Sehingga ke hari ini, kita masih tidak tahu secara terperinci bagaimana piramid di bina. Manusia moden terpegun apabila menemui bangunan-bangunan yang kukuh dan canggih yang tenggelam di dasar lautan. Malah, kita begitu hairan bagaimana manusia terdahulu memotong batu-batu yang begitu besar dan dilekatkan antara satu sama lain.
Jom baca dan ambil iktibar bersama, pengenai penemuan beberapa tamadun purba yang telah ditenggelami oleh lautan.
1. Heracleion (Thonis), Egypt
Runtuhan dan tamadun ini ditemui pada tahun 2000 oleh sebuah pasukan penyelidikan IEASM (Institut European D'Archeologies Sous Marine). Sebelum bandar Alexandria wujud, ia merupakan sebuah pelabuhan perdagangan Egypt yang penting. Ia tenggelam sekitar 8 Sebelum Masihi.
2. Alexandria, Egypt
Bandar yang dikatakan hebat ini termasuk istana Cleopatra di Pulau Antirhodos dan bandar purba Rhakotis telah ditenggelami ombak laut yang besar dan gempa bumi lebih 1,200 tahun dahulu yang akhirnya menelan penduduk beserta peradabannya sekali.
3. Piramid Purba Yunaguni
Batu pelik di bawah laut Pulau Yonaguni Jima telah ditemui oleh sekumpulan penyelam tempatan pada tahun 1986. Berusia sekitar 5000 tahun, bandar yang tenggelam akibat gempa bumi dengan batu monolithic yang sangat tersusun, piramid yang teratur, seperti suatu peradaban dan tamadun yang hebat pernah wujud sini.
4. Canopus, Pinggir Timur Alexandria
Wilayah Canopus ini terkenal sebagai lokasi pemujaan Osiris dan Serapis, iaitu kuil penyembuhan dewa-dewi dan sebagainya. Ia ditemui oleh Putera Toussoun pada tahun 1933. Bencana besar telah menghapuskan segala-galanya dan yang tinggal hanyalah puing-puing runtuhan bangunan dan menjadi sejarah untuk kita mengambil iktibar di sebalik kejadian ini.
5. City Of Baiae (Campania)
Kajian menunjukkan kaum ini telah diserang wabak malaria, tahun 1500 tahun dahulu. Kebanyakan bangunan telah tenggelam di bawah air yang disebabkan oleh letusan gunung berapi dan gempa bumi.
Apa pun kebenarannya, tanda-tanda ini adalah bukti kekuasaan Tuhan pencipta alam sebagai pengajaran kepada kita umar akhir zaman.

EmoticonEmoticon