Wednesday, 22 February 2017

Berita Baik Untuk Rakyat...Beras Akan Naik Harga Bulan Depan...Untung Yang Dapat BRIM.

Harga semua beras import dijangka naik antara lima hingga tujuh peratus berkuat kuasa bulan depan. 


Menurut sumber industri, kenaikan itu disebabkan ketidaktentuan ekonomi ketika ini yang memaksa pengusaha menaikkan harga beras import bagi mengimbangi kos operasi mereka. 

Selain itu, katanya, faktor kelemahan ringgit dan harga minyak memberi kesan terhadap peningkatan harga beras import. 

"Peningkatan antara 35 sen hingga 50 sen boleh dikatakan tinggi. Kalau naik 20 sen masih boleh dianggap wajar untuk pengguna. 

"Setakat ini, kami (pengusaha) hanya dimaklumkan melalui panggilan telefon bukan menerusi notis rasmi dari pihak Padiberas Nasional Bhd (BERNAS)," katanya kepada BH, hari ini.

Sumber: BeritaHarian

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon