidak memasuki arah bersebelahan melalui sebuah bukaan untuk kenderaan kecemasan seperti dilapor sebelum ini.

Pagi tadi, Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman remaja tersebut selama 4 hari. Dia dilihat dalam keadaan kaku ketika berjalan melepas sekumpulan wartawan.

Bayangan lori

Menurut Nik Ros, remaja itu dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab di Bukit Mertajam menuju ke rumahnya di Butterworth.

Dia terlepas jalan ke Permatang Pauh dan terus menuju ke Plaza Tol Sungai Dua.

Di situ, dia melihat seakan-akan sebuah lori di tengah jalan dan dengan pantas melakukan pusingan U ke lorong paling kanan, meletakkan kereta itu di arah berlawanan di lorong paling kanan.

"Ketika melakukan pusingan secara tiba-tiba itu, dia menggeser 3 kenderaan lain sebelum memandu 5km dan merempuh sebuah Perodua Kelisa dan 5 lagi kenderaan.

"Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati tidak ada lori di tengah jalan seperti yang didakwanya," Nik Ros memberitahu wartawan hari ini.

Dakwaan bunuh

Insiden semalam mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, dengan gesaan supaya remaja itu didakwa atas tuduhan membunuh.

Bagaimanapun, Nik Ros berkata ia tidak boleh dilakukan kerana tindakan itu tidak berniat membunuh.

Menurutnya, Seksyen 44 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan membawa hukuman 4-10 tahun, manakala bagi kesalahan bunuh tanpa sengaja di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, ia hanya membawa hukuman maksima 2 tahun.

Nik Ros turut mengesahkan remaja tersebut dalam keadaan khayal kerana pengambilan dadah, tetapi polis masih menguji sampel darah untuk kandungan alkohol.

Menurutnya, remaja itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah.

Sumber

Saturday, 11 March 2017

Terengganu Bagi Rumah, Tanah Kepada Orang Muda Yang Berkahwin...SEBARKAN...

Kerajaan negeri bercadang memberi lot tanah dan bantuan membina rumah kepada pemuda berumur 21 tahun ke atas yang berkahwin.


Perkara ini dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohd yang berkata sebanyak 500 lot tanah di dua kawasan yang masih dirahsiakan lokasinya disediakan untuk tujuan tersebut.

Beliau berkata perkara tersebut akan mula dilaksanakan tidak lama lagi, namun mereka perlu memenuhi syarat utama seperti telah berkahwin, merupakan anak negeri ini dan tidak mempunyai rumah serta tanah sendiri.

“Lebih menggembirakan apabila tanah lot tersebut mungkin dijadikan tanah pertanian untuk membantu mereka menjana pendapatan.

“Peluang ini dibuka kepada mereka asalkan mereka bersedia untuk tinggal di tanah yang dianugerah dan menjalankan aktiviti pertanian,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG, Sekolah Kebangsaan Lubok Kawah di sini hari ini.

Nawi berkata mereka yang berminat boleh mendapatkan borang daripada Pejabat Penyelaras DUN Hulu Besut atau datang sendiri untuk berjumpa dengannya mulai sekarang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan telah meluluskan pembinaan lebuh raya dari Kuala Berang ke Keruak, Besut melalui Gunung Bongsu tahun ini.

Katanya dengan pembinaan lebuh raya itu, ia akan membuka lebih banyak peluang kepada penduduk Hulu Besut dalam bidang ekonomi. - Bernama

Friday, 10 March 2017

Israel Lulus Undang-undang Larang Laungan Azan.

Undang-undang untuk melarang laungan azan di Israel dan Baitulmaqdis Timur memenangi kelulusan awal dalam sesi Parlimen, kelmarin walaupun menerima kecaman penggubal undang-undang Arab yang melihat ia mencabuli hak kebebasan agama penduduk minoriti Islam.


Dua versi undang-undang akan dikemukakan kepada jawatankuasa untuk perbincangan lanjut sebelum undian akhir di Knesset yang mengambil proses agak panjang.

Salah satu daripada rang undang-undang itu melarang laungan azan melalui sistem pembesar suara antara 11 malam dan 7 pagi (waktu tempatan), manakala cadangan kedua pula meluaskan larangan sama ke kawasan kediaman penduduk dan mengenakan denda AS$2,700 (RM12,042) kepada mana-mana individu yang melanggar peraturan tersebut. 

Penyokong rang undang-undang itu dengan biadab menyatakan ia kononnya bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk sekitar masjid yang mana tidur mereka terganggu apabila laungan azan Subuh berkumandang. - al-Arabiya

Mangsa Samun Dan Toreh Akan Ke Luar Negara Untuk Melakukan Pembedahan Yang Ditanggung Oleh KETUA WANITA UMNO.

Mangsa toreh dan samun, Nur Shafiqa Lah, 22, bersedia mempertimbangkan rawatan di luar negara jika ada pihak sudi membantu menaja rawatannya.


Dalam kejadian yang berlaku Ahad lepas, nur shafiqa mengalami kecederaan pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri oleh dua lelaki bertopi keledar yang menceroboh rumahnya dan turut mencederakan ibunya, Hat Tema Mat Zin, 58.

Nur Shafiqa berkata memberitahu dia merasa kesihatannya semakin pulih dan hanya sesekali merasa trauma dengan kejadian itu terutama apabila melihat lelaki yang memakai topi keledar.

Ketua Wanita UMNO yang melawat shafiqa memberitahu, pihaknya bersedia membantu dan menaja perbelanjaan termasuk kos perubatan Nur Shafiqa ke luar negara sekiranya keadaan memerlukan bagi memulihkan kesihatannya seperti sediakala.

| BM