Misteri kawah di Siberia, Rusia sebelum ini menjadi tanda tanya tentang kemunculannya. Di awal kewujudan kawah ini, berapa penyelidik mengandaikan bahawa kawah tersebut terjadi disebabkan oleh hentaman meteorit atau akibat pesawat makhluk luar angkasa (UFO). Namun, baru-baru ini para penyelidik Rusia percaya bahawa kawah besar yang muncul di Siberia disebabkan kerana naiknya suhu di kawasan tersebut.
Kawah yang memiliki diameter 80m tersebut, ditemui di sebuah wilayah terpencil di Kota Yamal, Rusia. Andrei Plekhanov, seorang penyelidik senior di Pusat Penyelidikan Ilmiah Arctic, Rusia mengatakan, lubang misteri yang muncul di daerah yang kaya akan gas bumi tersebut berkemungkinan adalah hasil dari tekanan tinggi dari bawah tanah. Suhu panas di bawah tanah menyebabkan ledakan besar dan membentuk sebuah lubang.
Daily Mail, Jumaat (18/7/2014) melaporkan, bahagian hitam yang tedapat di sekitar tepi kawah menunjukkan betapa dahsyatnya ledakan yang terjadi waktu itu. Penyelidik mengambil sampel tanah, udara, dan air di tempat kejadian bersama dengan beberapa kakitangan dari Kementerian Darurat Rusia.
Ana Kurchatova dari Sub-Arctic Ilmiah Research Centre mengungkapkan bahawa kawah tersebut terbentuk kerana berlakunya ledakan bawah tanah hasil dari campuran air, garam, dan gas.
Uina...bahaya betul pulak...jangan la terjadi di kawasan ramai penduduk...enda dapat dibayangkan tahap kemusnahannya...
EmoticonEmoticon