Friday 3 March 2017

Mohd. Shafie Apdal Minta Dilantik Ketua Menteri Sabah.

Tags

Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pernah berjumpa beliau untuk meminta dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah. 


Perdana Menteri berkata, permintaan tersebut tidak boleh diterima kerana membuktikan Mohd. Shafie mempunyai cita-cita peribadi melebihi kepentingan parti dan rakyat. 

“Saya tahulah dia datang beritahu mahu jadi Ketua Menteri Sabah. Ini cita-cita peribadi, pada saya cita-cita peribadi tidak boleh melebihi perjuangan rakyat. 

“Kita menubuhkan parti yang murni dan mempunyai idealisme untuk memajukan rakyat, ini tiada kena mengena dengan hasrat peribadi,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi di sini hari ini. 

NAJIB ketika berucap di depan kira-kira 10,000 rakyat yang hadir dalam majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi hari ini. - UTUSAN ONLINE

Najib berkata, setiap pemimpin UMNO sepatutnya fokus menjalankan tanggungjawab kepada rakyat bukannya mengejar cita-cita peribadi dan menghasut rakyat untuk bersama-sama. 

Sumber: Utusan Online

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon