Sunday, 21 August 2016

Isteri Meninggal Kerana Kanser, Lelaki Ini Beli Boneka Menemaninya.

Zhang Wenliang, lelaki 70 tahun dari Kota Chongzou, Provinsi Sichuan, China, sudah berkahwin 40 tahun dengan isterinya tapi tidak mempunyai anak.

Isterinya kemudian meninggal dunia pada Ogos tahun lalu kerana kanser dan dia menghabiskan wang bernilai 18,000 yuan untuk membeli boneka pengganti isterinya, seperti dipetik akhbar the Daily Mail, Jumaat (19/8).


Tapi setelah memilikinya selama setahun, boneka itu mulai rosak dan lelaki pesara itu akan menuntut perusahaan pembuat boneka tersebut.

Zhang yang merupakan pesara doktor mengatakan kepedihannya ditinggal isteri kepada wartawan.

"Saya sudah menolong ramai orang tapi ketika isteri sakit, saya tidak dapat buat apa-apa," kata dia.

Sebulan setelah isterinya meninggal dia membeli boneka terbuat dari silikon seharga 18,000 yuan .

Boneka itu boleh bersuara dan suhu tubuhnya boleh diatur.

Dia mengatakan kepada wartawan, boneka itulah yang jadi isterinya sekarang.

"Saya tidak ingin dia keluar. Saya selalu ingin tinggal bersama dia di dalam rumah. Saya ingin melihat dia setiap hari," kata Zhang.


Lelaki 70 tahun itu bahkan memakaikan boneka itu pakaian mendiang isterinya. Boneka itu juga sudah dianggap sebagai isterinya.

Sebagai mantan doktor, Zhang faham, boneka itu akan menjadi pengaruh positif bagi karier dan reputasi dia nanti.

Akhirnya Zhang tidak mau bonekanya keluar rumah. Begitu dengan dirinya, dia memutus kehidupan sosial bagi dirinya sendiri.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon