Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Thursday, 9 March 2017

Tak Tutup Aurat Tapi Solat Tak Tinggal. Nah, Baca Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus.

Dalam senario 'new ummah' masa kini ini, memang kita didedahkan dengan pelbagai situasi. Misalnya hukum bagi seorang perempuan yang tidak menutup aurat tetapi solat lima waktu tidak tinggal. Apakah solatnya juga jadi tidak sah dan hanya sia-sia. Ataupun bagaimanakah hukumnya yang sebenar.


Menurut jawapan dari Ustaz Azhar Idrus, tidak tinggal solat bermakna dia masih Islam. Jika tidak solat, maka tiada satu rukun Islam. Tidak cukup satu rukun maka tidak sempurnalah Islamnya. Sama seperti solat ada 13 rukun. Jika tidak rukuk maka tidak sah solatnya. Jadi, bila tinggal satu daripada rukun Islam, seseorang tidak dikatakan Islam.

Jika tidak tutup aurat tetapi tetap solat, dia dikira berdosa kepada Allah. Islamnya masih ada, kecuali jika dia tinggal solat, maka Islamnya akan tercabut. Perempuan yang tidak pakai tudung tetapi solat itu lebih baik daripada perempuan yang pakai tudung tetapi tidak solat.

Manakala bagi perempuan yang masih tidak bertudung, maka hendaklah dia memasang azam untuk memakai tudung. Insya-Allah.

Wallahu'alam.

Kredit sepenuhnya.

Wednesday, 8 March 2017

Pandangan Islam Tentang Amalan Homoseksual.

Soalan:

1. Apakah pandangan Islam terhadap amalan homoseksual di kalangan lelaki dan perempuan.
2. Ramai dari kalangan mereka berpendapat bahawa perasaan yang ada terhadap kaum sejenis adalah sesuatu yang semula jadi dalam diri mereka dan mereka terperangkap dengan keadaan. Bagaimanakah seseorang yang cenderung kepada kaum sejenis dapat melawan perasaan sedemikian?
3. Bagaimana pula mereka dapat berpatah balik?


Jawapan:

Pada pendapat saya Islam melarang amalan homoseksual di kalangan lelaki dan perempuan. Apa yang saya maksudkan dengan homoseksual di sini ialah hubungan seks sesama jenis, baik dalam bentuk penetrasi atau foreplay, bukan perasaan kasih atau cinta yang ada pada seorang terhadap rakan sejenis. Perasaan sebegini bukan sesuatu yang dilarang oleh Islam sama sekali. Islam memerintahkan kita saling mengasihi sesama manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Kasihilah apa yang ada di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh yang berada di langit [Tuhan].” (Riwayat Al-Turmuzi)

Islam juga menganjurkan semua Muslim (lelaki dan perempuan) agar memberi kemuncak tertinggi kasihnya kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dia kasihi dari ibubapa dan anak-anaknya sendiri dan manusia sekalian.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah s.a.w dan sahabatnya amat kasih mengasihi sesama mereka sebagaimana disebutkan dalam ayat 48:29.

Hujah Agama

Mengenai larangan hubungan seks sesama lelaki, Al-Quran ada menceritakan kisah nabi Lut yang diutus oleh Allah untuk membaiki kaumnya yang mengamalkan perbuatan ini. Kaum ini kemudiannya dimusnahkan oleh Allah taala kerana kedegilan mereka. Walaupun tiada pernyataan secara jelas dalam Al-Quran bahawa seks sesama lelaki adalah haram sebagaimana Allah taala haramkan bangkai dalam ayat 5:3, namun terdapat logik yang jelas akan pengharamannya sebagaimana berikut:

Al-Quran mengharamkan apa yang ia namakan sebagai “fahisyah” (sesuatu yang keji) di dalam ayat-ayat 7:33, 16:90. Segala yang disifatkan sebagai “fahisyah” sentiasa dikaitkan dengan sesuatu yang terlarang atas dasar haram bukan makruh seperti dalam ayat-ayat 2:169, 2:268, 6:151, 7:28, 24:19, 42:37

Al-Quran pula mensifatkan hubungan seks sesama jenis lelaki sebagai “fahisyah” di dalam ayat 7:80, 27:54 dan 29:28.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa hubungan sesame jenis lelaki dalah terlarang.

Sememangnya Al-Quran juga tidak menggunakan perkataan jima’ dalam mensifat perbuatan kaum Lut yang tercela tapi ini tidak menafikan kesimpulan di atas kerana:

Perkataan “tatuuna” dalam ayat-ayat yang mensifatkan perbuatan kaum Lut itu seperti dalam ayat 7:81 walau pun pada asalnya bermakna “mendatangi” ia bukan bermaksud mendatangi sebagai satu interaksi sosial kerana dalam ayat itu Al-Quran kaitkannya dengan perbuatan bersyahwat dan “fahisyah” - sesuatu yang terlarang - sedangkan “mendatangi” dalam erti interaksi sosial sesama jenis bukan sesuatu yang dilarang sama sekali sebagaimana yang dicontohkan dalam kehidupan sosial Rasulullah s.a.w bersama para sahabat lelaki.

Memaknakan “mendatangi” dengan erti jima’ sebagai satu kiasan sesuai dengan cara Al-Quran dalam membicarakan persoalan ini. Ia amat konsisten dengan perkataan yang digunakan juga bagi hubungan seks antara suami isteri dalam ayat 2:223.

Sifat “fahisyah” dalam Al-Quran juga sering kali digunapakai sebagai kiasan bagi zina, iaitu seks yang terlarang.

Malahan perkataan jima’ yang memberi makna langsung pada perbuatan seks memang tidak digunakan sama sekali dalam Al-Quran, hatta dalam mensifatkan zina sekali pun.

Dahsyatnya azab yang ditimpakan ke atas kaum nabi Lut juga menjadi petanda bahawa perlakuan mereka itu adalah haram danbukan hanya sesuatu yang tidak disukai sahaja (makruh).

Berdasarkan pada hujah-hujah dan logik di atas, pengharaman seks sejenis lelaki mempunyai asas yang kuat.

Al-Quran memang tidak menyentuh soal hubungan seks sejenis antara perempuan tetapi larangan ke atasnya dapat diqiyaskan pada larangan ke atas hubungan seks sesama lelaki kerana maksudnya yang sama.

Ini diperkuatkan pula oleh hadis yang melarang hubungan jenis sesama perempuan.

Dalam Islam hubungan seks hanya boleh dilakukan oleh, a) pasangan lelaki dan wanita, dan b) melalui ikatan tali perkahwinan yang sah.

Sejumlah besar ulama berpendapat bahawa Islam juga melarang hubungan seks melalui dubur, hatta oleh pasangan suami isteri.

Ini kerana Allah yang mencipta manusia tidak mencipta saluran dubur bagi tujuan seks. Bahkan, Islam juga melarang lelaki dan wanita untuk memuaskan nafsu seks mereka sendiri.

Islam menganjurkan lelaki dan wanita untuk berkahwin bagi memenuhi naluri seksnya. Ini adalah cara yang lebih sesuai dengan fitrah kejadian manusia dan kehidupan yang suci. Persepsi bahawa perasaan sedemikian adalah naluri semula jadi sejak lahir adalah tidak tepat. Islam berpendapat bahawa semua bayi lahir atas fitrah yang murni. Iaitu bersih dari segala kecenderungan yang buruk.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Semua bayi dilahirkan atas fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kenapa Rasulullah s.a.w tidak memasukkan menjadikannya seorang Islam juga? Kerana Islam adalah fitrah semula jadi setiap manusia. Fitrah Islam bersih dari kecenderungan sedemikian.

