Wednesday, 15 February 2017

Akibat Tekanan Perasaan, Lelaki Ini Tembak Isteri Sendiri Guna Bakakuk.

Tags

Seorang wanita cedera selepas ditembak oleh suaminya menggunakan senapang buatan sendiri dalam kejadian di Bukit Kana, Ulu Sangan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 4 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun parah lengan kanan manakala suspek berusia 30 tahun pula cedera di leher selepas mengelar dirinya menggunakan parang.


Kejadian itu disedari selepas penduduk kampung terdengar sesuatu yang pelik apabila mangsa memukul gong untuk meminta bantuan.

Penduduk yang menemui mangsa dan suaminya cedera di rumah itu kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada keluarga pasangan terbabit.

Difahamkan, ketika kejadian dua anak pasangan itu yang berusia enam dan lapan tahun tiada di rumah kerana tinggal dengan keluarga mangsa.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan, Dennis Bunyam, berkata bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian yang terletak di sebuah kebun di kawasan terpencil dan berjaya menahan suspek yang cedera di leher kira-kira jam 4.40 petang semalam.

“Pemeriksaan polis di rumah berkenaan menemui selaras senapang patah buatan sendiri bersama satu kelongsong peluru dan sebutir peluru hidup selain sebilah parang dipercayai digunakan lelaki itu untuk mengelar lehernya.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana mempunyai masalah tekanan perasaan berdasarkan rekod perubatan Hospital Bintulu,” katanya.

Katanya, mangsa dan suspek di hantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil dan masih memerlukan pemantauan pihak hospital.

Beliau berkata, suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh. - Berita Harian

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon