Saturday, 4 March 2017

Pencuri Ini Terpaksa Kembalikan Batu Berusia 2000 Tahun.

Tags

Terus-menerus dirundung sial, pencuri ini membuat kesimpulan bahawa punca kesialannya adalah dua batu kuno yang telah dicurinya. Dia pun risau dan memutuskan untuk mengembalikan barang curi itu.

Dua buah batu berusia 2000 tahun dan sepucuk surat daripada seorang pencuri yang telah mencuri batu-batu itu.

Skynews melaporkan, dua buah batu berumur 2000 tahun bersama dengan sepucuk "surat pengakuan" dimasukkan ke sebuah beg di depan Muzium Islam dan Kebudayaan Timur yang terletak di bandar Beersheba, Israel.

"Ini adalah dua buah batu busur Roma yang berasal dari Gamla, dari kawasan penempatan penduduk. Saya mencuri Julai 1995 lalu. Batu ini hanya membawa nasib malang kepada saya. Jangan mencuri artifak kuno," bunyi surat pengakuan" tersebut.

Pencuri itu tidak pernah menjelaskan kesialan apa yang telah menimpanya selama 22 tahun.

Pihak berkuasa Artifak Israel (IAA) menyatakan hampir 2000 buah batu berjenis sama boleh didapati di Gamla yang terletak di pergunungan Golan. Batu itu dipakai bangsa Romawi untuk menangkis usaha bangsa Yahudi menguasai kota mereka.

Ramai sejarawan mengatakan, ini bukan pertama kalinya artifak kuno dikembalikan. Sebelumnya seorang warga Tel Aviv mengembalikan sebuah keranda kuno setelah merasakan "keanehan" sejak dia meletakkan keranda itu di bilik tidurnya.

| BM

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon