Teknik jahitan Continuous Locking Suture, Alexon Abin dipuji di media sosial.
Hasil jahitan tangan seorang penolong pegawai perubatan berasal dari Ranau, Alexon Abin mendapat pujian dan menjadi tular di media sosial sejak khamis.
Baca selanjutnya perkongsian yang dipetik dari media sosial:
Ini contoh seorang Dress Avenger yang tekun dan berpotensi. Beliau adalah Alexon Abin dari Ranau, Sabah. Melihat hasil jahitan, tiada siapa pun yang menjangkakan ia adalah hasil dari tangan seorang PPW.
PPW adalah Penolong Pegawai Perubatan yang masih baharu bekerja tak sampai setahun lagi, masih dalam tempoh percubaan. Tapi hasil kerja macam orang yang dah sangat senior.
Dulu agak kecoh apabila sebuah hospital swasta kenakan cas lebih kurang RM3000 untuk jahitan yang sangat sikit, tak sampai 5 stitches.
Dalam kes gambar dia atas, pesakit mendapat luka dalam yang panjang setelah diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan samurai.
Percayakah kamu dalam kes ini, pesakit cuma membayar RM1. Ya betul tuan-tuan, cuma RM1 untuk jahitan superb begini, lebih dari 100 stitches, berserta ubatan lain seperti antibiotik dan ubat tahan sakit, x-ray dan beberapa servis lain.
Pada yang bertanya teknik jahitan ni, nama teknik ni adalah Continuous Locking Suture. Perlukan ketelitian, skill yang tinggi dan praktis yang cukup.
Semoga PPP Alex terus cemerlang di masa akan datang. Viva pun dah lulus kan, hahaha!
(Mohon jangan kecam pasal necktie, terpaksa bukak sebab terkena darah dan mengganggu fokus)
Spencer (penulis, jurufoto dan tukang lap peluh) - The Dressar & Co
EmoticonEmoticon