Hujah Sains

Hujah bahawa kecenderungan homoseksual adalah sesuatu yang tabii atau bersebabkan baka (gene) bukanlah satu dapatan saintifik yang konklusif. Ustaz Dr. Firdaus Yahya ada menulis satu makalah bertajuk LGBT: A Critical Study yang diterbitkan oleh Pergas dalam terbitannya Jurnal Dakwah edisi Disember 2012. Makalah ini boleh didapati melalui internet dengan membuat carian menggunakan tajuknya. Dalam makalah ini, beliau menolak melalui kajian sains sendiri akan kelemahan hujah sedemikian.

Wallahu A`alam

Terbitan asal: haniff.sg

Thursday, 2 March 2017

Perlu Ke Cuci Tuala Wanita Sebelum Dibuang? Kaum HAWA Mesti Baca Ni..

Assalamualaikum wbt


Saya terbaca semalam satu artikel menceritakan tentang kebersihan. Timbul pula isu membuang pad dan dari kebanyakan komen yang saya perhatikan, rata-rata wanita masih lagi mempunyai pemahaman bahawa pad disposable WAJIB di basuh sebelum dibuang.

Isu ini dah lama berlaku terutama di kalangan pelajar-pelajar perempuan di asrama. Kalau dulu, sampai ada sesi khas 'torture' terutama adik-adik junior disebabkan isu ini (nasib la saya termasuk akak senior yang cool dan tak terjebak..hehehehe)

Sebab apa?

Kononnya darah yang tak dibasuh nanti akan dijilat syaitan lah, jin la. Akan buat badan sakit la.

Migrain juga kepala dengar hujah-hujah ni tapi takpelah, mari la saya terangkan satu persatu.

1. DALIL BASUH UNTUK KAIN

Kita lihat semula dari sudut agama. Kita di ajar supaya apabila pakaian terkena darah haid, haruslah di basuh/dikeruk sehingga hilang darah tersebut dan boleh pula di pakai utk solat. Ini kerana darah haid termasuk benda najis, berdasarkan hadith dari Asma puteri Abu Bakar, bahawa Nabi bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian.

Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudian ia (boleh) solat dengan kainnya itu. Bukhari dan Muslim.

Dalil yang menunjukkan hal ini, dari Asma' binti Abi Bakr, beliau berkata, "Seorang wanita pernah mendatangi Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian berkata, "Di antara kami ada yang bajunya terkena darah haid. Apa yang harus kami perbuat?" Beliau shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab, "Gosok dan keriklah pakaian tersebut dengan air, lalu percikilah. Kemudian solatlah dengannya." [1]

Shidiq Hasan Khon rahimahullah mengatakan, "Perintah untuk menggosok dan mengerik darah haid tersebut menunjukkan akan kenajisannya." [2] Hal ini pun telah disepakati oleh para ulama.

Orang dulu-dulu memang pakai kain. Mana ada pad la, pad bergel la, tampon la. Jadi, utk digunakan semula, perlu lah basuh terlebih dahulu kain tersebut. Dan kebanyakan mereka juga mungkin ada kekangan dalam bilangan baju. Bukan macam kita yang se almari bajunya. Jadi bila baju terkena darah, kena la cuci bagi bersih sebab darah haid adalah najis.

2. TAK PERLU BASUH JIKA PAD

Dan ulama' juga berpendapat, adapun kalau pad disposable yang tak digunakan semula, TIDAK PERLU basuh. Cukup lah di buang dengan baik (bungkus elok-elok, jangan sepahkah) dan lebih baik ditanam. Jika tak dapat tanam, buang dengan teratur. Kalau di asrama, adik-adik pakai la bekas RENTOKIL yang ade tu. Bukan letak kat tepi pintu tandas, flush dalam toilet or buang kat sinki, paham?

Macam UStaz Azhar kata kt video ni, ada tak orang letak kapas kat luka, then basuh dulu kapas tu sebelum buang? Takda kan? Sama juga la macam baby berak atas diapers yang disposable, kita cuci dulu ka taik tu bagi bersih-bersih baru buang? Tak kan? Tapi kalau pakai kain lampin atau cloth diaper, kita akan cuci sebab nk pakai semula.

3. JANGAN MENGADA-ADAKAN KHURAFAT!

Pasal hantu la jin la dok jilat, kome dapat mana nih? Cerita-cerita dari Mestika? Haiyaaaaa... tu la banyak beno masa tengok cerita hantu. Kalau dah elok di buang dengan baik, takde apa hal pun. Tawakal dan baca bismillah. Allah yang cipta darah kotor tu, dan kita bertanggungjawab jaga dengan membuangnya dengan baik dan tak main campak aje. Tapi usahlah memberat-beratkan. Tiada dalil, tiada nas. Guna pakai lah jumhur ulama' punya pandangan ye...

Termasuk dalam kepercayaan khurafat wanita yang beranggapan kain tuala wanita yang dipenuhi darah haid, hendaklah terlebih dahulu dibersihkan sebelum dibuang. Kononnya untuk mengelak dari dimakan syaitan dan seumpamanya. Kepercayaan ini adalah karut dan bertentangan dengan apa yang dilakukan di kalangan para wanita di zaman Nabi s.a.w. Abu Sa'id al-Khudriy r.a. bekata:

قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ وَالنَّتْنُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

Maksudnya: Pernah ditanya kepada Rasulullah s.a.w., apakah kami boleh berwudhu dengan air dari telagan Budha'ah, Iaitu telaga yang tempat dibuang kain tuala wanita (bekas haid), sisa anjing dan kotoran? Nabi s.a.w. menjawab: "Sesungguhnya air itu suci, tidak menajiskannya sesuatupun."

Versi bahasa Inggeris (hadis dalam Sunan Abudawud)

(1) Narrated AbuSa'id al-Khudri: The people asked the Messenger of Allah (peace_be_upon_him): 

Can we perform ablution out of the well of Buda'ah, which is a well into which menstrual clothes, dead dogs and stinking things were thrown? He replied: Water is pure and is not defiled by anything. 
(Book #1, Hadith #0066)

Kalimah al-Hiyadhu (الحِيَضُ) ialah kalimah plural untuk حِيْضَةٌ ia bermaksud kain yang digunakan untuk menahan darah haid, seperti dijelaskan oleh al-MUbarakfuri ketika mensyarahkan hadith ini. Hadith ini menunjukkan para wanita di zaman Nabi s.a.w.membuang kain tuala wanita dalam keadaan dipenuhi darah, tanpa membasuhnya terlebih dahulu. (sumber dari blog: http://saramsa-rawahil.blogspot.my/)

Kalau rasa nak basuh, boleh je basuh. Tapi jangan pula jatuhkan hukum macam-macam sebab ianya tkde nas dan dalil.

Lebih bagus lagi, pakai la cloth pad. Dah tentu jimat. Sebab pakai disposable pun korang basuh, baik le pakai yang boleh guna semula, tak gitu? :)

Sumber: Salwasaleh

Monday, 27 February 2017

Jika Isteri Turut Bekerja Menanggung Perbelanjaan Rumah, Maka Dari Itu Suami Patut Berhati-hati Dalam Perkara Seperti Ini.

Soalan;

Assalamualaikum. Sy ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan, sy pernah memberitahu suami bahawa sy akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti untuk mengurangkan beban suami. Kadang2 sy turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian.


Setelah beberapa tahun berkahwin, sy dapati pendapatan suami telah meningkat dan sy yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil2 tersebut. Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap sy wajib membayar bil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yang mengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya.

Apabila sy memberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit bahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak sy sebagai isteri dlm permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW;

"Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezeki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya" (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA).

Menurut ulamak; maksud rezeki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.[1] Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak".[2]

2. Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atas dasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga.

Isteri yang engkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kepada isteri.

Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah.

Ini sebagaimana sabda Nabi SAW - tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya-; "Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah" (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).

3. Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut. Nabi SAW bersabda;

"Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram" (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari 'Amru bin' Auf al-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.[3]

Wallahu a'lam.

Sunday, 26 February 2017

Wahai Para Ibubapa...Jangan Sembarangan Kamu Beri Nama Ini Kepada Bayi Yang Baru Lahir Sebab Jin Akan Sentiasa Mendampinginya...

Ustaz Sharhan Shafie sememagnya cukup terkenal di Malaysia sebagai seorang pengamal perubatan dengan cara Islam. Malah dia pernah membuat rawatan santau kepada seorang pesakit secara langsung di dalam rancangan al-Kuliyyah TV3. Sememangnya kebolehannya mengubati pesakit secara kaedah islamik ini sememangnya amat disegani oleh orang ramai.


Terbaru, dalam satu rancangan TV9 yang bertajuk 'Perubatan Islam' menampilkan Ustaz Sharhan sebagai pengacara dan memberi beberapa kaedah dalam menyembuhkan penyakit yang lazim terjadi kepada masyarakat di negara ini. Beliau turut sempat mengongsi beberapa nama yang dikatakan sering diganggu jin. Tidak bermakna nama ini tidak boleh dipakai tetapi antara pesakit-pesakit ustaz Sharhan, kebanyakkannya mereka mempunyai nama sebegini.

Nama-nama yang sering diganggu Jin:

1. Balqis

2. Najwa

3. Qistina atau Kistina

4. Zakuan

5. Erisha

6. Batrisha

Menurut beliau lagi, sesiapa yang mempunyai nama ini tidak perlu lah menukar nama mereka sebaliknya cuma mengubah nama panggilan contoh seperti Siti Erisha, anda ubahnya dengan hanya memanggil Siti. Senarai ini bukan bermakna sesiapa bernama ini akan diganggu jin tapi mengikut statistik pesakit mereka, ramai terdapat di kalangan yang mempunyai nama seperti yang tertera.

| BM

Saturday, 25 February 2017

Inilah Sebab Dan Implikasi Perundangan Mengapa Non-Muslim Takut Menukar Agama Mereka Kepada Islam!!!

Jika anda memilih untuk menukar agama kepada Islam, ada beberapa implikasi dan akibat dari segi undang-undang tentang apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan:


Pertama, 

Jika anda memeluk agama Islam, status undang-undang anda akan berubah. Anda akan didaftarkan dengan Jabatan Agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di mana kedua-duanya sudah dikomputerkan dan informasi boleh diakses di seluruh negara.

Anda akan diberi "Sijil Masuk Islam" oleh badan berkuasa agama Islam yang mengesahkan bahawa anda sekarang seorang Muslim. Dan status agama anda yang baru ini juga akan dicatat di MyKad.

Kedua,

Dengan memeluk agama Islam, anda diwajibkan mengikuti semua syarat-syarat Islam menurut enakmen-enakmen Islam yang terdapat di ketiga belas negeri di Malaysia. Enakmen-enakmen tersebut menyatakan:

1. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda memerlukan kebenaran daripada ibu bapa anda untuk memeluk agama Islam. Tetapi dalam kebanyakan kes pengislaman yang berlaku (terutama untuk bawah umur) tarikh masuk Islam dikosongkan dan hanya akan diisi apabila mereka mencapai umur 18 tahun!

2. Jika anda mempunyai anak di bawah 18 tahun, anak-anak anda akan turut menjadi Islam, dan mereka akan dianggap sebagai Muslim dan tertakluk kepada undang-undang enakmen Islam yang sama.

3. Kad pengenalan anda akan merekodkan anda sebagai seorang Muslim, walaupun anda tidak mengikuti secara aktif semua amalan dan kepercayaan Islam. Jadi anda akan didenda, disebat, ditahan dan boleh dipenjarakan kerana melanggar undang-undang Syariah seperti bersembahyang di gereja, makan di khalayak ramai semasa bulan Ramadan, berkhalwat dan sebagainya.

4. Meninggalkan Islam dan kembali kepada agama asal anda adalah samada tidak dibenarkan atau akan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah, di mana anda akan didenda, disebat, ditahan atau dipenjarakan.

5. Anda tidak boleh mengahwini seorang yang bukan Islam.

6. Jika anda mengambil keputusan untuk bercerai dan cuba keluar dari Islam, anda akan kehilangan hak penjagaan anak-anak anda kerana mereka telah didaftar sebagai Muslim.

7. Apabila anda meninggal dunia, keluarga bukan Islam anda tidak berhak menuntut sebarang wang, harta benda, warisan dan sebagainya yang anda tinggalkan untuk mereka. Mayat seorang yang telah masuk Islam akan diambil dari keluarga bukan Islamnya untuk dikebumikan secara Islam, walaupun dia hanyalah Islam atas nama saja.

Ketiga,

Jika anda telah berkahwin dan sekiranya pasangan anda memilih untuk memeluk Islam, ini tidak membawa kesan secara langsung kepada anda secara peribadi tetapi akan menyebabkan ketidak-tentuan dalam kehidupan kekeluargaan anda:

1. Pasangan anda yang telah masuk Islam mungkin akan mengambil anak-anak bersamanya, dan dari segi undang-undang mereka akan dianggap sebagai Muslim. Sekiranya anda ingin mencabar hal ini, tidak ada jaminan pihak berkuasa akan berpihak kepada anda kerana salah seorang ibu bapa/penjaga adalah Islam.

2. Dalam kes ini, keluarga akan berpecah dan menyebabkan banyak stres dan sengsara kepada kehidupan keluarga, seperti dalam Kes M. Indira Gandhi, S. Shamala dan R Subashini.

3. Apabila pasangan anda masuk Islam, anda tidak mempunyai hak ke atas anak anda dan harta pasangan anda.

Implikasi Untuk Murtad/Keluar Dari Islam

Tidak ada jalan keluar dari agama dalam Islam. Anda tidak boleh masuk Islam dan kemudian mengambil keputusan untuk keluar dari Islam sekiranya anda:

1. Berasa Islam bukan atau tidak sesuai untuk anda.

2. Bercerai dan ingin kembali kepada agama atau keluarga asal anda.

Hukuman atau Tindakan yang dikenakan di bawah Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah, Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Islam atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (mengikut seksyen masing-masing dalam Negeri-negeri di Malaysia) adalah: 

Pertama,

Didenda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau disebat sehingga enam sebatan atau campuran mana-mana dari ketiga-tiga bentuk hukuman ini.

Kedua,

Tahanan mandatori di Pusat Pemulihan Aqidah sehingga 36 bulan.

Ketiga,

Tiada dikenakan sebarang bentuk hukuman tetapi diwajibkan mengikuti sesi-sesi kaunseling sebelum kebenaran keluar Islam diluluskan.

Walau bagaimanapun, memeluk agama Islam dan kemudian keluar dari Islam akan mempengaruhi SELURUH aspek kehidupan seseorang, termasuk kehidupan kekeluargaan yang membawa kepada akibat dan implikasi yang serius.

Kita tahu ada ramai orang Kristian yang telah memeluk agama Islam tanpa mengetahui atau tidak serius memikirkan semua implikasi daripada penukaran agama mereka. Mudah-mudahan, perkara yang dibangkitkan di atas akan menjelaskan isu-isu ini, yang telah membawa banyak kesedihan kepada mereka yang terjejas.

Kami ingin menekankan bahawa kami tidak menentang sebarang keputusan untuk mengikuti Islam atau mana-mana agama lain kerana kita menjunjung hak kebebasan beragama untuk semua rakyat Malaysia seperti yang dijamin dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan tetapi untuk memilih dengan betul, anda perlu tahu apa yang anda pilih dan apakah akibat daripada pilihan anda tersebut.

Bagi pelajar-pelajar yang kadang-kala dihadapkan dengan usaha pengislaman di sekolah, jangan ragu-ragu untuk memberitahu masalah yang anda hadapi kepada ibu bapa, pastor/pemimpin gereja atau guru-guru Kristian anda. Semoga Tuhan sentiasa melindungi semua.

(Artikel ini berdasarkkan dokumen Catholic Bishops' Conference of Malaysia bertajuk, "The Legal Implications of Conversion To Islam")

Tuesday, 21 February 2017

Wahai Manusia...Solat Anda Tidak Akan Diterima ALLAH, Jika Anda Tergolong Dalam 10 Kelompok Manusia Ini...Sebarkanlah...

Didalam beberapa kitab, ada disebutkan bahawa solat adalah amalan yang paling disukai Nabi Muhammad S.A.W. Namun, beringatlah ada 10 golongan yang tiada diterima solatnya. Di bawah merupakan 10 golongan yang tidak diterima solatnya.


Semoga kita ambil pedoman dan berdoa agar amalan-amalan baik kita diterima dan dirahmati oleh Allah SWT.
  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya.
  4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya.
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
  6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak.
  7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
  8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim.
  9. Orang-orang yang suka makan riba.
  10. Orang yang solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Adakah anda telah selesai membacanya? Mari kita sama-sama muhasabah diri dan boleh sebarkan kepada semua untuk pelaburan pahala diakhirat kelak.

| BM

Wahai Para Wanita Diluar Sana...Start Hari Ini Jangan Suka Mencantikkan Dirimu Dan Mendedahkan Aurat Sebab Para Jin Sedang Memerhatikannya...

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.


Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya." tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah.

3. Meninggikan suara dalam bilik air.

4. Menangis dan merintih sebelum tidur.

5. Membuang air panas ke dalam bilik air.
 
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah.

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan.

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan.

9. Selalu bertengkar suami isteri.

10. Terlampau marah.

11. Mengikut hawa nafsu.

12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah.

13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir.

14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah.

15. Perempuan suka bersolek.

16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir.

17. Jin jatuh cinta pada manusia.

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

"Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat." katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

| BM

Monday, 20 February 2017

6 Perkara Yang Merosak Hubungan Persaudaraan Yang Ditegah Dalam Islam.

ISLAM melarang dengan tegas setiap individu memperlakukan segala bentuk akhlak yang tidak baik terhadap individu yang lain, di mana natijahnya akan menyumbang kepada keretakan hubungan sesama Islam dan akan menyebabkan perpecahan di antara umat Islam. 


Antara perlakuan yang mesti dihindari:

1. Hasad dengki

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam melarang umatnya daripada segala sifat keji, di mana salah satunya ialah sifat hasad dengki.

Hakikat hasad dengki itu ialah rasa kurang senang terhadap nikmat yang dikecapi oleh orang lain, lalu mengharap-harapkan agar nikmat itu terhapus daripadanya. Larangan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam itu jelas sebagaimana sabda Baginda yang maksudnya, “Janganlah kamu saling benci membenci, dan janganlah kamu saling berdengki-dengkian, dan janganlah kamu saling bermusuh-musuhan. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hukum berdengki-dengkian itu adalah haram menurut ijma‘ (kesepakatan) umat Islam, kecuali hasad dengki terhadap nikmat-nikmat yang diperolehi oleh seorang yang derhaka kepada perintah-perintah Allah seperti orang fasiq dan kafir, lalu dijadikan nikmat itu untuk melakukan maksiat dan larangan Allah Ta‘ala. Maka dalam hal ini tidaklah dilarang bila seseorang itu mengharap-harapkan agar nikmat itu hilang daripadanya. Dengan tujuan supaya segala kemungkaran yang dilakukan akan terhenti dan tidak lagi berlarutan.

Menaruh perasaan dengki terhadap nikmat dan kesenangan yang dikecapi oleh seseorang, lalu dengan sebab itu menimbulkan kebencian terhadap orang itu, samalah seperti tidak menyukai dan tidak redha terhadap qadha’ Allah Ta‘ala dan ketentuanNya dalam melebihkan setengah hambaNya ke atas setengah yang lain. Sikap seperti ini tidak syak lagi tentulah mendatangkan dosa.

Kesannya terhadap hubungan sesama Islam pula, tidak syak lagi akan melemahkan dan merenggangkan ikatan persaudaraan tersebut, kerana tidak lagi wujud dalam perasaan dirinya rasa kasih sayang terhadap saudara Islamnya, malahan membencinya.

Akan tetapi tidaklah menjadi kesalahan jika sekiranya seseorang itu mengharapkan supaya memperolehi sesuatu nikmat yang serupa dengan apa yang dikecapi oleh orang lain, selama mana dia tidak mengharapkan atau bercita-cita agar nikmat itu lenyap daripada orang lain, dan dia juga tidak membenci kalau orang itu terus mengecapi nikmat itu. Hasad dengki jenis ini dikatakan sebagai al-ghibthah.

Dengki dalam erti kata al-ghibthah, jika sekiranya dalam perkara ketaatan atau kebaikan, maka ianya adalah sesuatu yang dipandang baik dari segi syara‘. Umpamanya, seseorang melihat saudaranya yang lain mempunyai harta dan membelanjakannya pada jalan yang hak, seperti bersedekah, menderma kepada anak-anak yatim atau sebagainya. Lalu dia bercita-cita untuk melakukan perkara yang serupa jika berkemampuan, maka dengki (al-ghibthah) dalam perkara seperti ini adalah sesuatu yang dipandang baik dari segi syara‘.

Jika sekiranya al-ghibthah itu pula dalam perkara yang mendatangkan dosa, maka ianya adalah dikeji. Umpamanya, seseorang melihat saudaranya yang lain mempunyai harta dan membelanjakannya pada jalan yang haram, lalu dia bercita-cita untuk melakukan perkara yang serupa jika berkemampuan, maka dengki (al-ghibthah) dalam perkara seperti ini adalah dikeji dari segi syara‘.

Jika sekiranya al-ghibthah itu dalam perkara yang diharuskan, maka ianya adalah harus.

