Seorang lelaki berusia 74 tahun sering berpakaian seperti wanita semata-mata mahu menggembirakan ibunya.
Pada setiap hujung minggu, Li Yinglai pergi ke Taman Tasik Hijau di sini dengan memakai skirt, kasut tinggi, mengenakan alat solek sebelum menari dengan riang.
Tindakan Li itu berjaya menarik perhatian orang ramai yang terhibur dengan persembahannya.
Bagaimanapun, Li memberitahu, dia membuat persembahan itu bukannya untuk menarik perhatian orang ramai sebaliknya dia mahu membuatkan ibunya gembira.
Menurut Li, ibunya berhasrat untuk mempunyai anak perempuan tetapi sebaliknya dia dikurniakan dua anak lelaki.
“Bagi memenuhi impian ibu, saya mendapat idea untuk memakai pakaian seperti wanita,” katanya.
Menurutnya, dia hanya memakai pakaian wanita pada hujung minggu sahaja.
Sepanjang hidupnya, Li tiada kerja tetap dan menghabiskan kebanyakan masa menjaga ibunya yang berusia 96 tahun.
Ketika ini Li menerima bantuan daripada badan kebajikan dan dia juga mencari barang lusuh untuk dijual sebagai sumber pendapatan.
Ibu Li memberitahu wartawan, “Selagi dia gembira dengan kehidupannya, saya tidak kisah.” - Agensi
EmoticonEmoticon