Thursday, 9 March 2017

Kepala Bejambul Punya Penternak!!! Kolam Ikan Kantoi Beri Makan Bangkai Babi.

Tags

Kolam ternakan ikan yang dipercayai diusahakan secara haram di atas tanah lombong di Kuala Dipang, di sini, diserbu beberapa jabatan kelmarin selepas menerima maklumat ikan dipelihara pengusaha kolam itu diberi makan bangkai babi.


Operasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dijalankan itu membabitkan beberapa jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Jabatan Mufti, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kampar, polis dan beberapa agensi lain.

Pemeriksaan dijalankan itu kini tular di media sosial termasuk gambar menunjukkan tulang haiwan dipercayai babi ditemui di tepi kolam berkenaan termasuk beberapa keping gambar operasi dijalankan itu.

Dalam mesej berkenaan, turut dinyatakan bangkai haiwan berkenaan didakwa diberikan sebagai makanan ikan ternakan kepada pengusahanya yang menternak tiga jenis ikan iaitu Patin, Rohu dan Talapia manakala ia dipasarkan di Perak serta Selayang, Selangor.

Difahamkan, pihak berkuasa juga sudah mengambil sampel tulang berkenaan untuk dianalisa kesahihannya sama ada benar tulang yang ditemui itu adalah benar tulang babi dan bangkai haiwan itu dijadikan makanan.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi mengesahkan operasi dijalankan itu dan memberitahu ketika serbuan pengusaha serta pekerja kolam ternakan itu tiada di lokasi.

Katanya, pihaknya yang turut serta dalam operasi itu hanya menjalankan pemeriksaan daripada aspek halal dan haram kerana ikan ternakan berkenaan didakwa diberi makan bangkai babi.

Menurutnya, hukum sama ada halal atau haram ikan diternak itu hanya ditentukan selepas hasil analisa diperoleh daripada sampel tulang berkenaan yang diambil jabatan bertanggungjawab.

Sementara itu, sumber PDT Kampar berkata, pengusaha berkenaan didapati mengusahakan kolam ternakan itu secara haram dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan siapa pemilik kolam berkenaan.

| BM

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon