Sebagai makhluk sosial, kita tidak boleh hidup tanpa bersosial. Walaupun sudah berumahtangga, kita tetap mempunyai teman-teman sepermainan yang sudah menjadi sahabat kita, jauh sebelum kita berpacaran dengan pasangan pada masa ini.
Memang tak ada salahnya, ketika pasangan butuh sesuatu, dia akan menghubungi rakannya, di luar itu seperti sahabat wanita atau lelaki. Namun lelaki yang mencintai pasangannya tidak keberatan menceritakan kepada para sahabatnya mengenai pasangannya. Hal ini membuat garis yang jelas bahawa dia telah mempunyai pasangan. Namun, bila pasangan anda jarang memperkenalkan anda dengan sahabatnya, anda perlu bertanya.
Apalagi jika dia mempunyai banyak sahabat wanita, ada baiknya anda perlu cemas. Berikut merupakan tanda-tanda pasangan anda mempunyai hubungan istimewa dengan sahabat wanitanya.
1. Dia sering menghantar mesej kepada sahabatnya, atau menghantar mesej di tengah malam
Ini adalah berita buruk. Jika pasangan anda menghantar mesej kepada seorang teman di tengah malam, kemungkinan besar mereka mempunyai hubungan emosi lebih dari hanya seorang sahabat.
2. Dia memadam mesej, atau secara tiba-tiba mengunci telefon dengan kod
Ini juga satu petanda buruk. Jika dia memadam mesej, ini menandakan sesuatu telah terjadi, dan dia tidak ingin anda mengetahuinya. Jika ini berlaku secara kerap, anda perlu menggali lebih dalam apa yang sebenarnya dia sembunyikan.
3. Kehidupan seksual anda berubah drastik
Jika pasangan tidak lagi berminat berhubungan seksual dengan anda seperti dulu, dan tidak ada penjelasan yang jelas, itu bererti dia telah mendapat pelepasan emosi yang lain. Walau mungkin banyak sebab-sebab lain tentang hal ini, seperti ketika sedang stres dan kacau fikiran. Namun jika pasangan sering menolak dan disertai dengan tanda-tanda yang lain, anda perlu curiga.
4. Dia membicarakan masalah peribadi kepada orang lain, bukan dengan anda
Jika pasangan anda mengeluh tentang permasalahan pekerjaan, namun sahabat wanitanya kelihatan telah mengetahui permasalahan tersebut, anda perlu curiga. Seorang lelaki biasanya menceritakan masalahnya kepada orang yang paling dia percaya. Ini bermakna dia tidak lagi menganggap anda sebagai orang yang paling dia percaya.
EmoticonEmoticon