Tuesday, 20 September 2016

Siput Laut Berkepala Dua yang Pertama Di Dunia Dijumpai Di Sabah.

Para penyelam Britain menemui siput laut berkepala dua yang dipercayai penemuan pertama di dunia, menurut Daily Mail, UK.

Seorang penyelam menjumpai siput yang mengagumkan itu berhampiran dengan kepulauan Kapalai di pantai timur Sabah.

Ciri-ciri abnormal itu dipercayai mungkin disebabkan oleh kecacatan atau juga pencemaran.

Selain mempunyai kepala bercabang dua, siput laut tersebut juga mempunyai kedua-dua organ seks jantan dan betina kerana siput tersebut tergolong dalam kumpulan nudibranchia iaitu kelompok siput air hermaphrodites.

Sekumpulan penyelam menjumpai siput laut berkepala dua di Pulau Kapalai, Timur Sabah

Siput itu yang berukuran lebih kurang 1 inci (2.5cm) adalah dari spesis nembrotha kubaryana, tetapi lebih dikenali sebagai variasi siput laut neon disebabkan oleh warnanya yang kelihatan seperti neon hijau dan jingga terang sebagai amaran kepada pemangsa mengenai racun di dalam badanya.

Sotong laut adalah antara makanan makhluk ini yang mempunyai badan seperti sebuah beg yang mengeluarkan bahan kimia jika di ancam oleh pemangsa.

Warna terang hijau, jingga dan hitam ini menyebabkan siput laut unik ini dipanggil Siput Neon

Penyelam terkenal, Nash Baiti menemui siput laut tersebut semasa membuat penggambaran untuk Scubazooketika membuat siri yang dipanggil ‘Borneo from Below’.

Beliau menunjukkan makhluk tersebut kepada Clay Bryce, seorang pakar akademik dalam spesis nudibranchia dan ahli biologi marin di Muzium Western Australia di Perth.

“Saya tidak pernah melihat makhluk laut berkepala dua seperti ini dan setakat ini saya telah menghabiskan lebih kurang 10,000 jam dibawah dasar laut mencari dan mengkaji spesis nudibranchia ini,” kata Bryce.

“Selalunya keabnormalan seperti ini akan menyebabkan kematian awal makhluk tersebut, namun siput yang ditemui ini nampaknya adalah siput dewasa. Mungkin dalam kes ini, dua kepala adalah lebih elok daripada satu kepala,” tambahnya.

“Ia adalah kecacatan sejak lahir. Mungkin sedikit kecelaruan genetic dan mungkin juga disebabkan oleh pencemaran. Tetapi jika ia disebabkan oleh pencemaran, kita akan melihat lebih banyak penemuan seperti ini”

Krew filem tersebut cuba mencari hidupan laut yang menarik di pulau tersebut namun tidak menyangka penemuan yang agak luar biasa ini.

Siput laut berkepala dua yang mempunyai bentuk badan dan warna yang menarik

Wakil filem tersebut, Aaron ‘Bertie’ Gekoski berkata: “Apabila Nash balik dari menyelam dan melaporkan penemuannya, pada mulanya kami tidak percaya langsung!

“Disebabkan oleh jadual perfileman, kami tidak dapat kembali ke lokasi penggambaran dalam tempoh 72 jam, oleh itu kami ragu-ragu untuk menemui siput itu lagi”

“Tetapi Nash berjaya mencari lokasi itu di tempat yang sama. Mungkinkah kedua-dua kepala siput ini bergerak dalam arah bertentangan, dan menyebabkan siput ini tidak bergerak langsung?” katanya berjenaka.

“Saya meluangkan lebih kurang sejam dengan siput laut ini, untuk mendapatkan gambar kepalanya pada masa yang tepat”

“Bukan sahaja ia mempunyai dua kepala, tetapi warna tubuhnya yang seperti neon cukup menarik perhatian”

Spesis siput laut boleh mencapai saiz 5 inci (12cm). 

Sumber: BP | BM

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon