Sunday, 5 March 2017

Lelaki Berusia 50 Tahun Mati Tertimbus Di Bawah Timbunan 6 Tan Majalah Lucah.

Tags

SEORANG lelaki maut ditimpa timbunan koleksi bahan bacaan lucah yang dimilikinya.

Mayat lelaki berusia 50 tahun itu ditemui tertimbus di bawah timbunan enam tan majalah lucah, menurut laporan.


Pihak berkuasa hanya menemui mangsa, yang dikenali sebagai 'Joji', enam bulan selepas dia terkorban dalam sebuah flat yang didiaminya di Jepun.

Keluarganya telah menghantar beberapa pekerja pencuci ke kediamannya itu sebelum mereka mendapat tahu mengenai kematiann Joji.

Selepas mengetahui apa yang berlaku, mereka berharap agar majalah-majalah tersebut dapat dikeluarkan dengan hati-hati tanpa menimbulkan sebarang syak di kalangan jiran.

Tetapi salah seorang daripada pekerja pembersihan nampaknya telah membocorkan butir-butir kematian Joji.

Menurut pekerja berkenaan, dia tidak jelas sama ada lelaki itu lemas dihempap bahan bacaan lucah atau jika dia mengalami serangan jantung dan kemudian jatuh di atas timbunan majalah.

Tetapi, berlaku kejadian aneh apabila dia ternampak mata lelaki berkenaan tertonjol.

Katanya, setiap inci ruang kediaman itu dipenuhi dengan majalah dan terdapat juga keratan artikel kegemarannya di sekitar rumah.

Koleksi itu dianggar mempunyai berat enam tan metrik (13,228 paun). -Metro UK

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon