Beberapa bakal pemilih berketurunan Cina mengadu dihalang mendaftar sebagai pengundi dan perlu membuktikan mereka layak di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Susulan bantahan pemilih lain, mereka yang berketurunan Cina perlu ditemuduga terlebih dahulu agar pendaftaran mereka tidak dibatalkan.
Elaine Lee, memuat gambar beberapa individu di pejabat SPR Shah Alam di Facebook, berkata teman lelakinya terpaksa hadiri setelah menerima bantahan.
Pejabat suruhanjaya itu di bangunan PKNS sesak dengan pemilih-pemilih Melayu dan Cina sewaktu pasangan itu tiba pada kira-kira 11.15 Isnin lalu.
“Tetapi orang Melayu berada di sana sebagai ‘pembantah’ kepada kes-kes yang difailkan terhadap etnik Cina,” katanya kepada Malay Mail Online ketika dihubungi.
Lee berkata teman lelakinya, 26 tahun, menerima surat dua minggu lalu, menyatakan ada individu membantah pendaftarannya sebagai pemilih di kerusi Taman Medan dan Petaling Jaya Selatan.
“Teman lelaki saya mendapat surat 2 minggu lepas yang menyatakan seseorang telah membantah kelayakannya sebagai pengundi. Dia perlu ke pejabat SPR di PKNS, Shah Alam bagi satu sesi pendengaran. Ketika tiba di pejabat itu, kami melihat pejabat itu dipenuhi dengan satu kaum.
Kami bercakap dengan mereka dan mendapat maklumat bahawa kehadiran mereka ke situ adalah sama seperti kami iaitu mereka didakwa sebagai pemilih yang diragui, pemilih yang disyaki dan sebagainya.”
Ketika berbual dengan seorang pakcik yang berada di situ kerana mewakili anaknya, mereka yang dibantah kelayakan pengundian ialah datangnya dari kawasan yang mana parti pembangkang berkemungkinan menang atau sememangnya diwakili oleh Ahli Parlimen dari parti pembangkang”, tulis Elaine di status Facebooknya.
Sehubungan dengan insiden tersebut, BERSIH 2.0 mengeluarkan kenyataan menyeru pengundi-pengundi baru yang akan didaftarkan pada suku pertama tahun ini (Januari-Mac 2017) yang bimbang dengan status mereka, untuk menyemak status pengundi di laman SPR (http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/) menjelang April 2017.
Hasil carian laman sepatut menunjukkan nama pendaftar sedang diproses. Sekiranya mereka menerima surat bantahan, mereka perlu menghadiri sesi pendengaran, jika tidak nama mereka tidak akan didaftarkan.
EmoticonEmoticon