Showing posts with label info menarik. Show all posts
Showing posts with label info menarik. Show all posts

Thursday, 9 March 2017

Senarai 10 Manusia Yang Paling Dikehendaki Di Muka Bumi Ini.

Semenjak kematian Osama bin Laden, lelaki paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat dan dunia pada suatu ketika, sudah tentu ada yang tertanya-tanya siapa pula yang berada di tangga teratas manusia paling dikehendaki.


Kalau nak tahu siapa, meh usha kat bawah ni:

10. Ayman al-Zawahiri


Ayman al-Zawahiri adalah pemimpin Jihad Islam Mesir dari Kaherah dan beliau dikatakan bergabung dengan pihak al-Qaeda. Beliau dianggap sebagai orang kanan Osama bin Laden dan juga terlibat dalam perancangan serangan 9/11 terhadap WTC. Oleh itu, beliau juga berada dalam senarai paling dikehendaki.

9. Omid Tahvili


Omid Tahvili adalah ketua kumpulan jenayah Parsi di Kanada dan dikaitkan dengan banyak kumpulan jenayah di peringkat global. Dia melarikan diri dari penjara Kanada pada tahun 2007 dan kini berada dalam pelarian. Beliau juga terlibat dalam sindiket pengubahan wang haram dan kes-kes kecurian di Amerika Syarikat.

8. Felicien Kabuga


Felicien Kabuga telah dituduh terlibat dalam insiden pembunuhan beramai-ramai (genocide) dan kononnya kini sedang bersembunyi di Kenya. Beliau dikehendaki bagi jenayahnya terhadap kemanusiaan dan hubungan beliau dengan tragedi 100 hari keganasan yang menyebabkan kematian 800,000 rakyat Rwanda.

7. James Bulger


James Bulger atau atau dikenali sebagai “Whitey” adalah sebahagian daripada rangkaian jenayah Boston yang terbabit dalam pengedaran dadah dan pembunuhan.

Beliau dikatakan telah melakukan lebih 19 pembunuhan dan telah menjadi sebahagian daripada konspirasi pembunuhan, pengubahan wang haram dan pelbagai jenayah lain.

Beliau telah berjaya mengelakkan diri dari ditahan polis sejak lebih daripada tiga puluh tahun dan kali terakhir dia dilihat adalah sebagai pemilik harta kekayaan yang bernilai £18 juta pound.

6. Alimzhan Tokhtakhounov


Alimzhan Tokhtakhounov adalah penjenayah Rusia yang dikehendaki kerana terlibat dalam aktiviti jenayah terancang. Dia terlibat dalam penjualan peluru haram , penyeludupan dan pengedaran dadah dan juga penyeludupan kereta curi.

5. Joseph Kony


Joseph Kony adalah seorang pemimpin gerila dari Uganda dan pemimpin angkatan pemberontak. Kumpulan ganas pimpinan Joseph Kony dikatakan terlibat dalam jenayah berat terhadap kemanusiaan termasuk melarikan kanak-kanak dan jenayah perang. Mereka telah beroperasi di Sudan dan Congo serta melakukan jenayah yang sama sejak tahun 1986.

4. Semion Mogilevich


Semion Mogilevich dikenali sebagai “penjenayah paling berbahaya di dunia” dan dipercayai telah menjadi bos utama bagi ketua-ketua organisasi mafia Rusia di seluruh dunia.

3. Dawuud Ibrahim


Dawuud Ibrahim adalah pemimpin rangkaian jenayah India iaitu D-Company. Pada masa kini, dia dikatakan sedang mengetuai rangkaian jenayah ini dan terlibat dalam pembunuhan, penculikan dan urusan dadah di Pakistan, India dan UAE. Dia juga sangat disyaki terlibat dengan pihak al-Qaeda.

2. Matteo Messina Denaro


Matteo Messina Denaro adalah mafia yang telah mengambil alih kumpulan Cosa Nostra di Itali selepas pemimpin sebelum ini yang juga pesaing beliau telah ditangkap.

Penjenayah ini juga dikenali dengan watak buku komik Itali, diabolik. Dia telah berada dalam pelarian sejak lebih dari dua puluh tahun dan masih merupakan manusia yang paling dikehendaki hingga sekarang.

1. Joaquín Guzmán


Orang yang paling dikehendaki di dunia, Joaquín Guzmán juga dikenali sebagai “Shorty” adalah pemimpin kepada Sinaloa Cartel, sebuah organisasi pengedaran dadah antarabangsa. Dia mengambil kontrak perkhidmatan dalam urusan penculikan, pembunuhan sasaran penting dan memeras ugut.