Sehubungan dengan ini Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya, “Tidak (dibenarkan) hasad dengki melainkan pada dua perkara, (iaitu): Seorang yang dikurniakan oleh Allah harta yang banyak, lalu dia menaburkan harta itu pada perkara-perkara yang benar, dan seorang yang diberikan oleh Allah ilmu, lalu dia mengamalkan ilmu itu serta mengajarkannya (kepada orang lain).” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta‘ala menjelaskan bahawa maksud hadis di atas ialah, tiada dengki (al-ghibthah) yang terpuji melainkan dua perkara yang telah disebutkan di dalam hadis di atas dan perkara-perkara yang seumpama keduanya.

2. Menganiaya dan membiarkan saudara Islamnya dianiaya

Perbuatan menzalimi atau menganiaya orang lain hukumnya adalah haram, apalagi jika yang dianiaya itu saudara Islamnya sendiri. Ini jelas sebagaimana diperuntukkan di dalam hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam, sabda Baginda yang maksudnya, “Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim (yang lain). Tidak boleh menganiaya dan membiarkannya dianiaya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Menurut al-Imam Ibnu Hajr al-‘Asqalaani ketika beliau menjelaskan keterangan maksud hadis di atas, bahawa seorang muslim yang berlaku zalim atau membuat aniaya kepada seorang muslim yang lain hukumnya adalah haram. Dan tidak sepatutnya dia membiarkannya disakiti oleh orang lain atau membiarkannya dalam keadaan yang boleh menyakitinya. Bahkan hendaklah dia menolongnya dan mempertahankannya.

3. Tidak menegur sapa

Seorang muslim yang tidak mahu menegur sapa dan memutuskan hubungan dengan saudaranya muslim yang lain lebih daripada tiga hari hukumnya adalah haram tanpa ada alasan atau keuzuran yang dibenarkan syara‘. Ini jelas sebagaimana diperuntukkan di dalam hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam, yang diriwayatkan daripada Abu Ayyub Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Tidak halal bagi seorang muslim memutuskan saudaranya (tidak menegur sapa) lebih daripada tiga hari; bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang lagi membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam. “(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika sekiranya terdapat sesuatu alasan atau keuzuran yang dibenarkan syarak yang mendorongnya tidak menegur sapa, maka tidaklah menjadi apa-apa. Umpamanya, saudaranya itu telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syarak, maka harus dia tidak menegur sapa saudaranya itu sehinggalah dia bertaubat daripada perbuatannya itu. Hal ini adalah berdasarkan sebuah riwayat di mana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam tidak menegur sapa Ka‘ab bin Malik selama lima puluh malam disebabkan dia tidak ikut serta dalam peperangan Tabuk tanpa ada keuzuran, sehinggalah Allah menerima taubatnya barulah Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam menegurnya kembali.

Menurut al-Imam Ibnu Hajr Al-‘Asqalaani, bahawa dalam konteks menegur sapa untuk mengembalikan hubungan yang terputus, terdapat dua taraf kedudukan:

1) Taraf yang lebih tinggi (yang maksima): Iaitu menghindarkan daripada tidak bertegur sapa secara total dengan cara memberi salam, berbual-bual atau bercakap-cakap dan mengeratkan persahabatan melalui berbagai cara yang dapat dilakukan.

2) Taraf yang lebih rendah (yang minima): Iaitu menegur sapa dengan hanya memberi salam tanpa mengambil sebarang inisiatif yang lain untuk merapatkan kembali hubungan yang terputus.

Oleh itu, ancaman yang berat (berdosa) bagi sesiapa yang tidak berusaha untuk mengembalikan hubungan yang terputus dengan mengambil tindakan yang minima iaitu memberi salam.

Adapun orang yang tidak berusaha untuk mengembalikan hubungan yang terputus dengan mengambil tindakan yang maksima, jika pertelingkahan itu tidak membabitkan hubungan kaum kerabat (yang tidak mempunyai pertalian darah), maka tidaklah mendatangkan dosa.

Sebaliknya, jika pertelingkahan itu membabitkan hubungan kaum kerabat (yang mempunyai pertalian darah), maka yang demikian itu dikira sebagai memutuskan pertalian kekeluargaan.

Hukum memutuskan tali kekelurgaan itu adalah termasuk di antara perkara yang mendatangkan dosa besar.

Firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya, “Maka jika kamu berpaling (daripada perintah Allah) tidakkah nanti kamu akan melakukan kerosakan di bumi dan memutuskan silaturahim dengan kaum kerabat kamu? Mereka itulah orang yang dilaknat oleh Allah, dan ditulikan pendengaran mereka serta dibutakan penglihatan mereka.” (Surah Muhammad: 22-23)

4. Menghina atau mengejek

Yang dimaksudkan dengan penghinaan ialah memandang rendah atau menjatuhkan martabat seseorang, ataupun mendedahkan keaiban dan kekurangan seseorang dengan tujuan menjadikannya bahan ketawa.

Ini boleh berlaku dengan menceritakan perihal orang lain dengan tutur kata, perbuatan, isyarat ataupun dengan cara lain yang boleh membawa maksud dan tujuan yang sama.

Tujuannya ialah untuk merendahkan diri orang lain, menjadikannya bahan ketawa, menghina dan memperkecilkan kedudukannya di mata orang ramai.

Hukumnya adalah haram. Larangan menghina atau mengejek ini jelas dinyatakan di dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah satu kaum mengejek-ejek satu kaum yang lain, boleh jadi kaum yang diejek itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula (satu kaum) perempuan mengejek (satu kaum) perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.” (Surah al-Hujurat: 11)

Termasuk di antara perbuatan menghina yang diharamkan itu ialah memanggil dengan panggilan atau gelaran yang tidak baik, yang tidak sedap didengar oleh orang yang kena panggil, di mana panggilan itu membawa kepada suatu bentuk penghinaan dan cemuhan.

Firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya, “Dan janganlah kamu mencaci sesama kamu dan janganlah pula kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan fasiq sesudah seseorang itu beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka mereka itulah orang yang zalim.” (Surah Al-Hujurat : 11)

Oleh itu, tidak sepatutnya seorang muslim berbuat jahat kepada saudaranya yang lain dengan memanggil atau menggelar saudaranya itu dengan panggilan yang tidak sedap didengar dan memalukan. Perkara ini tidak syak lagi akan menyakitkan hati saudaranya dan membakar api permusuhan sesama Islam.

5. Membocorkan rahsia

Mendedahkan rahsia orang adalah di antara perkara-perkara yang dilarang, kerana perbuatan itu akan menyakiti hati orang lain dan tidak mengendahkan tentang kepentingan orang itu.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya, “Apabila seseorang telah memberitahu sesuatu perkara, lalu dia pergi, maka itu adalah suatu amanat (tidak boleh disebarkan).” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Oleh itu, membocorkan rahsia orang dikira tidak amanah. Ini adalah suatu pengkhianatan, dan mengkhianati orang lain adalah haram hukumnya, jika ianya boleh mendatangkan bahaya atau mudarat kepada orang itu. Kalau pun tidak mendatangkan bahaya atau mudarat, maka itu samalah seperti kita menghinanya.

6. Mengumpat

Mengumpat adalah di antara seburuk-buruk kejahatan. Yang dimaksudkan dengan mengumpat ialah menyebut seseorang dengan sesuatu yang tidak disukainya, sama ada pada badannya, agamanya, dunianya, bentuk kejadiannya, perangainya, hartanya, anaknya, orang tuanya, suami/isterinya, pembantu rumahtangganya, serbannya, pakaiannya, gaya berjalannya, gerakannya dan sebagainya yang bersangkut paut dengan dirinya.

