Artis wanita Jepun, Megumi Igarashi, ditangkap polis setelah membuat selfie alat sulitnya. Imej tersebut yang sesuai untuk cetakan 3D dan dia menghantar maklumat mengenainya kepada 30 orang yang sanggup membantu membiayai ciptaannya, iaitu sebuah kayak berbentuk seperti faraj.
Polis mendakwa Megumi telah melanggar undang-undang antipornografi. Megumi dikatakan telah mengaut hampir 6,000 pound untuk "karyanya" itu.
Megumi Igarashi yang mempunyai nama samaran Rokudenashiko itu berkata, dia yakin data tiga dimensi alat sulitnya itu bukan satu perbuatan lucah, dan dia tak menerima wang untuk foto selfie itu."Saya membuat karya seni menggunakan faraj saya yang saya sebut dengan kata Manko," ujar Megarashi.
"Saya fikir sungguh menarik bila dapat menghiasi faraj saya dan menggunakannya sebagai diorama. Namun, saya terkejut kerana ramai orang marah dengan karya saya, atau kerana saya menyebutnya Manko," tambah dia.
Megumi menambah, dia tidak mengerti mengapa masyarakat Jepun menganggap penggambaran atau penyebutan alat vital adalah hal tabu. Padahal, alat kelamin lelaki atau zakar dengan bebas digunakan sebagai ilustrasi dan sudah menjadi sebahagian budaya pop Jepun, kata Megumi.
| BM
EmoticonEmoticon