Showing posts with label asia. Show all posts
Showing posts with label asia. Show all posts

Thursday, 9 March 2017

'Pesakit Kanser Dicerai Suami' - Ini Pengajaran Yang Boleh Kita Pelajari.

Pasangan suami isteri diciptakan untuk saling lengkap dan melengkapi, saling bantu membantu dan paling penting, saling sayang menyayangi.


Ironi dengan sambutan Hari Wanita Seduni hari ini, jiwa ini terkesan dengan kisah seorang wanita yang ditinggalkan oleh suaminya hanya kerana tidak mahu bersama-sama mengharungi derita bersama wanita ini.

Kisah wanita Thailand yang dikenali sebagai Wiramon Inthaneth ini telah menjadi bualan hangat netizen dari seluruh dunia ini yang rata-ratanya memanggil bekas suami wanita ini sebagai lelaki yang kejam, dayus dan tidak berani untuk bertanggungjawab.

Bahtera rumah tangga yang dibina bertahun-tahun lamanya ditinggal dan dibiarkan begitu sahaja saat wanita ini disahkan menghidap kanser payudara tahap empat oleh pihak hospital pada enam bulan yang lalu.

Kekejaman bekas suaminya itu tidak berakhir begitu sahaja. Dia turut meninggalkan anak kandungnya bersama-sama wanita yang sedang tenat ini untuk membina kehidupan baru yang ‘lebih baik’ di luar sana.

Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang perlu ditanggung oleh wanita yang boleh diibaratkan seperti kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga.

Sudahlah payudaraya dimakan sel-sel kanser, kini dirinya pula ditinggalkan oleh suami yang sepatutnya bersama-sama mengharungi saat-saat getir ini dan bukannya angkat kaki dan berlalu pergi.
“Hendaklah orang yang mampu, memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, hendaklah ia menafkahkan apa yang diberikan Allah kepadanya; Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar yang diberikan Allah kepadanya. Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” – Surah At Talaq, ayat 7.
Antara peranan yang sepatutnya dimainkan oleh suami semasa isteri sedang sakit:
  1. Jangan panik 
  2. Jaga makan minum isteri dan pola makannya 
  3. Bersihkan rumah
  4. Cucikan pakaiannya
  5. Tidur bersamanya
  6. Hiburkan dirinya
  7. Minta isteri anda untuk lebih banyak berehat
  8. Pantau ubat-ubatanya 
  9. Berdoa bersama
  10. Jangan segan untuk meminta pertolongan

Sedikit info mengenai kanser

Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

Antara kanser-kanser utama:

• Kanser Payudara 
• Kanser Ovari 
• Kanser Rahim 
• Kanser Paru-paru 
• Kanser Kolon 
• Kanser Perut 
• Kanser Pankreas 
• Kanser Prostat 
• Kanser Testis

Kanser adalah pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia selepas serangan jantung dan kemalangan, malah bilangan penghidap penyakit itu juga meningkat setiap tahun.

Perunding Klinikal Onkologi, Institut Kanser Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Mastura Md Yusof, berkata secara amnya, ada pelbagai jenis kanser yang boleh membawa maut, tetapi paling lazim dalam kalangan wanita adalah kanser payudara dan serviks. Katanya, bagi lelaki pula adalah kanser paru-paru dan usus.

2 Anak Perempuan Taib Mahmud Antara Wanita Terkaya Di Malaysia. Kamurang Pasti TERKEJUT BESAR Bila Mengetahui Jumlah Kekayaan Mereka Ni!!!

Akhbar mingguan perniagaan, Focus Malaysia menyenaraikan dua anak perempuan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dalam kumpulan 25 wanita paling kaya di Malaysia bagi tahun 2017 ini.


Kedua-dua anak kepada bekas Ketua Menteri Sarawak dari tahun 1981 sehingga 2014 sekaligus paling lama menerajui negeri itu ialah Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree dan Jamilah Hamidah Taib.

Masing-masing berada di tangga ke-9 dan ke-11 dengan jumlah keseluruhan kekayaan mereka dilapor mencecah RM595 juta.


Hanifah, 45, memiliki pegangan saham sebanyak 6.76 peratus. Manakala Jamilah, 57, menguasai 6.27 peratus saham dalam Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), lapor akhbar Edisi 221, 25 Februari-3 Mac itu lagi.

Mereka antara empat wanita beragama Islam yang termasuk dalam senarai berkenaan menurut sumber Bursa Malaysia dan Bloomberg.

Gabungan kekayaan kesemua 25 wanita terkaya itu meningkat sebanyak RM200 juta atau dua peratus daripada RM9.5 bilion pada 2015 kepada RM9.7 bilion tahun ini.

Saya Bukan Pemandu Bodoh, Sebab Itu Saya Buat U-Turn - Tun Mahathir.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan analogi pemanduan di jalan raya berhubung tindakan ‘pusingan U’ beliau kini yang menyebelahi pakatan pembangkang.


Menerusi catatan terbaharu di blognya, chedet.cc., Mahathir menulis, “Yes, I did a U-turn. Only a stupid driver would drive straight on when seeing the road ahead has been blown up and is no longer passable.

To support Najib who has been accused of stealing billions of Ringgit, and a dumb corrupt UMNO would make me a traitor to my country. Hence the U-turn.”

“Ya, saya membuat pusingan U. Hanya pemandu yang tidak cerdik terus memandu ke depan tanpa membuat apa-apa tindakan apabila melihat ada sesuatu yang buruk terjadi di tengah perjalanan.

“Untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak akan menjadikan saya pengkhianat kepada negara. Oleh itu, saya buat pusingan U”.

Gadis Cantik Ini Nyaris Buta Gara-Gara Puntung Rokok...Perokok Patut Insaf Lepas Baca Berita Ni!

Seorang wanita Indonesia hampir buta sebelah mata apabila terkena puntung rokok yang dibuang merata-rata oleh penunggang motosikal yang tidak dikenali.


Dalam kejadian Selasa lalu di daerah Yogyakarta, Wilayah Jawa Barat, mangsa yang dikenali sebagai Noor Lutfia atau Fia tidak menyangka kejadian ngeri itu berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kulon Progo.

Menceritakan semula kejadian, dia yang baru sahaja tamat kelas petang pada mulanya membonceng seperti biasa sehinggalah bertemu dengan seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil menghisap rokok.

Tanpa sebarang amaran, lelaki itu membuang puntung rokok yang dihisap itu dan kemudiannya tanpa sengaja telah terkena pada bahagian mata mangsa.

Perkara itu membuatkan Fia terus berhenti dan cuba mengosok-gosokkan matanya namun tindakan tersebut menyebabkan matanya menjadi semakin pedih.

Gadis terbabit lantas menghubungi keluarganya dan kemudian dia terus dikejarkan ke sebuah hospital akibat keadaan matanya yang semakin 'merah'.

Menurut laporan Tribunnews, pihak hospital mengatakan Fia bernasib baik kerana api puntung rokok itu tidak tepat mengenai anak matanya dan hanya terkena pada bahagian kulit luar sahaja.

"Saya tidak dapat bayangkan sekiranya bagaimana jika putung rokok itu tepat mengenai matanya, kerana ia boleh menyebabkan buta," kata seorang jurucakap hospital.

Keluarganya begitu bersyukur disebabkan kejadian yang menimpa Fia itu tidak mengakibatkan kecederaan yang terlalu teruk.

"Alhamdulillah, syukur adik saya tidak mengalami kecederaan yang serius. Mungkin Tuhan ingin membantunya kerana dia baru habis kelas petang," kata abang mangsa, Chandra Candrua.

Kisah gadis ini telah mendapat pelbagai reaksi dan menjadi perbincangan ramai netizen khususnya di media Indonesia.

Sesetengah dari mereka juga pernah mengalami hal yang sama dan tidak menafikan ramai pengguna motosikal yang menghisap rokok tanpa mementingkan keselamatan orang lain. - MYNEWSHUB.CC

Timbalan PM Singapura Komen Isu Persekutuan Malaysia vs Korea Utara... Anda Pasti Setuju Dengan Beliau!

Perbezaan pendapat di antara Malaysia dan Korea Utara perlu dibincangkan dan diselesaikan tanpa mengambil langkah-langkah ekstrem, kata Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean.


Beliau mengulas perbalahan di antara Kuala Lumpur dan Pyongyang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, tiga minggu lepas, lapor Channel NewsAsia hari ini.

"Kami memantau rapat perkembangan di sana dengan amat teliti, bukan sahaja di antara Korea Utara dan Malaysia tetapi juga Korea Utara yang begitu aktif melancarkan peluru berpandunya beberapa hari lepas," kata Teo kepada media Singapura itu di Jakarta.

"Saya berpendapat kita perlu menggalakkan Korea Utara supaya bersikap lebih sederhana dalam tindakan yang diambilnya untuk cuba memelihara keamanan dan kestabilan serta keselamatan di rantau kita," kata Teo, yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional Singapura.

Teo berada di ibu negara Indonesia itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Persatuan Negara-Negara Pesisir Lautan Hindi (IORA) yang berakhir semalam, lapor Channel NewsAsia.

Hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Korea Utara mula terjalin pada 30 Jun 1973 dan terpelihara dengan baik selama lebih empat dekad sebelum berlakunya pembunuhan Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya itu.

Malaysia membuka kedutaannya di Pyongyang pada 28 Februari 2004 dan merupakan negara pertama yang rakyatnya dibenarkan melawat Korea Utara tanpa visa. - Bernama

Wednesday, 8 March 2017

'Selamat Tinggal Astro, Korang Dah Boleh Cabut Wayar Astro Sekarang'... PERCUMA Pulak Tu!!!

Sebanyak 270,000 set dekoder percuma di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional telah diedarkan di Kelantan, Terengganu dan Kedah setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.


Beliau berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada dua juta set dekoder percuma yang diperuntukkan untuk isi rumah terpilih khusus bagi golongan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negara.

"Maknanya proses migrasi (peralihan) kepada siaran televisyen (TV) digital ini bergerak sepertimana direncanakan untuk beroperasi sepenuhnya pada Jun 2018.

"Migrasi ini membolehkan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah menikmati siaran TV digital. Setakat ini ada 10 pemain industri terlibat antaranya Bernama News Channel, Media Prima, TV Al-Hijrah dan Radio Televisyen Malaysia (RTM)," katanya.

Jailani berkata demikian selepas merasmikan Simposium Penyiaran Digital Persatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) 2017, di sini hari ini yang melibatkan 850 peserta dari dalam dan luar negara.

Sebanyak 63 pempamer menyertai simposium selama empat hari yang bermula semalam, paling banyak sejak diperkenalkan 13 tahun lepas dengan tema 'Digitise, Digitalise and Dominate'.

Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional menggunakan sistem Televisyen Terestrial Digital (DTT) di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu diselia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Projek inisiatif pembiayaan swasta (PFI) itu dilaksanakan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.

Mengulas lanjut, Jailani berkata pelbagai program telah dirangka bagi memastikan hasrat untuk beralih daripada analog kepada digital direalisasikan sepenuhnya tahun depan.

"MYTV telah diamanahkan supaya memastikan peralihan ini dapat dilaksanakan pada 2018. Menerusi fasa pertama, sebanyak 14 menara pemancar telah dibina. MYTV kini dalam fasa kedua iaitu membina 46 menara baharu di beberapa negeri terlibat iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang," katanya.

Mengenai simposium itu, Jailani berkata ia menjadi platform kepada peserta daripada industri berkenaan untuk berkongi pandangan dan maklumat berkaitan. - BERNAMA

Dato Vida Mengaku Bersalah...Terkejutnya Bila Tengok Jumlah DENDA Dijatuhkan Hakim!! Mampus Dia Nak Bayar Denda Tu!!!

Pengasas syarikat kosmetik Datuk Seri Hasmiza Osman, 46, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida diarah membayar denda RM500 selepas mengaku bersalah di mahkamah di sini kerana gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Pengarah Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd itu didakwa gagal mengemukakan Borang B bagi tahun taksiran 2011 walaupun notis akhir di bawah Seksyen 78 (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah diserahkan kepadanya.

Hakim Siti Hanum Mohamad Sah juga menetapkan penjara dua hari sekiranya Datuk Seri Vida gagal membayar denda tersebut.

Datuk Seri Vida kemudian membayar denda tersebut dan berjanji akan mengemukakan Borang B taksiran tahun 2011 dalam tempoh sebulan dari tarikh jatuh hukum.

Sumber: Awani