Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Thursday, 9 March 2017

Stacy Dilayan Bak Permaisuri.

Penyanyi Ummu Shaikhah Stacy Anam atau Stacy tidak berasa kekok menguruskan anaknya, Eshaal yang dilahirkan pada 17 Februari lalu.


Menurut Stacy, 27, pengalaman membesarkan anak angkatnya, Bella sejak lahir dijadikan rujukan untuk diamalkan dalam rutin hariannya sebagai ibu.

“Saya bersyukur ada pengalaman membesarkan Bella. Jadi apabila dapat Eshaal, saya tak perlu risau. Sejak hari pertama sampai sekarang, semuanya saya lakukan sendiri. Hanya sesekali sahaja mak bantu.

“Buat masa sekarang tak ada lagi masalah besar yang timbul. Segalanya okey saja. Malah saya berasa seronok dapat menguruskan anak sendiri. Bagi saya inilah detik paling indah bagi seorang ibu,” katanya.

Stacy yang popular menerusi lagu Not For Sale berasakan dirinya seperti permaisuri apabila mendapat layanan istimewa daripada orang sekeliling. - HMetro

| BM

Thursday, 2 March 2017

Biodata Penuh Jep Sepahtu, Yang Ramai Tidak Tahu.

Biodata Jep Sepahtu:

  • Nama Penuh: Mohd Nadzri bin Zainal Abidin
  • Nama Popular: Jep Sepahtu Asal: Kulai, Johor
  • Tarikh Lahir: 9 April 1985
  • Umur: 32tahun (2017)
  • Keluarga: Anak keempat dari tujuh adik-beradik
  • Keturunan: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Kerjaya: Pelakon, penyampai radio, pengacara dan pelawak
  • Karektor: Seorang yang peramah dan suka menyakat, sentiasa menghiburkan para peminatnya dengan lawak jenakanya.
  • Pencapaian: Juara Raja Lawak 3 (bersama Shuib dan Mamat), Juara Artis Lawak Lelaki Paling Popular di Anugerah Lawak Warna, Maharaja Lawak (2011) dan juara Maharaja Lawak Mega (2013)
  • Filem: Sofazr The Movie - Jiwa Kacau (2012), Sepah The Movie (2012), Oh Mak Kau(2013)
  • Telefilem: Burger Layan Diri, Ibu Mee Segera, Bomoh Temberang, Dodol Si Bujang Sepah, Lemang Si Bujang Sepah, Biar Betul Bendul, Sebelum Raya, Bas King Raya, Dari Kedah ke Kuala Lumpur, Bapak-Bapak Aidilfitri, Lemang Si Bujang Sepah, Siapa Dapat Lisa, Maharaja Lawak Raya, Warna Raya 2012, Warna Raya 2013, Bujang Sepahtu Kepok Bonda, Ayah Den Lopeh, Sepahtu Kisah Tauladan, Sepahtu Mercun Raya, Sepahtu Cinta Plastik
  • Status: Berkahwin Dengan Sari Yanti
Gambar menarik:



| BM

Wednesday, 1 March 2017

Seniman Legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia Petang Tadi.

Seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81 tahun, meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya, petang tadi. 


Anak kedua Jins, Putera Hang Jebat, mengesahkan bapanya meninggal dunia setibanya di klinik, kira-kira jam 5.45 petang. "Ayah minum petang dan ketika hendak makan cekodok, ayah tercekik. Melihat keadaan ayah, Mak segera membawa ayah ke klinik berdekatan. 

"Bagaimanapun, ayah disahkan meninggal dunia setibanya di klinik,," katanya kepada BH Online. Hang Jebat berkata, dia dan adiknya, Hang Nadim masih terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Allahyarham. 

Biodata Tan Sri Jins Shamsuddin:

* Dilahirkan di Taiping, Perak pada 5 November 1935 
* Berlakon lebih 40 filem antaranya Sarjan Hassan, Gerak Kilat, Si Tanggang, Bukan Salah Ibu Mengandung dan Sumpah Wanita. 
* Filem arahannya, Menanti Hari Esok, Bukit Kepong, Ali Setan, Esok Masih Ada dan Balada. 

* Melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama. 

* Dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selama dua penggal bermula 13 Oktober 2004 hingga 11 Februari 2011 

* Perkahwinannya yang pertama bersama seniwati Allahyarham Rahmah Rahmat di Singapura pada 6 Februari 1961 dikurniakan dengan seorang putera bernama Jefri yang kini menetap di Singapura. namun mereka bercerai pada 1963. 

* Sedekad selepas itu, Jins berkahwin kali kedua dengan Puan Sri Halijah Abdullah, beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim 

* Pada 2011, Jins disahkan menghidap penyakit Alzheimer yang menyebabkan beliau hilang ingatan dan tidak boleh bercakap. Anugerah dan pencapaian *Anugerah Seniman Negara pada tahun 2009. 

ANTARA babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin dalam filem Bukit Kepong.

Selanjutnya di www.bharian.com.my/node/254719 ANTARA babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin dalam filem Bukit Kepong.

* Anugerah Seniman Veteran bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-18 pada tahun 2004 di Arena of Stars, Genting Highlands. 

* Pesta Filem Asia ke-26 di Bali, Indonesia (1980): filem "Esok Masih Ada" lakonan dan arahannya telah memenangi Anugerah Mitra bagi Tema Terbaik yang menganjurkan perpaduan kaum. 

* Tujuh anugerah dalam Pesta Filem Malaysia Ketiga untuk filem peperangan, "Bukit Kepong" (1981), sebuah filem tulisan, lakonan dan arahannya; 

* "Silver Crane Award" dalam Pesta Filem Asia Pasifik (1987); 

* Jemaah juri sebanyak lima kali bagi siri "Pesta Filem Asia Pasifik";

* Penghormatan dan kepercayaan untuk mengarah teater bernilai RM2 juta untuk filem yang berjudul "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" di Istana Budaya, bersempena sambutan kemerdekaan 2002. Pementasan teater tersebut berlangsung selama lima jam selama lebih dari dua minggu; 

* Pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Paduka Seri Sultan Perak (1990); 

* Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong (1990); * 

* Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia (1999). 

* Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran Tan Sri (2007)

Filem arahan Jins Shamsuddin Pada 1969, filem pertama arahannya "Bukan Salah Ibu Mengandong" telah menjulang namanya sebagai penulis lakonlayar, pelakon dan pengarah, malah telah mengangkat kewibawaan Studio Merdeka.

Melangkah ke akhir '70-an hingga awal '90-an 1970: Di Belakang Tabir 1977: Menanti Hari Esok 1979: Esok Masih Ada 1979: Tiada Esok Bagimu 1981: Bukit Kepong 1982: Esok Untuk Siapa (Pendigitalan semula) 1985: Ali Setan 1993: Balada

| BM

Friday, 17 February 2017

PELAWAK Terkenal, Shuib Sepahtu Dimasukkan Ke ICU.

PELAWAK terkenal, Shuib Sepahtu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital semalam akibat tekanan darah rendah.


Menurut isterinya Siti Sarah Raisuddin, 33, ketika ini doktor masih belum dapat memastikan punca sebenar suaminya itu hampir pengsan semalam memandangkan keputusan ujian darah masih belum keluar.

“Sebenarnya dia sudah tidak sihat hampir dua minggu, ketika ini juga suaranya hilang. Mungkin dia terlalu penat sehingga menyebabkan dia tidak bermaya.

“Buat masa sekarang doktor meminta dia berehat dahulu, bagaimanapun keadaannya stabil,” katanya.

Sementara itu, mengenai perancangan mereka yang bakal “bersanding” pada 26 Februari ini, Sarah berkata, semuanya terpulang pada keadaan suaminya dahulu.

“Saya tidak terfikir perkara itu lagi. Sebabnya memang Shuib yang mahukan persandingan kami ini berlangsung.

“Bagaimanapun, melihat keadaan dia sekarang saya tidak boleh kata apa. Apa-apa juga semuanya kena utamakan kesihatannya dahulu,” jelas Siti Sarah lagi. | BM

Tuesday, 20 September 2016

Anuar Zain Kini Ada Akaun Sosial Instagram, Selepas Sekian Lama Menyepi....

SEPERTI yang diketahui ramai, penyanyi terkenal Anuar Zain merupakan antara selebriti yang tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial kerana mahu menjaga privasi hidupannya.

Anuar, 46, sbagaimanapun, akur dengan peredaran teknologi sosial dan akhirnya membuat keputusan membuka akaun Instagram.


Menurut pelantun lagu Sedetik Lebih ini, Instagram ini adalah satu caranya untuk berkongsi cara pembikinan lagu dengan peminat-peminatnya.

“Saya sudah ada laman sosial iaitu @Anuarzainnetwork yang baharu sahaja saya buka sejak 7 September lalu dan tidak sangka dapat banyak respons dan komen positif peminat.

“Saya banyak berkongsi tentang proses rakaman lagu yang mana ramai rupa-rupanya peminat saya ingin tahu dan bertanya,” kata Anuar kepada mStar Online.


Sejak dibuka 10 hari lalu, akaun Anuar kini mempunyai 11 keping gambar dan mendapat 1,628 pengikut.

Dalam perkembangan lain, Anuar baharu sahaja melancarkan album berjudul Anuar Zain.
 
Sumber: Mynewshub

Monday, 19 September 2016

Inilah Senarai 10 Pramugari AirAsia Malaysia Paling Cantik

Sebuah laman web, telah TallyPress menyenaraikan 10 Pramugari AirAsia (Malaysia) yang paling Top atas undian orang ramai.

Semuanya memang cantik-cantik belaka. Anda pasti jatuh cinta..

1. Winky Loke


Winky bukan sahaja nampak gojes apabila mengenakan uniform AirAsia, dia juga nampak cantik apabila berpakaian kasual. Kami percaya dia mampu mencairkan hati ramai lelaki. Winky gemar berkongsi saat-saat menarik dan gambarnya dalam perjalanan kerjanya.

