Thursday, 23 February 2017

Status Permohonan BR1M Lulus Tapi Duit Belum Masuk? Baca Ini Dulu…

Kepada pemohon BR1M 2017 sudah pasti tertunggu-tunggu untuk bayaran fasa pertama yang dikatakan bermula dibayar pada 18 Februari 2017. 


Tetapi malang sekali ada pemohon yang tidak dapat lagi wang BR1M walaupun status permohonan dinyatakan “LULUS”.

Jangan salah faham dengan tarikh tersebut sekiranya wang BR1M anda belum masuk ke dalam akaun bank anda kerana bermula 18 Februari 2017, proses baucer penerima yang menerima akan dilakukan terlebih dahulu.

Manakala penerima yang menggunakan pembayaran melalui akaun bank masing-masing akan mendapat bayaran fasa pertama mereka bermula 22 Februari 2017 ini.

Namun begitu, info yang kami perolehi ada juga setengah individu penerima BR1M 2017 ini telah dibayar melalui akaun bank mereka.

Yang sahih, penerima tersebut menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan penerima daripada bank lain kami tidak pasti.

Kepada penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2017 (BR1M 2017) yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), bolehlah menyemak akaun masing-masing ya!

Kepada penerima yang menggunakan bank Maybank, Bank Islam, CIMB, RHB dan lain-lain diharap bersabar kerana duit BRIM anda belum lagi dimasukkan ke dalam akaun anda.

Kredit - BlogAmmar

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon