Assalamualaikum. Ini pertama kali saya nak minta pendapat di sini, mohon siarkan ye. Ini bukan masalah tangga tetapi ini berkaitan dengan anak saya.
Saya ada anak dua orang, lelaki dan perempuan. Anak lelaki berusia 4 tahun dan yang bongsu 9 bulan. Saya ada ambil anak asuhan (perempuan) berusia 5 tahun. Sebulan awal saya jaga budak itu, okay saja perangainya. Tetapi di bulan kedua, dia dah semakin tidak mendengar kata.
Semasa saya dan suami sedang makan, anak-anak saya dan anak asuhan itu bermain di bilik khas yang suami buatkan untuk tempat mereka bermain. Selesai kami makan, saya kemaskan meja dan budak perempuan itu tutup pintu bilik. Saya biarkan saja.
Selepas itu, sunyi saja dalam bilik itu. Saya tolaklah pintu bilik dan tengok dia tengah baring di tilam dia, nak buka seluar dia. Anak lelaki saya duduk di bawah kaki dia.
Saya marahlah dengan nada yang tinggi. Tanya mereka nak buat apa. Anak saya itu terus berdiri ketakutan. Saya tarik anak lelaki saya keluar.
"Nak buat apa?!"
"Kakak suruh abang buka seluar macam kakak. Kakak suruh tindih dia," jawab anak saya.
Allahu, terkejut betul dengar jawapan dia. Teruk juga kaki dia saya rotan dengan hanger. Budak perempuan itu tutup bilik cepat-cepat. Saya tolak, marah-marah dia.
"Kenapa bawa anak aunty buat macam tu?! Siapa yang ajar?!!" lantang suara saya memarahinya. Mungkin satu blok boleh terdengar.
Suami yang terdengar terus datang dan marah anak kami.
"Ayah tak pernah ajar abang buat macam tu! Abang lelaki, dia perempuan, tak boleh buat macam tu!" kata suami.
"Kakak yang suruh," jawab anak.
Teringin saja saya rotan budak itu tetapi anak orang, mana saya berani? Saya kurung saja budak itu sampai ibu dia datang. Nak beritahu ibu dia, takut ibu dia pula yang malu nanti.
Dua minggu selepas itu, baru semalam lagi kejadian yang sama berulang kembali. Dia suruh anak lelaki saya buka seluar, nak main hisap kemaluan anak saya.
Astaghfirullahalazim!
Saya hilang sabar, saya ambil hanger dan rotan mereka berdua.
"Mana kamu tahu semua ini?!" soal saya pada budak perempuan itu.
"Nampak mummy buat," jawabnya.
Sebenarnya ibu dia janda dan tinggal bersama dengan teman lelakinya. Luruh hati saya bila dia bawa anak saya buat benda yang tak senonoh itu. Teruk anak saya kena rotan oleh ayahnya. Padahal kami memang tahu yang anak kami memang tak bersalah dan tak pernah tahu benda-benda begini.
Suami juga rotan budak itu di kaki sambil marah-marah budak itu.
"Itulah mummy kau bodoh! Buat begitu di depan anak. Sekarang kau bawa anak uncle buat begitu," kata suami.
Saya rasa dah tak nak jaga budak ini dan teringin nak beritahu si ibu tentang perangai anak dia. Sekarang, suami saya tak suka budak itu. Dia marah kalau budak itu berada berdekatan atau bercakap dengan anak kami.
TULAR:
Dari Kisah Rumah Tangga
EmoticonEmoticon