Di sebalik hutan tebal di Jawa Tengah, tersimpan misteri yang jarang diketahui umum. Sebuah gereja terbengkalai dalam bentuk ayam gergasi ditemui tersembunyi di tengah-tengah hutan. Gereja aneh yang dipanggil “Gereja Ayam” tersebut menarik perhatian pengunjung ke perbukitan Magelang, di Indonesia setiap tahun.
Kisah disebalik Gereja Ayam tersebut sungguh pelik seperti juga strukturnya yang agak luar biasa. Pada tahun 80-an, seorang penduduk bernama Daniel Alamsjah berkata menerima wahyu dari Tuhan mengarahkannya untuk membina tempat ibadat tersebut dalam bentuk burung merpati.
Alamsjah, 67 tahun, memilih untuk membina struktur tersebut di sebuah bukit tidak jauh dari Magelang, iaitu tempat asal isterinya. Bersama-sama dengan 30 penduduk kampung, beliau memulakan projek tersebut pada tahun 90-an.
Walaupun beragama Kristian, Alamsjah berkata bahawa rumah ibadat tersebut bertujuan untuk semua penganut agama lain menunaikan upacara keagamaan masing-masing.
Ramai penganut Kristian, Islam, dan Buddha berkumpul untuk tujuan tersebut dibawah bumbung utama bangunan tersebut, sementara tingkat bawah pula digunakan sebagai pusat rehabilitasi kepada penagih dadah, kanak-kanak kurang upaya, dan mereka yang mengalami sakit jiwa.
Walau bagaimanapun, gereja tersebut terbengkalai pada tahun 2000 disebabkan oleh kos pembinaan dan penyelengaraan yang terlalu tinggi. Sungguhpun begitu, ia terus menarik perhatian pengunjung sehingga ke hari ini.
| BM
EmoticonEmoticon