SEPERTI yang diketahui ramai, penyanyi terkenal Anuar Zain merupakan antara selebriti yang tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial kerana mahu menjaga privasi hidupannya.
Anuar, 46, sbagaimanapun, akur dengan peredaran teknologi sosial dan akhirnya membuat keputusan membuka akaun Instagram.
Menurut pelantun lagu Sedetik Lebih ini, Instagram ini adalah satu caranya untuk berkongsi cara pembikinan lagu dengan peminat-peminatnya.
“Saya sudah ada laman sosial iaitu @Anuarzainnetwork yang baharu sahaja saya buka sejak 7 September lalu dan tidak sangka dapat banyak respons dan komen positif peminat.
“Saya banyak berkongsi tentang proses rakaman lagu yang mana ramai rupa-rupanya peminat saya ingin tahu dan bertanya,” kata Anuar kepada mStar Online.
Sejak dibuka 10 hari lalu, akaun Anuar kini mempunyai 11 keping gambar dan mendapat 1,628 pengikut.
Dalam perkembangan lain, Anuar baharu sahaja melancarkan album berjudul Anuar Zain.

Sumber: Mynewshub
EmoticonEmoticon