Beliau merupakan pengedar dadah nombor satu di Mexico pada tahun 2003 dan selepas beberapa pembunuhan dan pertempuran kejam terhadap pesaing, beliau mendahului senarai orang paling dikehendaki di dunia. Pihak DEA percaya, dia lebih kuat pada hari ini berbanding ketika dua atau tiga tahun yang lalu.

Wednesday, 8 March 2017

WOW....Untungnya Staf Maybank Ditawarkan Cuti Bersalin Sehingga 12 Bulan...Lama Itu Sis!!!

Maybank mengumumkan tawaran cuti bersalin sehingga 365 hari berkuat kuasa 1 Mac lalu kepada kakitangan wanita yang layak, menerusi dasar baharu institusi kewangan itu. 

KETUA Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa Kumpulan 2017 yang diadakan di Menara Maybank. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Dasar Penambahan Hari Cuti Bersalin itu membolehkan kakitangan yang layak, menyambung cuti sehingga setahun dengan 90 hari cuti bersalin sedia ada bersama gaji penuh, tambahan tiga bulan lagi dengan separuh gaji, seterusnya enam bulan tanpa gaji. 

Manfaat itu diumumkan Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa institusi terbabit di sini, hari ini. 

Ia menjadikan Maybank institusi kewangan pertama di Malaysia menawarkan faedah itu. 

"Dasar ini memberi peluang kakitangan wanita berdepan tuntutan sebagai ibu dan untuk bayi. Mereka perlu mengimbangi keperluan kerja dan kehidupan sebelum kembali ke pejabat dan melaksanakan peranan berkesan di tempat kerja," katanya. 

Beliau berkata, tempoh cuti bersalin yang dilanjutkan tidak akan menjejaskan rekod pekerjaan kakitangan, sebaliknya mereka akan turut mendapat perlindungan perubatan dan insurans mengikut gred ganjaran pekerjaan masing-masing. 

Katanya, polisi ini adalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif Maybank untuk mewujudkan pengalaman tempat kerja yang menarik bagi kakitangan untuk berkembang maju dan memberi kekuatan mereka mengimbangi tuntutan kerja dengan kehidupan berjalan lancar. 

Reaksi kakitangan Maybank 

Indra Rani Apparow, 44 

"Saya mempunyai dua anak dan berita ini amat bermakna sempena Hari Wanita Antarabangsa kali ini. Ini adalah penghargaan Maybank kepada kakitangannya." 

Siti Nur Ain Zainuddin, 24 

"Walaupun belum berkahwin, saya gembira dengan tawaran cuti bersalin ini dan wajar direbut kakitangan. Sebagai penghargaan, kami akan bekerja lebih produktif dan bersemangat." 

Rozimah Mohd Nazari, 33

"Tawaran ini menarik dan saya berharap, ia membakar semangat wanita bekerja dengan lebih baik dan produktif."

Sumber: Bharian

11 Tanda Seorang Perempuan Pernah Disentuh Dan Diromen Sebelum Berkahwin!!! No. 10 Tu Memang CONFIRM Pernah Buat Punya!!!

Disini ingin dikongsikan beberapa tanda seorang perempuan atau anak gadis yang sudah pun kehilangan dara. Sememangnya dara amat penting untuk menentukan kesucian wanita.


Artikel ini telah pun dikongsikan dilaman facebook yang menjadi topik hangat. Apapun, teori ini tidak boleh dipercayai 100 peratus kerana berkemungkinan artikel ini ditulis hanya untuk menakutkan wanita supaya menjauhi zina.

Tanda-tanda perempuan sudah hilang dara?

1. DAHI

Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu melakukan hubungan seksual, licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (garis2) yang kadangkala nampak kadangkala tidak ketika sedang bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang disebabkan faktor usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap, manakala kedutan disebabkan faktor usia sentiasa nampak jelas dan kekal.

2. HIDUNG

Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat. kalau tak percaya, cuba lihat hujung hidung anak gadis, merahkan.? Bagi lelaki yang suka merosakkan kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh karena itu disebut lelaki hidung belang. Wallahualam..

3. MATA

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati….. Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantik ke, seksi ke, menghairahkan ke, dan lain-lain. Selalunya kita memandang wanita cantik hanya dibahagian luar saja, tapi bahagian dalamnya sudah rosak, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak, cubalah tengok matanya. Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak seperti garis-garis hitam di bawah kelopak mata di samping warna hitam di bawah kelopak mata sedikit kelihatan berkedut (berkeriput).

4. BUAH DADA

Peranan buah dada memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti bahawa gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan membesar sedikit daripada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. Perhatikan gadis ketika berjalan atau berlari, bergerak-gerak dan melambung jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bererti ketegangan sudah hilang. Kalau belum pernah kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambung-lambung bererti ketegangan masih ada.

Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena ramas. Sebab, buah dada yang besar kena ramas dan yang besar kerana faktor semulajadi (alami) memang berbeza.

5. GARIS TAPAK TANGAN

Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak (pecah urat, urat-urat yang menyerupai retak), bukan kerana disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia (alergiC), bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua tapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnanya pucat tidak merah, jika dipicit terus ia menganjal balik. 

Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus dibahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus-putus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat tapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sekejap kira-kira satu minit. bila disaat mengenggam terasa panas (hangat) dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sangat walaupun ada rasa panas (hangat) bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah diserahkan pada lelaki lain.

Cuba pegang erat jari kelingkingnya kira-kira satu minit, kemudian lepaskan. tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang erat dan dilepaskan? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf sajalah, kemungkinan ia sudah tidak suci lagi. Tetapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar-debar atau ada rasa sakit seperti berdenyut-denyut. nampaknya masih suci. (Yang menguji adalah orang laki-laki) ..(Pakai Sarung tangan.. aurat nak kena jaga ( ^_^ )

6. JARI TAPAK TANGAN

Dengan jari-jari lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan. perempuan juga begitu. jari-jari adalah kawasan yang paling mudah untuk mengetahui gadis yang suci atau tidak. Caranya cukup mudah. terlebih dahulu berjabat tangan, ketika berjabat tangan ramas-ramaslah tangannya, kalau lelaki bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari-jari gadis itu boleh di ramas-ramas bererti peluang untuk memegang tempat-tempat yang lain sudah terbuka luas. Cuba jari-jari gadis itu di belai-belai dan di ramas-ramas dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?

Sentuhan lelaki dijarinya memang memberi satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke daerah-daerah yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu sudah terbiasa disentuh atau tidak, Cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, ketika bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah?, kalau dia terkejut dan berubah wajahnya, berkemungkinan besar dia masih suci. walaupun mungkin dia pernah berasmara (ringan-ringan), tapi mungkin belum sampai tertebuk daranya. Jika ketika jari kelingkingnya disentuh kemudian dia nampak macam biasa saja dan tak mahu bersuara, kemungkinan besar kesuciannya sudah tiada. Wallahualam..

7. PERUT

Peribahasa menyebut, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah daranya, pasti pecah perut. Bila seseorang gadis pernah melakukan hubungan badan, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit.

8. RAMBUT

Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan dalam menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya kelihatan rapi, segar dan tidak kasar. manakala gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak bersemangat (kuyu).

9. BIBIR

Percaya atau tidak bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. 

Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis pucat atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak nampak lebam dan bibirnya licin dan basah. Bibir yang pernah dicium akan nampak lebam-lebam sedikit walaupun hanya sekali saja, dan juga dapat mengubah bibirnya dimana terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir. Bila gadis itu tidak suci lagi, bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbahagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi boleh dilihat jika diperhatikan betul-betul.

10. FARAJ

Ini sudah tentu hanya akan diketahui setelah bernikah. Permukaan gadis yang pernah melakukan hubungan badan, pintu kemaluannya tidak tertutup rapat, agak renggang sedikit dan lebih kembang. Kalau gadis yang masih perawan, kemaluannya sentiasa tertutup rapat. Sebenarnya selaput dara boleh dilihat terus kedalam kemaluan gadis. Bila kemaluan masih tertutup bererti gadis itu masih suci. Kalau lubang itu terbuka sedikit bererti gadis itu sudah tidak perawan lagi.

11. LEHER

Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, ertinya perempuan itu pernah disentuh lelaki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan akibat dah tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. 

Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan cermat.!. apabila gadis itu kerap keluar dengan lelaki, maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil diliang romanya dan warna pucat kecil seperti bintik-bintik. Adakalanya lubang dibulu roma nampak jelas di leher, ini juga bererti gadis itu selalu disentuh. 

Kalau gadis itu berleher panjang, cuba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang ertinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini bererti perempuan itu sudah pernah beranak….

| BM

Friday, 3 March 2017

Teo Lim Lai, Dari Gelandangan Kini Seorang Usahawan.

Semangat sabar terus berusaha hadapi tekanan hidup, berjuang pantang undur mencari jalan penyelesaian pasti bertemu kejayaan. Begitulah resam tuah ayam yang membawa kejayaan hidup dari merempat gelendangan akhirnya bertemu sinar kehidupan bergelar usahawan. 