Tidak kira sama ada menyebut-nyebut itu dengan percakapan, tulisan ataupun dengan isyarat melalui mata, tangan, kepala atau sebagainya.

Hukum mengumpat itu adalah haram menurut ijmak seluruh umat Islam. Dalilnya adalah jelas tersebut di dalam al-Qur’an, Sunnah dan ijma‘.

Firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya, “Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Pengasih.” (Surah al-Hujurat: 12)

Allah Subhanahu wa Ta’ala mengumpamakan orang yang mengumpat saudaranya sendiri seperti memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai.

Setiap manusia sudah tentu tidak mahu makan daging manusia. Apatah lagi daging saudaranya sendiri, dan daging itu pula sudah menjadi bangkai. Ini menunjukkan betapa buruk dan kejinya perbuatan mengumpat itu di sisi Allah Ta‘ala.

| BM

Friday, 17 February 2017

Menurut Al Quran, Inilah Makhluk Yang Menghuni Bumi Sebelum Adam Yang Pasti Ramai Tidak Tahu!!

Bumi tempat kita berpijak usianya sudah milion tahun. Sebelum akhirnya diduduki manusia pertama yakni Adam, bumi menurut ahli tafsir sudah dihuni oleh beberapa makhluk sebelum Adam. 

Berkenaan dengan penciptaan Adam, kebanyakkan ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi setelah memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan bermulalah sejarah manusia.


Menurut ahli tafsir pada saat bumi berumur lapan ribu tahun, keadaanya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama Tabirunnasar. 

Allah SWT berfirman kepada-Nya: Hai unggas tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan kumatikan.

Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur: pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja.

Oleh kerana begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati.

Setelah kematian tersebut, Allah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, iaitu tujuh puluh orang lelaki. Namun tidak semuanya diciptakan sekaligus, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka diciptakan yang lain. 

Masing-masing dari mereka berumur 70.000 tahun. Konon, setahun pada masa itu sama dengan seribu tahun pada masa sekarang. Apabila telah mati tujuh puluh lelaki itu, kemudian Allah ciptakan Jin.

Allah berfirman " Dia menciptakan jin dari nyala api." ( Q.S. 55 : 1 )

Sebagian dari jin-jin itu ada yang berkaki empat,berkaki dua, dan ada yang terbang. Kemudian Allah SWT mengutus salah seorang di antara mereka yang bernama Yusuf untuk memberikan pengajaran ilmu dan syariat agama. 

Namun, jin-jin itu banyak yang mendustakan ajaran-ajaran tersebut yang menyebabkan Allah SWT mematikan semuanya. Penghuni bumi berikutnya adalah suatu makhluk yang berpasangan. Rupanya seperti binatang. Keluar dari dalam neraka. 

Binatang itu pun beranak, dan anaknya dinamakan dengan AZAZIL. Setelah cukup besar, Azazil mulai melakukan peribadatan kepada Allah SWT seribu tahun lamanya. Setelah itu, Allah SWT mengangkatnya ke langit pertama.

Selama seribu tahun, di sini pun ia tekun beribadah. Allah SWT menganugerahkannya sayap yang terbuat dari manikan yang hijau. Dengan izin-Nya maka terbanglah ia ke langit kedua.

Seribu tahun lamanya pula ia beribadah. Demikianlah, pada tiap-tiap lapisan langit ia beribadah selama seribu tahun lamanya, hingga ke lapisan langit ketujuh.

Sementara itu, di bumi saat itu sudah ada penghuni lainnya, iaitu dari bangsa jin yang bernama JANNA. 70000 tahun lamanya hingga lahir anak cucunya. Kata ahli tafsir yang lain, lapan belas ribu tahun mendiami bumi yang kemudian menjadi sombong dan kufur. 

Allah SWT pun mematikan Janna. Sebagai gantinya adalah yang bernama BANUNAL JANNA. Ia mendiami bumi selama lapan belas ribu tahun lamanya. Ia juga dimatikan oleh Allah SWT.

Sementara itu, di atas langit sana, Azazil bersama para Malaikat masih khusyuk beribadah. Azazil menjadi penghulu para malaikat selama tujuh ribu tahun lamanya dalam beribadah. Hingga pada satu waktu, Azazil mengajukan suatu permohonan kepada Allah SWT, katanya :

Ya tuhanku,tujuh ribu tahun hamba-Mu ini berbuat kebaikan pada-Mu dalam tujuh lapis langit ini. Jikalau dianugerahkan oleh-Mu, hamba-Mu mohon hendak turun ke bawah ke langit keenam,berbuat kebaikan kepada-Mu.

Pergilah engkau! tegas Allah SWT.

Turunlah Azazil atau iblis itu bersama tujuh ratus Malaikat pengiringnya ke langit keenam. Setelah merasa cukup, ia pun memohon izin lagi kepada Allah SWT agar diturunkan ke langit kelima. Di langit kelima pun ia memohon diturunkan ke langit yang di bawahnya, dan demikian seterusnya hingga sampai mereka di langit dunia.

Di langit dunia, Azazil atau iblis mengajukan suatu permohonan pula: Ya Tuhanku, hambamu hendak memohon turun ke bumi dengan para malaikat. Bahawasanya hamba-Mu hendak beribadah kepadamu di bumi itu.

Ya Tuhanku, betapa Bananul Janna telah banyak berbuat kerosakan di muka bumi. Anugerahkanlah atas hamba-Mu ini bersama para malaikat berbuat kebaikan ke hadirat-Mu di muka bumi itu.

Allah SWT pun mengabulkan permohonan Azazil itu. Diturunkanlah ia bersama tujuh ratus Malaikat yang mengiringnya untuk beribadah di muka bumi, setelah sebelumnya Banunal Janna dimatikan kerana banyak berbuat kerosakan.

Setelah lapan ribu tahun lamanya beribadah, Iblis mencuba mengemukakan ungkapan hatinya bahwa di muka bumi inilah ia begitu serasi dan selesa, dan tidak ada tempat lain yang membuatnya demikian serasi.

Dan memohon agar selamanya ia berada di muka bumi untuk berbakti kepada Allah SWT. Sampai pada satu waktu, Allah SWT berkehendak menurunkan suatu keterangan kepada Azazil.

Firmannya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.(Q.S. 2: 30).

Mendengar firman tersebut, Iblis menjadi berduka, disebabkan dengkinya. Mereka (para Malaikat ) pun bertanya kepada Allah SWT mengenai siapa yang akan menjadi khalifah itu. 

Adam namanya, jawab Allah SWT. Mereka berkata, Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau.

Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang engkau tidak ketahui.(Q.S. 2 :30) 

| BM

Pengertian Khunsa Dan Penjelasan Golongan Istimewa Ini Dalam Islam.

Khunsa, berasal daripada perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, pengertiannya ialah orang yang mempunyai dua alat kelamin.

Golongan istimewa ini Allah ciptakan sebagai sebahagian bukti kekuasaan Allah. Mereka mempunyai ciri fizikal dan naluri istimewa sejak lahir.


Dari segi fiqh Islam, golongan khunsa terbahagi kepada dua iaitu khunsa musykil iaitu khunsa yang diragui dan khunsa ghair musykil atau khunsa yang tidak diragui.

Khunsa musykil adalah khunsa yang tidak langsung dapat dipastikan jantinanya kerana mereka dilahirkan tanpa sebarang alat kelamin dan hanya punyai alat untuk membuang air kecil.

Khunsa ghair musykil pula, dapat dipastikan keterampilan mereka sama ada menjurus kepada perempuan atau lelaki melalui tanda-tanda fizikal atau dipastikan jantina secara klinikal.

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin.

Dalam bahasa Inggeris, khunsa disebut sebagai hermaphrodite. Jumhur ulama menetapkan mereka bersolat Jumaat pada saf ketiga iaitu selepas saf kanak-kanak lelaki dan di hadapan perempuan.

Ini bukan diskriminasi tetapi peraturan dalam Islam. Samalah juga apabila Islam menetapkan saf perempuan paling belakang, ianya bukan bermakna Islam mendiskriminasikan perempuan.

Dalam solat, Imam yang paling hadapan bertanggungjawab dalam sah batalnya solat itu. Lelaki pula adalah golongan yang paling bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti.

Khunsa diletakkan di barisan ketiga, melambangkan tanggungjawab mereka yang ringan berbanding lelaki bukan khunsa.

Islam menerima golongan khunsa musykil (mempunyai dua jantina), bagaimanapun menolak golongan yang mengamalkan gay dan lesbian yang jelas sekali haram di sisi agama.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, golongan khunsa musykil tidak meminta dilahirkan begitu kerana ia merupakan kejadian ALLAH buat mereka.

Justeru, tidak ada halangan untuk mereka memilih jantina mana mereka lebih cenderung selepas tempoh masa tertentu atau boleh dibuktikan secara klinikal.

“Kita akan lihat yang mana lebih berfungsi, dan sekiranya mereka ingin membuang salah satu jantina tersebut, ia adalah dibolehkan untuk tujuan kemudahan.

“Apa pun, mereka hendaklah mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu,” katanya.

Katanya, perkara ini amat serius, di mana pembahagian harta pusaka juga diambil kira mengikut jantina mana yang lebih dominan.

Menurutnya dalam mengatasi perkara ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan jantina anak mereka yang mempunyai masalah sebegini.

“Ibu bapa harus memberi penekanan kepada anak mereka. Sekiranya mereka lebih cenderung kepada lelaki, maka lakukan mereka sebagai seorang lelaki. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Namun begitu, Islam melarang sama sekali bagi golongan yang sememangnya dilahirkan sebagai lelaki contohnya, mengubah kejadian tersebut dengan melakukan pembedahan atau berpakaian seperti perempuan di samping menjalinkan hubungan sejenis.

“ALLAH melarang kita mengubah kejadian-Nya seperti terdapat dalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 119 menyebut, mereka yang mengubah kejadian ALLAH samalah perbuatannya seperti syaitan. Malah bagi mereka yang melakukan hubungan sejenis, ia sama sekali menyalahi fitrah manusia juga makhluk ALLAH lain,” tambahnya.

BACA INI JUGA: 
Sumber: E-Fatwa, Berita Harian

Thursday, 16 February 2017

Wahai Manusia...Jangan Hendaknya Kamu Perdagangkan Doa Dalam Perniagaan, Kerana Ia Amalan Yang Dilarang Dalam Islam.

Doa untuk tujuan perniagaan tidak dibenarkan di dalam Islam, tegas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha.

Othman mengulas mengenai iklan ‘Doa Valet’ yang mengenakan harga tertentu untuk doa-doa yang akan dibacakan di Makkah.


Beliau mengingatkan umat Islam supaya tidak terpedaya dengan individu atau pertubuhan yang menawarkan pakej perkhidmatan sedemikian.

Menurutnya, doa adalah permohonan daripada seorang hamba yang meminta pertolongan dari Allah dan umat Islam boleh berdoa di mana sahaja asalkan menepati syarat agar ia dimakbulkan seperti yang dinyatakan para ulama.

“Sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian agama Islam

“Hak termakbulnya doa adalah milik Allah semata-semata, bukan terletak kepada manusia. Ia tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah.

“Justeru, tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular di lama sosial apabila satu laman Valet Doa menawarkan pakej berdoa di tanah suci bagi mereka yang mahukannya, dengan harga sehingga RM2,500.

Othman juga menyarankan umat Islam supaya memberikan maklumat kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri jika timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap isu seumpama itu.

Manakala Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyarankan agar Valet Doa dibatalkan perniagaannya.

Dr Zulkifli berkata Valet Doa sama sekali tidak menepati Islam yang sebenar dan tidak mengikut syariat kerana tiada dalam sejarah dan juga adab di kalangan salafussoleh iaitu ulama soleh terdahulu yang berbuat demikian.

“Penamaan pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan. Ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dan manipulasi doa,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, antara perkara yang menimbulkan keraguan termasuk jaminan 100 peratus pemakbulan doa.

“Berhubung ‘servis doa’, barang yang diniagakan dan diupahkan adalah kemakbulan doa sedangkan makbul atau tidaknya doa itu adalah hak Allah secara mutlak.

“Ianya bersifat tidak jelas kerana kemakbulan adalah mutlak bergantung kepada-Nya. Ia tetap tidak boleh dilakukan sekalipun ada jaminan wang dikembalikan,” katanya.

Menurut catatan di laman FB Valet_Doa itu, ia mempromosikan servis untuk hajat-hajat dibacakan terus di Masjidil Haram Makkah.

Pengendali yang memperkenal dirinya sebagai Nasrin Harin, 40, atau Haji Arin dan tinggal di Shah Alam, Selangor mendakwa, perniagaan ini adalah pertama di dunia, cepat dan menjimatkan kos.

Dia menawarkan tujuh pakej yang berharga antara RM500 hingga RM7000 tetapi kononnya memberikan tawaran istimewa bagi 333 individu terawal. - utaranews.com

Tuesday, 14 February 2017

Sebarkan Ini Supaya Ramai Wanita Bersyukur...8 Sumber Pahala Bagi Para Wanita Yang Bergelar Isteri.

Dalam kehidupan rumah tangga seorang isteri memiliki tanggung jawab untuk mengurus suami dengan sebaik mungkin. Selain itu dia juga dituntut agar selalu memberikan yang terbaik bagi suami dan keluarganya. 


Sehingga jika dia benar-benar menjalankan peranannya dengan baik, maka Allah SWT akan memberikannya pahala yang teramat besar. Disamping itu, terdapat 8 sumber pahala bagi para wanita yang bergelar isteri. 

Hal ini merupakan sebuah penghargaan yang diberikan Allah SWT bagi para muslimah yang telah menjalankan peranannya sebagai seorang isteri yang baik. Meskipun kita sedia maklum golongan paling ramai di neraka adalah wanita, namun sebenarnya wanita bergelar isteri lebih banyak sumber pahala yang membantu kaki mereka melangkah ke syurga.

Jadi apakah 8 sumber pahala tersebut ? Berikut ulasan selengkapnya.

1. Seorang isteri yang memberikan minum segelas air kepada suaminya adalah lebih baik dari berpuasa setahun

2. Setiap makanan yang disediakan seorang isteri bagi suaminya, maka jauh lebih baik daripada ia mengerjakan ibadah haji dan umrah

3. Apabila seorang isteri mandi junub disebabkan jima' oleh suaminya, maka jauh lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin

4. Jika seorang isteri hamil maka dia dicatatkan sebagai seorang yang syahid dan khidmatnya kepada suaminya dianggap sebagai jihad.