Follow laman sosial Queenie:

Instagram: Winkyqii_0710 | Facebook: WinkyloveWinky | Pollbook: Winky Loke

2. Rebecca Ray


Ramai yang memberitahu hati mereka berhenti berdegup tatkala membaca dan melihat gambar Rebecca. Tidak dinafikan Rebecca seorang wanita yang cantik dan juga fotogenik. Gadis yang berasal dari Melaka ini bukan sahaja cantik tetapi peramah orangnya. Jangan ditenung lama-lama matanya, nanti jatuh cinta pula.

Follow laman sosial Queenie:

Instagram: ray8881 | Facebook: rebecca.r.new | Pollbook: Rebecca Ray Full

3. Queenie Loke


Queenie antara salah seorang pramugari yang tampak seksi pabila mengenakan uniform AirAsia. Bukan saja menarik di mata, malah gadis ini sangat ringkas orangnya dan juga nampak menarik apabila berpakaian kasual.

Follow laman sosial Queenie:

Instagram: queenieloke | Facebook: queenie.loke | Pollbook: Queenie Loke

4. Gin Fen Toh


Gadis hot ini berasal dari Alor Setar yang kini menetap di Kuala Lumpur.

Follow laman sosial Queenie:

Instagram: ginfen | Facebook: ginfen.toh | Pollbook: Gin Fen Toh

5. Eulise Lai


Setuju tak kalau dikatakan Eulise nampak elegan dan fabulous? Dia sememangnya cantik dan pasti ramai penumpang yang tidak akan mengelip mata apabila memandang wajahnya. Nak mengetahui tentang Eulise lebih lanjut? Follow blog beliau di eulisestory.blogspot.com

Follow laman sosial Queenie:

Instagram: euliselai | Facebook: eulise19 | Pollbook: Eulise Lai

6. Guinevere Yap


Wanita yang berasal dari Pulau Pinang ini nampak comel dan padan dengan karekter bintang Scorpio. Matanya yang nampak kuyu itu mampu membuatkan lelaki menurut apa saja kemahuannya. Haha..

Follow laman sosial Queenie:

Instagram: gwen1112 | Facebook: Guinevere.yap | Pollbook: Guinevere Yap

7. Fish Pang


Krew AirAsia X, bukan saja nampak sweet, tetapi menawan. Wajahnya ada sedikit seiras Lisa Surihani. 

Follow laman sosial Queenie:

Instagram: fishpang | Facebook: pangyenyee | Pollbook: Fish Pang

8. Stephanie Foong


Keluarganya berasal dari Hong Kong, tetapi Stephanie dilahirkan di Malaysia. Beliau mempunyai bakat dalam bidang fotografi. Blog beliau, peacedasteph.blogspot.com.

Follow laman sosial Queenie:

Instagram: stephaniefoongg | Facebook: peacedasteph | Pollbook: Stephanie Foong 

9. Joey Ng


Bukan saja fotogenik, malah nampak cantik dan sweet. Mata besarnya yang menawan itu telah berjaya mencairkan hati ramai lelaki di Pollbookers. 

Follow laman sosial Queenie:

Instagram: jojonjy | Facebook: joey.njy | Pollbook: Joey Ng

10. Mariati Binti Mohd Fikri Gurdip


Gadis berdarah kacukan melayu dan punjabi ini memang hot. Mungkin anda sudah pernah melihatnya sebelum ini terutamanya dalam annual report AirAsia. 

Follow laman sosial Queenie:

Instagram: mayafikri | Facebook: maya.fikri.7

Sumber: Trendmalaya.com/Ttallypress.com | BM

Sunday, 18 September 2016

Fafau Meluahkan Rasa Sedih Di Media Sosial Miliknya.

Kalau ikut perancangan, pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana sepatutnya telahpun melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Mohamed Hafiz Badiuzzaman di Damansara Perdana, Petaling Jaya.


Apakan daya, seperti diketahui ramai, pernikahan Fara Fauzana dan Mohamed Hafiz dibatalkan atas alasan peribadi. 

Fara telahpun berkongsi luahan hati di laman Instagram dengan memuat naik gambar sijil kursus ibadat haji.

Fara juga melampirkan catatan yang ada kaitan dengan rancangan menunaikan ibadat haji selain secara simbolik merujuk kepada kemelut yang dihadapinya. 

Ini komen Fafau:

Ikut tarikh ikut hati ikut sijil dah tiba masanya tapi setiap apa yg kita rancang hanya Allah yang tahu apa yg terbaik untuk kita.

Doakan agar Allah izinkan FF utk menjadi tetamu ditahun hadapan agar melengkapi rukun Islam kita.

Nota: ramai yg berkata ramai yg bertanya tp siapa la saya untuk menahan semua cuma mohon jgn salahkan sesiapa kerana percaya setiap kata itu juga adalah doa yg terbaik bukan sahaja untuk saya tapi semua. 

FF ucapkan terima kasih semua for making me a stronger person today. may Allah guide us all. love

Selamat bertabah ye Fafau.


Sumber: beritamemey