Monday 6 March 2017

Penduduk Zambia Digemparkan Dengan Kemunculan Makhluk 'Dementor'. Adakah Ini Petanda Akan Berlaku Kejadian Besar?

Tags

Penduduk Zambia digemparkan dengan kemunculan bayang aneh di awan berdekatan sebuah pasar raya di Kitwe baru-baru ini.


Menurut portal MailOnline, rakaman imej bayang yang menyerupai makhluk 'Dementor' dalam siri filem popular Harry Potter, itu dikesan di Mukuba Mall selama 30 minit.

Imej itu menunjukkan bayang berbentuk manusia berukuran 100 meter panjang dan jelas kelihatan seperti sedang terbang.

Seorang saksi berkata, kemunculan imej itu menyebabkan ramai orang terkejut. "Ada yang mula berdoa, dan ada juga yang melarikan diri. "Bayangan tersebut sangat aneh," katanya.

Kesahihan gambar itu tidak dapat dipastikan setakat ini, tetapi ramai netizen mendakwa rakaman tersebut sebagai palsu.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon