Kalau ikut perancangan, pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana sepatutnya telahpun melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Mohamed Hafiz Badiuzzaman di Damansara Perdana, Petaling Jaya.
Apakan daya, seperti diketahui ramai, pernikahan Fara Fauzana dan Mohamed Hafiz dibatalkan atas alasan peribadi.
Fara telahpun berkongsi luahan hati di laman Instagram dengan memuat naik gambar sijil kursus ibadat haji.
Fara juga melampirkan catatan yang ada kaitan dengan rancangan menunaikan ibadat haji selain secara simbolik merujuk kepada kemelut yang dihadapinya.
Ini komen Fafau:
Ikut tarikh ikut hati ikut sijil dah tiba masanya tapi setiap apa yg kita rancang hanya Allah yang tahu apa yg terbaik untuk kita.
Doakan agar Allah izinkan FF utk menjadi tetamu ditahun hadapan agar melengkapi rukun Islam kita.
Nota: ramai yg berkata ramai yg bertanya tp siapa la saya untuk menahan semua cuma mohon jgn salahkan sesiapa kerana percaya setiap kata itu juga adalah doa yg terbaik bukan sahaja untuk saya tapi semua.
FF ucapkan terima kasih semua for making me a stronger person today. may Allah guide us all. love
Selamat bertabah ye Fafau.
Sumber: beritamemey
EmoticonEmoticon