Teo menunjukkan tempat di mana keluarganya pernah tinggal semasa menjadi gelandangan.-PENERANGAN 

BERTEMAN AIR MATA DERITA, BERSAHABAT DENGAN SEMUT, NYAMUK 

Hidup merempat dengan bertemankan air mata derita, bersahabat dengan semut, nyamuk dan haiwan berbisa seperti kala jengking suatu yang biasa sebagai seorang gelandangan. 

Keperitan secebis pengalaman hidup Teo Lim Lai, 55, bersama isteri dan lima anaknya yang masih kecil apabila terpaksa menjadikan kawasan bawah tangga sebuah bangunan kedai sebagai tempat berteduh dari hujan dan panas dianggap suatu dugaan pahit yang terpaksa ditempuh. 

Teo yang berasal dari Sipitang, Sabah berhijrah ke W.P Labuan pada 1975 dan hanya bersekolah sehingga darjah enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Labuan. 

Pada usia yang muda, Teo banyak melakukan pelbagai pekerjaan seperti menjadi pembantu di kedai kopi, menjadi ejen jualan rokok,menjual sayuran di kaki lima, menjual ubatan tradisional dan bekerja di firma guaman. 

Bertemu jodoh pada tahun 1986 dengan gadis Labuan, Tan Geok Lin dan dikurniakan sembilan anak sebelum empat dari mereka meninggal dunia semasa kecil. 

Adat hidup berumah tangga penuh dengan episod suka duka, turun dan naik seperti putaran siang dan malam, kedaifan hidup akhirnya sampai kemuncak apabila tujuh beranak itu terpaksa melalui siang dan malam sebagai gelandangan selepas dihalau tuan rumah tempat mereka menyewa untuk berteduh sekitar tahun 2001. 

DUA MINGGU GELANDANGAN 

Hidup gelandangan selama lebih kurang dua minggu, merupakan episod duka yang tetap menjadi parut yang membekas di hati. 

Apa tidaknya, Tohmahan yang mula menjadi buah mulut masyarakat, dimanipulasi dengan difitnah menjual anak RM5000 seorang untuk berfoya-foya, berjudi dan minum arak. 

Cemuhan tidak mematahkan semangat, beliau mula menjual kacang rebus dan telur rebus di pusat-pusat hiburan sekitar bandar Labuan namun usaha masih tidak memberikan sinaran. 

Salah satu cawangan utama Teo Tech Experts Outlet .-PENERANGAN 

SINAR HARAPAN MULA MEMANCAR 

Akhirnya pada tahun 2009, terpancar sinar harapan, apabila Bahagian Pelaburan dan Sosio Ekonomi, Perbadanan Labuan (PL) memberikan tapak berniaga pasar malam berserta bantuan alat berniaga seperti set generator, kanopi dan komputer riba. 

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, Teo mula berniaga pasar malam dengan menjual aksesori telefon dan komputer. 

Berkat kesabaran dan tidak mengenal erti penat lelah, pada tahun 2012, Teo melangkah setapak apabila berjaya membuka kedai menjual telefon bimbit iaitu Teo Tech Experts Outlet yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan. 

GELARAN USAHAWAN SEMAKIN MEMBARA 

Gelaran Usahawan semakin membara, apabila setahun selepas itu, Teo terus memacu kemajuan dalam kehidupan dengan membuka cawangan kedua dan sehingga kini beliau mempunyai tujuh cawangan kedai aksesori serta pembaikan telefon bimbit di seluruh W.P Labuan. 

Kemajuan perniagaan tidak menjadikan beliau lupa diri bahkan beliau bersyukur atas rezeki yang memihak kepadanya serta berterima kasih di atas keprihatinan kerajaan. 

“Apa yang saya ada sekarang ini bukanlah milik saya tetapi kepunyaan Tuhan dan tidak akan saya lupa kepada golongan yang memerlukan bantuan. 

“Saya merasa bersyukur dengan segala pencapaian yang saya ada kini dan sangat berterima kasih atas keprihatinan kerajaan melalui PL yang telah memberikan bantuan kepada saya untuk membuka lembaran hidup dengan berniaga. 

“Saya juga terhutang budi dengan seluruh penduduk Labuan yang selama ini memberikan sokongan sehingga perniagaan saya berkembang maju seperti yang dapat dilihat hari ini,”kongsinya. 

Teo juga melahirkan penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang pernah menyalurkan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) kepada keluarganya sebelum ini. 

Timbul rasa ingin menyumbang kembali kepada penduduk Labuan, Teo membuka sebuah pusat latihan kemahiran membaiki telefon bimbit bagi membuka jalan kepada anak muda di Pulau itu untuk mengasah bakat serta menambah kemahiran yang mampu menjana pendapatan. 

“Semuanya bermula apabila Pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia mengunjungi kedai dan menawarkan syarikat saya menyediakan pusat latihan. 

“Setelah menghantar anak saya menjalani kursus di GIATMARA, pusat latihan kami telah diberi kebenaran untuk mengambil pelajar dari kalangan anak muda terutamanya yang berada di paras kemiskinan negara,”katanya. 

Pusat Latihan Teo Tech Experts Outlet telah melahirkan puluhan pelajar yang berkemahiran serta mempunyai segulung Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). 

Menurut salah seorang pelajar, Jeoseh Kuininseh, 31, latihan yang diberi percuma sepenuhnya itu amat berharga buat dirinya untuk menambah kemahiran diri. 

“Kemahiran yang saya pelajari ini amat berguna dan boleh membuka jalan untuk saya membuka perniagaan sendiri. 

“Jika ada modal, memang saya bercadang untuk membuka pusat pembaikan telefon untuk menambah pendapatan keluarga,”katanya yang pernah bekerja dalam sektor minyak dan gas selama lima tahun. 

Peribahasa berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian amat sesuai menggambarkan kesusahan dan kejayaan yang dikecapi Teo. 

Apabila ditanya mengenai tips kejayaan beliau, Teo menjelaskan beliau suka bergaul dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman. 

“Saya suka bergaul dengan ramai orang terutama mereka yang berusia dan mempunyai pengalaman dalam membina kehidupan yang lebih berjaya. 

“Selain itu, pengalaman hidup susah bersama keluarga telah mengajar saya untuk mencari idea untuk keluar dari kepompong kemiskinan. 

“Paling penting adalah kehendak diri kita sendiri antara mahu atau tidak untuk bertindak serta mengecapi apa sahaja yang diimpikan dalam hidup,” tegasnya. 

Dua orang anaknya membantu menguruskan perniagaan mereka.-PENERANGAN 

KEJAYAAN TERUS DIIKTIRAF 

Kejayaan beliau ternyata mendapat perhatian pihak tertentu apabila pernah mendapat pengiktirafan antaranya menerima Anugerah Penjaja kecil Terbaik Wilayah Persekutuan pada tahun 2015 yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan,Dato’ Dr Loga Bala Mohan Jaganathan. 

Selain itu, Teo pernah dianugerahkan sebagai ‘Bapa Perkasa’ oleh Jabatan Pendidikan W.P Labuan di atas pencapaian puteri tunggalnya, Teo Su Chin yang mewakili Malaysia dalam Acara Olahraga, Sukan Sekolah-Sekolah Asean di Jakarta pada 2007. 

Teo yang mempunyai sijil kejurulatihan peringkat dua dari Majlis Sukan Negara (MSN) dan bertindak sebagai jurulatih peribadi, berjaya membimbing anaknya menggapai pingat emas dalam acara lari 1500 meter dan 3000 meter di beberapa kejohanan Olahraga dalam dan luar negara. 

Pengiktirafan tidak terhenti disitu apabila beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Pembangunan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan untuk tahun 2016-2018 yang dipengerusikan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan. 

Sedar akan tanggungjawab dan dunia peniaga kecil yang kian mencabar, Teo menubuhkan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Harmoni bagi membela nasib dan kebajikan peniaga-peniaga kecil di W.P Labuan. 

“Persatuan ini mempunyai 140 orang ahli yang hampir kesemua adalah peniaga bumiputera yang aktif berniaga di Pulau ini. 

“Kami berperanan menyelaras dan memaklumkan semua penjaja kecil mengenai sebarang peluang untuk berniaga terutama pada musim perayaan atau dalam acara-acara besar yang dilangsungkan di Labuan. 

“Selain itu, Persatuan ini juga membantu penjaja kecil untuk mendapatkan pinjaman mikro tanpa faedah sebanyak RM50 ribu yang telah diperuntukkan kerajaan bagi membantu peniaga mengembangkan perniagaan. 

Teo menerima Anugerah Penjaja kecil Terbaik Wilayah Persekutuan pada tahun 2015.-PENERANGAN 

TIDAK LUPA PADA YANG MEMERLUKAN BANTUAN 

Dengan slogan ‘Menyatupadukan ahli, menegakkan kebenaran, menyokong yang makruf dan menolak yang mungkar’ persatuan ini berjaya menambah bilangan penjaja kecil dari kalangan warga tempatan dan warganegara Malaysia berbanding sebelum ini. 

Seperti payung yang menjadi tempat berlindung dari hujan dan panas, Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Harmoni juga menyalurkan bantuan kepada ahli-ahli yang ditimpa musibah. 

“Kami berterima kasih sekali lagi kepada kerajaan kerana dengan dana yang disumbangkan kami dapat menhulurkan bantuan kepada ahli-ahli yang ditimpa musibah seperti kebakaran, kematian ahli keluarga dan sebagainya. 

“Kami juga sering menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti bantuan kepada warga emas,ibu tunggal dan fakir miskin,” katanya. 

Menjadi satu kepuasan bagi Teo kerana rata-rata ahli berpuas hati dengan peranan yang dimainkan persatuan dalam menyelesaikan masalah penjaja kecil seperti mendapatkan tapak berniaga,mengambil berat kebajikan penjaja, dan menyuarakan suara penjaja kecil kepada pihak berkuasa tempatan. 

Nasihat Teo kepada mereka yang menghadapi detik sukar dalam kehidupan dan ingin memulakan perniagaan, jangan terlalu fikirkan modal besar untuk berniaga kerana modal yang paling besar adalah idea dan keinginan untuk belajar memperbaiki diri dari masa ke masa. 

Teo sempat menitipkan kata-kata mutiara sebagai perkongsian dan azimat untuk menempuh kehidupan yang menjanjikan seribu satu cabaran. 

Manfaat diri dalam pelajaran, 

Hanyalah itu jadi bekalan untuk hidup di masa hadapan, 

Ilmu itu pelindung diri, 

Seperti kebun berpagar duri, 

Seperti sinar intan baiduri.

/PENERANGAN- 

Kediaman Teo sekeluarga kini hasil penat lelah berniaga.-PENERANGAN

Thursday, 2 March 2017

Kerja Kosong Agrobank - Bank Pertanian Malaysia Bhd.

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Agrobank - Bank Pertanian Malaysia Berhad Mac 2017 seperti berikut:

1. Senior Executive Basel
2. Section Head, Credit Rating / Modelling
3. Head of Sales & Services
4. Unit Head, Medical Benefits and Admin
5. Assistant Manager, Commercial
6. Assistant Branch Manager
7. Branch Manager

Tarikh Tutup Permohonan:- 30 Mac 2017

Agrobank, misi kami adalah untuk menyediakan pelbagai menyeluruh perkhidmatan kewangan dan kemudahan perbankan dengan memberi tumpuan kepada sector.We pertanian mendedikasikan keutamaan kami untuk keperluan pelanggan kami dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang menarik seperti aktiviti simpanan, perkhidmatan perbankan, takaful , pembiayaan dan khidmat nasihat.

Agrobank merupakan kesinambungan daripada bekas Bank Pertanian Malaysia yang mempunyai 40 tahun pengalaman dalam perbankan pertanian dan rekod yang cemerlang dalam membentuk dan membangunkan usahawan yang berjaya. Dengan rangkaian yang luas cawangan di seluruh Malaysia, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua.

PERMOHONAN ONLINE

Wednesday, 1 March 2017

BR1M 2017: Status Permohonan BR1M Kelompok 2 Dijangka Telah Selesai.

Berita baik kepada semua penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2017 (BR1M 2017) yang masih belum menerima bayaran bagi fasa pertama, kerajaan dijangka selesai mengemaskini status permohonan BR1M kelompok 2.


Penerima BR1M 2017 kelompok 1 masing-masing telah menerima wang mereka yang bermula 18 Februari 2017 sama ada melalui akaun bank mahu pun melalui baucer BR1M.

Kepada yang masih belum menerima dan berada di kelompok 2, anda boleh melayari laman web ebr1m.hasil.gov.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716

Syukur dapat BR1M, boleh cover duit minyak dan beras yang naik.

Tuesday, 28 February 2017

Inilah Rupanya 12 Punca Anak-anak Malas Belajar... Ibubapa Wajib Sedar Dan Selesaikannya Sekarang Sebelum Terlambat!!!

"Saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Dimarahi sudah, dirotan pun sudah, nasihat jangan ceritalah. Berbuih mulut cakap suruh dia belajar.

Tapi semua tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sudah-sudahnya saya yang tension…" Itu luah yang kerap kita dengar daripada ibu-ibu mengenai anak yang malas belajar dan malas membuat kerja rumah.


Kadang-kadang sampai pukul sebelas malam mak-mak masih tunggu untuk pastikan anak-anak habiskan kerja sekolah tapi ayah elok je berdengkur atau bersandar tengok tv.

Kenapa budak malas belajar? Banyak kajian menunjukkan persekitaran yang tidak ceria dan membosankan membuat anak-anak malas buka buku. Ibu yang suka berleter, ayah yang tak ambil kisah sangat dan persekitaran rumah yang lebih mementingkan perkara lain daripada pelajaran, buat anak-anak ambil kesempatan.

Cara paling digalakkan dalam menumbuhkan semangat belajar anak yang malas adalah ibu dan ayah bergabung tenaga. Jangan sebelah pihak je. Lagipun bila ayah ada bersama memberi tumpuan pada pelajaran anak, pasti anak-anak rasa lebih `semangat' sebab ayah biasanya tegas. Mak-mak pun tak lah kelam kabut seorang diri risaukan perkembangan sekolah anak-anak.

Mari kita tengok kenapa anak malas belajar dan apa cara untuk atasinya...

1. Mungkin beban kerja sekolah terlalu banyak sehingga anak tidak tahu mana satu perlu dibuat dahulu. Menghafal setiap mata pelajaran yang diberikan cikgu memang bukan kemahiran semua pelajar. Jadi tengok adakah itu masalah anak anda.

2. Ada pelajaran yang tidak disukainya atau dia tidak sukakan cara guru yang mengajar sehingga anak-anak tak peduli untuk siapkan kerja-kerja diberikan oleh guru tersebut. Kalau ini sebabnya, mak dan ayah kena beri perhatian serius, sebab anak-anak tak boleh terbiasa memilih apa yang dia suka sahaja baru nak belajar.

3. Kenal pasti adakah anak kita itu jenis yang memang tidak berminat dalam akademik tapi cenderung pada perkara atau ada kemahiran lain. Mesti kita kenal siapa anak kita kan?

4. Check adakah anak kita mengalami gangguan fizikal seperti masalah pendengaran atau penglihatan. Kalau ini punca kenapa dia sukar belajar, bawa cepat anak jumpa doktor sebelum dia ketinggalan banyak pelajaran yang boleh membuatkan dia makin malas belajar.

5. Mak ayah jangan bergaduh depan anak-anak kerana ia boleh jadi punca gangguan emosi pada anak hingga mereka berasa bosan duduk di rumah, apalagi duduk di meja belajar.

6. Jangan juga buat perbandingan dengan adik-beradik lain mengenai taraf pencapaian masing-masing. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Tanggungjawab mak ayah adalah gilap kelemahan dan bantu baiki kelemahannya.

7. Anak yang tidak ada contoh mengenai apa yang dimaksudkan dengan rajin. Anak yang masih muda kadangkala perlukan contoh untuk diikutinya. Fikiran mereka belum matang. Kalau mereka selalu tengok seisi rumah bersidai depan tv kenapa mereka mesti bersusah payah mengadap buku dan belajar.

8. Yang penting jangan tersalah cakap dengan anak-anak… misalnya, "kamu kena rajin belajar, jangan jadi macam ayah kamu masih kecil suka ponteng dan malas belajar." Kata-kata ini walaupun dengan tujuan mahu menasihati anak-anak agar jangan malas belajar, tetapi alam luar sedarnya sudah menangkap, `ayah aku walaupun selalu ponteng dan malas, tapi hari ini berjaya juga. Ada rumah, ada kereta, boleh beli apa aku mahu dan boleh pergi ke mana-mana' Dalam fikiran mereka malas pun ok. Nanti besar jadi orang berjaya juga. Awas…bila beri contoh teladan.

9. Jika balik dari sekolah, makan kemudian terus bermain dalam tempoh waktu yang lama, akan membuat anak sudah letih untuk belajar. Jika setiap hari seperti itu, ia akan jadi tabiat. Cepat ubah tabiat itu, takut ia sukar dibetulkan lagi.

10. Ini antara perkara yang selalu mak ayah buat tetapi akhirnya salahkan anak-anak tidak suka belajar. Anak-anak selalu dibawa ke pusat beli-belah dan dibelikan barangan seperti baju, seluar, kasut dan mainan dengan jumlah harga puluhan atau ratusan ringgit tanpa ragu-ragu membayarnya. Tapi bila lalu di depan kedai buku, anak-anak tunjuk buku cerita berharga lima belas ringgit, mak ayah terus meninggikan suara, mahalnya dan tarik tangan anak keluar dari situ. Lama-lama anak rasa buku bukan perkara penting. Tak baca pun tak pa. Bila dia malas membaca, jangan salahkan anak sahaja. Mak ayah pun ada saham?

11. Jangan marah dan cepat melenting bila anak buat silap. Kemarahan akan menyebabkan mereka malas mencuba.

12. Menjadi ibu bapa jangan terlalu garang atau terlalu tegas. Anak-anak adalah permata hati kita. Mereka pun ada hati dan perasaan yang sensitif. Kalau terlalu garang mereka takut bertanya dan akhirnya menjadi malas untuk mengetahui sesuatu melalui kita, ibu ayah mereka.

Cara bantu anak jadi rajin belajar tanpa disuruh...

1. Reward - Bagi hadiah sebagai tanda galakan atas pencapaian terbaiknya.

2. Selalu bersamanya ketika dia mengadap buku. Kalau tidak mengajarnya pun, duduklah berdekatan dengannya sambil membaca seperti majalah, novel atau akhbar. Jangan main handphone.

3. Ibu bapa kena sabar apabila anak banyak bertanya perkara yang dia musykil atau tidak tahu. Rajin bercerita atau berbincang dengan anak-anak walaupun mereka masih muda. Selalu bercerita membuat mereka cepat matang. Beri penerangan pada pertanyaan, `kenapa dan mengapa' yang selalu anak-anak tanya atau soal kepada kita. Jawapan pada setiap pertanyaan itu akan merangsang otaknya untuk lebih ke depan dan rasa ingin tahunya pada sesuatu perkara akhirnya mendorong minatnya terhadap membaca dan belajar. Cubalah kalau tak percaya.

4. Beli buku mengikut apa yang disukainya. Kalau dia sukakan sesuatu kartun atau tokoh super hero, beli buku-buku atau peralatan sekolah seumpama itu untuk menambah minat membaca dan belajarnya.

5. Cipta suasana belajar yang tenang dan merangsang anak untuk seronok belajar. Kalau dia masih sekolah rendah, jadikan suasana belajar itu seperti dia sedang bermain. Mengasuh cara belajar yang betul sejak awal lebih memudahkan mak ayah membentuk minat anak di kemudian hari.

6. Jika ada fanatik dengan game, guna cara itu untuk mempengaruhi dan memanipulasinya untuk belajar. Katakan padanya, belajar dahulu, lepas tu boleh main game semula. Pastikan dia belajar dan membuat kerja rumah dengan betul, bukan asal siap kerana mahu cepat-cepat bermain. Bahagikan waktu dan minta anak ikut jadual yang ditetapkan. Mak ayah pun kena berdisiplin juga.

7. Pastikan berapa banyak masa yang diperlukan anak untuk menyiapkan sesuatu. Salah satu kunci untuk mengubah anak malas menjadi rajin adalah mengajarnya untuk menguruskan waktu. Mereka harus tahu membahagikan waktu untuk setiap perkara. Bantu mereka menguruskan perkara ini.

8. Elakkan anak-anak daripada gangguan ketika mahu belajar. Perhatikan dengan teliti apakah perkara yang paling mengganggu atau menghalangnya setiap kali diminta untuk belajar. Mengidentifikasi gangguan itu boleh membantu anak untuk mengawal gangguan tersebut.

9. Sekiranya anak-anak mendapat tugasan besar dari sekolah yang perlu disiapkan dan dia rasa terbeban untuk melakukannya, inilah masa untuk mak ayah beri sokongan. Dampingi mereka dan beri tunjuk ajar. Peluk mereka erat-erat. Pelukan kita akan meringankan mereka menghadapi bebanan tersebut. Malah mungkin mereka mendapat banyak idea untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

10. Jangan sekali-kali meremehkan kemampuan anak. Tunjukkan kita mempercayai kemampuan mereka. Sekiranya kita menunjukkan sikap meremehkan kemampuan mereka, semangat atau ghairah belajar mereka akan hilang, bah dalam hal-hal kecil seperti mencuci pinggan, membasuh kasut, menggosok baju atau menyapu sampah juga mereka tidak bersemangat lagi. Mungkin apa yang dilakukan mereka tidak bersih atau kemas tetapi keinginan membuat pekerjaan itu yang patut diberi tumpuan dan diberikan penghargaan, bukan pada hasil kerjanya. Mereka akan berhenti belajar sesuatu jika sering dikritik.

11. Kemalasan anak pasti akan memberi risiko kepadanya. Jangan kita pula gelabah dan tolong menyiapkan kerja sekolahnya untuk mengelakkan dia didenda gurunya. Biarkan dia menerima hukuman itu. Dia akan belajar daripada denda tersebut dan kita tidak perlu menambah denda itu atau memarahinya.

12. Di dalam ahli keluarga, pasti ada seseorang yang akan membuat anak mahu mendengar kata-kata. Minta bantuannya mengubah sikap pemalas anak menjadi produktif. Strategi ini akan lebih berjaya jika orang itu adalah ibu, ayah atau adik beradiknya sendiri.

Ingat, ibu ayah jagan mudah putus asa sebab semangat anak-anak akan datang anda dulu. In shaa Allah mood rajin dia akan muncul, semoga bermanfaat!

Oleh Nuri Supian