Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan analogi pemanduan di jalan raya berhubung tindakan ‘pusingan U’ beliau kini yang menyebelahi pakatan pembangkang.
Menerusi catatan terbaharu di blognya, chedet.cc., Mahathir menulis, “Yes, I did a U-turn. Only a stupid driver would drive straight on when seeing the road ahead has been blown up and is no longer passable.
To support Najib who has been accused of stealing billions of Ringgit, and a dumb corrupt UMNO would make me a traitor to my country. Hence the U-turn.”
“Ya, saya membuat pusingan U. Hanya pemandu yang tidak cerdik terus memandu ke depan tanpa membuat apa-apa tindakan apabila melihat ada sesuatu yang buruk terjadi di tengah perjalanan.
“Untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak akan menjadikan saya pengkhianat kepada negara. Oleh itu, saya buat pusingan U”.
EmoticonEmoticon