SELAMA bertahun-tahun, media antarabangsa melaporkan tentang kes penderitaan fizikal dan mental yang ditanggung oleh pekerja asing dari negara miskin di Asia akibat penderaan yang dilakukan oleh majikan yang kaya di negara Asia Barat.
Sehinggalah baru-baru ini, seorang wanita Indonesia tampil mendedahkan satu daripada buah pinggangnya telah diambil tanpa pengetahuannya kira-kira tiga tahun lalu ketika dia bekerja di Qatar.
Mangsa, Sri Rabitah dari Lombok Indonesia, mendakwa, pada Jun 2014, dia pergi ke agensi pekerjaan tempatan untuk mendapatkan kerja di Asia Barat.
Pada awalnya, wanita berusia 25 tahun itu diberitahu bahawa dia akan bekerja untuk sebuah keluarga di Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Namun sebaliknya, dia dihantar bekerja dengan sebuah keluarga Palestin di Doha, Qatar.
Sebaik sahaja dia tiba, majikannya memberitahu kepada Sri Rabitah untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan dia tidak mempunyai penyakit berjangkit dan sihat bekerja.
Wanita muda itu tidak pernah menyangka permintaan majikannya akan melibatkan pembedahan untuk mengambil organnya.
Mengimbas kembali detik ngeri itu, Sri Rabitah berkata, dia berasa pelik apabila tiba di hospital pada hari ketiga bekerja.
Jelasnya, seorang doktor memberitahu dia kelihatan lemah dan perlu mengambil suntikan untuk memulihkan tenaga.
"Tanpa kebenaran, doktor itu menyuntik saya.
"Kenapa pemeriksaan perubatan memerlukan suntikan," katanya kepada akhbar tempatan Indonesia, Detik.
Rupa-rupanya suntikan itu merupakan ubat pelali dan Sri Rabitah mengingati detik-detik dia dibawa ke bilik pembedahan yang penuh dengan alatan bedah.
"Sebaik sedar, saya berasa sakit di bahagian belakang badan dan mendapati terdapat kesan parut kecil.
"Malah darah turut keluar ketika kencing, tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku di hospital tersebut," ujarnya.
Lebih buruk lagi, beberapa hari selepas kejadian tersebut, majikannya menghantar semula Sri Rabitah ke agensi pekerjaan atas alasan dia tidak sihat dan tidak cergas bekerja.
Dia kemudiannya dihantar ke majikan lain tetapi jatuh sakit beberapa kali sebelum dibawa pulang ke Indonesia.
Akhirnya segala misteri terbongkar apabila wanita itu melakukan pemeriksaan di Lombok selepas doktor memberitahu dia kehilangan satu daripada buah pinggangnya.
"Doktor memaklumkan buah pinggan saya hanya tinggal satu di bahagian kiri manakala organ di bahagian kanan digantikan dengan sejenis tiub.
"Saya mahu kerajaan menyaman pelaku yang mencuri buah pinggang saya ini," katanya.
Sri Rabitah dijadualkan menjalani pembedahan untuk membuang tiub berkenaan pada 2 Mac dan wakil rakyat di kawasan itu telah menggesa kerajaan Indonesia mencari pihak yang bertanggungjawab untuk menanggung semua kos rawatan wanita malang tersebut.
| BM
Sri Rabitah mengharapkan kerajaan Indonesia mencari dalang yang mencuri buah pinggangnya.

Sri Rabitah menunjukkan laporan doktor yang membuktikan buah pinggangnya dicuri.
"Doktor memaklumkan buah pinggan saya hanya tinggal satu di bahagian kiri manakala organ di bahagian kanan digantikan dengan sejenis tiub.
"Saya mahu kerajaan menyaman pelaku yang mencuri buah pinggang saya ini," katanya.
Sri Rabitah dijadualkan menjalani pembedahan untuk membuang tiub berkenaan pada 2 Mac dan wakil rakyat di kawasan itu telah menggesa kerajaan Indonesia mencari pihak yang bertanggungjawab untuk menanggung semua kos rawatan wanita malang tersebut.
| BM
EmoticonEmoticon