5. Seorang isteri yang menjaga dan memelihara anak-anaknya dengan baik, maka hal tersebut menjadi benteng neraka serta pandangan yang baik dan harmoni terhadap suaminya menjadi tasbih atau zikir baginya.

6. Disebutkan pula bahawa tidak akan putus ganjaran pahala dari Allah SWT bagi seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

7. Apabila seorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga

8. Apabila dia mengerjakan solat fardhu lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, maka dia berhak masuk syurga dari pintu mana saja yang dia suka.

Demikianlah 8 sumber pahala yang diberikan Allah SWT bagi para wanita yang bergelar isteri. 

Dimana hal ini merupakan nikmat yang paling luar biasa terutama bagi seorang isteri yang solehah. 

Selain itu sumber pahala ini merupakan penghargaan yang diberikan Allah SWT kepada para muslimah yang telah berperanan menjadi seorang isteri yang taat. Namun bukan hanya sekadar menjadi isteri yang baik, tetapi juga mereka yang mampu memelihara anak-anaknya dengan baik juga. 

Disamping itu hal ini merupakan peringatan dan renungan bagi kita semua agar mampu menyiapkan diri zahir dan batin untuk melayani dan mengurus suami dengan sempurna serta mendidik anak-anak dengan baik. 

Meskipun kadang kala isteri selalu di duga dengan perangai suami yang tidak taat pada agama, namun isteri yang baik, sabar, teguh dan tabah serta yang tetap melaksanakan kewajibannya sebagai seorang isteri adalah yang terbaik di mata Allah SWT. Semoga bermanfaat.

Monday, 13 February 2017

Janganlah Terburu-buru Untuk Beranjak Dari Tempat Duduk...Sebab Para Malaikat Mendoakan Kita Selepas Selesai Solat...Mohon Baca...

Tahukah Anda?

Bahawa ikan yang ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus AS itu ternyata masih lg hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. Hal ini sdh dijelaskan dalam Al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar, sudah tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan...maka banyakkan lah beristighfar.


Tahukah Anda?

Bahawa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia sudah dilihatkan perjalanan hidupnya bermula dr lahir sampai mati. Kerana itu, kadang2 ketika kita berkunjung ke sesuatu tempat yang baru, kita rasa seolah2 tempat tersebut sudah tidak asing lg bagi kita.

Tahukah Anda?

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati. Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu ianya berfungsi spt normal semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Tahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

Tahukah Anda?

Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah. Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar ianya berubah menjadi karbohidrat.

Tahukah Anda?

Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat? Nabi Muhammad SAW bersabda: 

"Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.

Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah lebih lama sikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa kita yang berguguran..

Tahukah Anda?

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia. Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tsbt. Kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutamanya setiap kali mahu masuk tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari seksa kubur.

Tahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan antara kita dgn syurga kecuali mati...

Tahukah Anda?

Bahawa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat, Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk..

Peringatan :- " Buatlah baik walau sekecil kecilnya. ''

ANDAI AJAL DALAM TIDUR...

Jangan jemu saling mengingatkan😊

Sunday, 12 February 2017

Inilah Cara HALAL Memuaskan Suami Ketika Isteri Datang Bulan.

Dalam syariat, Ada beberapa perkara yang dilarang ketika isteri sedang haid, salah satunya adalah tidak dibenarkan melakukan jima 'atau hubungan pasutri.


Kemudian, jika suami menginginkan isterinya untuk menyenangkannya di waktu sedang haid, apa yang perlu isteri lakukan? Menolak keinginan suami tentu bukan satu penyelesaian yang baik. Kerana pada dasarnya sang isteri memang harus berbakti pada suami.

Berikut ini adalah beberapa cara melayani keperluan suami ketika haid:

1. Bermesraan dan bercumbuIsteri boleh saja menyenangkan suami ketika haid, dan hal ini memang dibenarkan. seperti misalnya bermesraan dan bercumbu selain di daerah antara pusar hingga lutut isteri.Interaksi semacam ini hukumnya halal dengan kesepakatan para ulama '. Sayyidah A'isyah radhiyallahu 'anha menceritakan,كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا حضت يأمرني أن أتزر, ثم يباشرنيJika saya haid, Rasulullah telah memerintahkan untuk memakai sarung kemudian beliau bercumbu denganku (HR. Ahmad)

2. Boleh melakukan segala sesuatu dengan tubuh isteri kecuali berhubungan seksFirman Allah SWT:

ويسألونك عن المحيض قل هو أذى فاعتزلوا النساء في المحيض "Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Haid itu adalah suatu kotoran". Kerana itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita ketika haid .. "Mengenai ayat diatas, Ibnu Qudamah berkata, فتخصيصه موضع الدم بالاعتزال دليل على إباحته فيما عداه(Ketika Allah hanya memerintahkan untuk menjauhi tempat keluarnya darah, ini dalil bahawa selain itu, hukumnya boleh. (Al-Mughni, 1/24) Selain itu, ada juga hadis lain daripada Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, ketika para sahabat menanyakan tentang isteri mereka pada saat haid.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,اصنعوا كل شيء إلا النكاح"Lakukanlah segala sesuatu (dengan istri kalian) kecuali nikah." (HR. Muslim)Ketika menjelaskan hadis ini, Imam At-Thibi mengatakan,إن المراد بالنكاح الجماع"Makna kata 'nikah' dalam hadis ini adalah hubungan intim." (Aunul Ma'bud, 1/302)Hubungan intim disebut dengan nikah, kerana nikah merupakan sebab utama dihalalkannya hubungan intim.

3. Melakukan melancap dengan bantuan tangan isteriOrang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa. Barang siapa mencari yang di balik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (QS. Al-Mukminun: 5 - 7)Maksudnya, selama suami menggunakan tubuh isteri untuk mencapai klimaks syahwat, maka tidak dinilai tercela.

Semoga artikel ini bermanfaat.

[Kredit]

Sesiapa Gemar Tidur Lepas Subuh Sila Baca Ini, Tolong Jangan Abaikan..Mesti Baca!

Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca...dan siapa suka tidur lepas subuh then bangun nak solat dhuha pon tolong baca...sentap n muhasabah sesame...takde ruginya..in shaa Allah...Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.


Sedikit perkongsian. Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.

Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.

Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.

Diberi peluang, aku terus bertanya.

"Ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"

Dia menjawabkan,

"Tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".

Ohhh, "jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?

"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.

Aku bisik dalam hati "ada byk mazhab ke dia ni?".

Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.

"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku..."

"Maaf ustaz".

Aku cakap dekat dia,

"Dua dua mazhab lah ustaz".

Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.

Aku nak menangis.

"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!"

Aku senyap.

"Kenapa ustaz?"

Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur.

Umpama mcm kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata "dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu".

Aku tersentak.

Dia berkata lagi,

"Orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".

Allahuakbar.

Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh....

Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.

Dia kata lagi,

"Orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?"

Allahuakbar.

Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.

Dia kata lagi,

"Ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"

"Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.

Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?

"Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu.

Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir.

Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Sentap beb..rase macam potong bawang halus2...tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh,,lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh..ku baca surah al waqiah dan solat dhuha setiap hari..dan ku rasakan rezeki ku melimpah limpah smpai aku rasekan..ya allah!!!!!Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lepas subuh...

Tidur lepas subuh...fikir fikirkanlah.

Peringatan utk diri sdri juga..😔 😔 😔

[Kredit]